CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 619|Reply: 0

Pandang dan bantu sukan angkat berat – Ayub

[Copy link]
Post time 23-5-2022 01:52 PM | Show all posts |Read mode

ATLET negara yang memikul cabaran di Sukan SEA Vietnam 2021 termasuk acara sukan angkat berat.

  

HANOI: Kekurangan dana dalam menyediakan program terbaik untuk sukan angkat berat negara, menyukarkan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) menaikkan semula prestasi sukan berkenaan.

Justeru, persatuan itu merayu supaya Kementerian dan Belia Sukan (KBS), syarikat swasta dan korporat bersama-sama membantu mereka.

Presidennya, Datuk Ayub Rahmat berkata, PABM bukanlah sebuah persatuan yang ‘berpoket tebal’ berbanding beberapa badan induk kebangsaan yang lain tetapi ia bukan alasan untuk mereka tidak menyumbangkan pingat di temasya utama seperti Sukan SEA dan Sukan Komanwel.

“Kita ini persatuan marhaen, gagal daripada segi sorakan. Ada sukan yang kaya tetapi menang sorak namun gagal memberikan pingat kepada negara.

“Maka, kita bukan persatuan yang begitu dan apa yang penting bagi kami, adalah menyumbang pingat kepada negara.

“Daripada sudut atlet itu, Majlis Sukan Negara (MSN) ada membantu tetapi daripada segi pengurusan dan yang lain, persatuan yang keluarkan (perbelanjaan). Kita tak ada penaja seperti persatuan lain.

“Maka saya mengambil kesempatan ini, sekiranya ada penaja di luar sana, bantulah kami dan KBS lihatlah kami… jangan pinggirkan kami dan sebagainya. Saya sudah bercakap dengan menteri (KBS), dan beliau berjanji, berkomitmen untuk melihat sukan ini dan harap ia menjadi kenyataan,” kata Ayub.

PABM sebelum ini pernah membuat keputusan nekad membubarkan skuad angkat berat kebangsaan sedia ada susulan kes doping.

Kes sebegitu seringkali membayangi sukan tersebut dan ia secara tidak langsung mencemarkan imej sukan angkat berat.

Namun begitu, di temasya Sukan SEA Vietnam 2021, skuad angkat berat tetap mampu menjadi penyumbang kepada pungutan pingat kontinjen negara dan melepasi sasaran ditetapkan iaitu satu pingat perak dan dua gangsa.

“Persatuan menerima pandangan yang agak sinis dan buruk terutama apabila dalam kalangan atlet, ada yang terbabit dengan masalah doping. Maka bagaimana untuk kita selesaikan?.

“Jadi ketegasan daripada pihak persatuan itu perlu dan kita pernah membubarkan keseluruhan pasukan, kita hanya meninggalkan tujuh atau lapan atlet saja dan inilah sebenarnya atlet yang terbaik.

“Saya berharap selepas Sukan Komanwel 2022 (di Birmingham, Julai ini), kita akan dapat memulakan program pelapis dan sebagainya. Sebenarnya kita masih amat bergantung dengan KBS kerana kita boleh dikatakan sebagai penyumbang tetap pingat di Sukan SEA.

“Walaupun tidak ada emas, namun kami penyumbang tetap untuk Sukan Komanwel (emas), dan pihak KBS perlu melihat perkara berkenaan,” jelasnya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... -angkat-berat-ayub/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.392858 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list