View: 661|Reply: 0
|
Mahu menang ke atas Bangladesh pula
[Copy link]
|
|
PEMAIN hoki negara (jersi kuning) menewaskan Korea Selatan 5-4, semalam. FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Tiada istilah berehat apabila pengendali skuad hoki lelaki negara, Arul Selvaraj tetap menggunakan barisan terbaiknya pada pertemuan menentang Bangladesh di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, esok.
Walaupun sudah menempah tiket ke peringkat 'Super 4' kempen Piala Asia 2022, Arul berkata, beliau mahu rekod cemerlang Malaysian Tiger' dengan mencatatkan dua kemenangan pada perlawanan sebelum ini dikekalkan supaya Bangladesh menjadi mangsa terbaru mereka.
Beliau berkata, perlawanan menentang Bangladesh menjadi medium terbaik untuk memperbaiki prestasi sebagai persediaan mengharungi cabaran lebih getir di peringkat 'Super 4'.
"Kami akan gunakan setiap perlawanan untuk baiki prestasi pasukan. Setiap perlawanan adalah ujian dan peluang untuk meningkatkan diri daripada satu ke satu langkah.
"Sukan Asia (di Hangzhou, China) ditunda dan mungkin dianjurkan tahun depan, jadi sebab itu setiap perlawanan amat penting buat pasukan. Kami mahu cuba menang setiap perlawanan," katanya.
Selepas membelasah Oman 7-0 pada aksi pertama, Malaysia meraih lima gol menerusi dua jaringan Norsyafiq Sumantri dan Muhammad Razie Abd Rahim serta satu daripada Ashran Hamsani untuk menang ke atas Korea Selatan, 5-4, semalam.
Namun, beliau berkata, terdapat kesilapan yang dilakukan anak buahnya apabila mereka memberikan 11 pukulan sudut penalti kepada Korea Selatan yang bangkit dengan dua jaringan Yang Ji-hyun dan satu gol masing-masing daripada Jang Jong-hyun serta Kim Sung-hyun.
"Kami tak sepatutnya berikan mereka 11 pukulan sudut penalti. Namun, pujian harus diberikan kepada semua first runner terutama kapten, Marhan (Jalil) yang menunjukkan kualiti kepimpinan yang begitu tinggi," jelasnya.
Pasukan Malaysia kini menerajui carta Kumpulan B dengan dua kemenangan itu dan keputusan perlawanan dengan Bangladesh, esok, tidak menjejaskan situasi skuad negara sewaktu saingan 'Super 4' nanti disebabkan format baharu liga sepusingan (round robin) di peringkat itu.
Sebagai rekod, kejayaan melangkah ke 'Super 4' Piala Asia 2022 menyaksikan skuad negara kini selangkah sahaja lagi untuk mengesahkan tiket ke pentas Piala Dunia 2023.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tas-bangladesh-pula |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|