View: 2706|Reply: 1
|
Berita@MKST : Rakun nyaris jadi bahan ujian makmal
[Copy link]
|
|
Rakun nyaris jadi bahan ujian makmal
TORONTO - Tikus sering dijadikan binatang untuk melakukan pelbagai kajian dan ujian di makmal tetapi rakun juga pernah digunakan bagi tujuan sama suatu masa dahulu.
"Salah satu masalah yang sering timbul adalah kes di mana rakun menggigit besi pada sangkar dan lari untuk bersembunyi di dalam saluran pengudaraan di makmal," kata Michael Pettit dari Universiti York, Toronto, Kanada dalam hasil kajian yang disiarkan dalam The British Journal for the History of Science, keluaran September 2010.
Rakun menjadi pilihan saintis kerana binatang itu memiliki tahap intelek agak tinggi tetapi sangat sukar dikawal berbanding tikus.
Tikus juga sangat cepat membiak dan lebih sesuai untuk menjayakan ujian makmal yang memerlukan stok binatang yang banyak.
credit to sinar harian online |
|
|
|
|
|
|
|
bukan rakun nie jenis pemalu kan...... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|