View: 926|Reply: 0
|
Justin Bieber boleh sembuh,tapi....
[Copy link]
|
|
Justin Bieber boleh sembuh
Baru-baru ini, melalui perkongsian di Instagram (IG), Bieber mendedahkan dia mengalami jangkitan virus yang menyebabkan separuh mukanya lumpuh. Foto IG Justin Bieber
LOS ANGELES: Seorang doktor bedah yang juga pakar pengkaji wajah lumpuh percaya Justin Bieber yang mengalami sindrom Ramsay Hunt, berpotensi pulih.
Pakar bedah itu yang juga perunding pembedahan plastik dan pengasas organisasi dikenali sebagai Kebajikan Kesihatan Bell Palsy United Kingdom (UK), Dr Charles Nduka, berkata anggaran 75 peratus pesakit yang menunjukkan sindrom Ramsay Hunt mampu pulih sepenuhnya jika mendapat rawatan awal.
Memberitahu Reuters, Dr Charles berkata, antara rawatan yang boleh dilakukan termasuk membabitkan penggunaan steroid dan ubat antiviral, lapor agensi.
"Melalui video yang dikongsi Bieber, saya perasan ada beberapa bukti yang menunjukkan penyakitnya itu boleh sembuh dan itu sangat meyakinkan.
"Dengan keadaan separuh wajahnya yang lumpuh itu, perkara paling ketara dapat dilihat adalah pesakit tidak dapat pejam atau celikkan mata. Malah, mereka juga tidak dapat mengukir senyuman dengan sempurna.
"Sebelum senyuman dapat dipulihkan, perkara pertama yang akan berlaku adalah muka pesakit yang sebelum ini herot, akan kembali menjadi simetri.
"Ini akan menyebabkan hidung dan mulut pesakit kembali berada di kedudukan yang sepatutnya. Menerusi video yang dikongsi Bieber, saya boleh nampak tanda pemulihan awal," katanya kepada Reuters.
Berdasarkan pengalaman mengendalikan pesakit dalam kalangan penggiat industri hiburan, Dr Charles berpendapat amat penting untuk penghidap menangani sebarang isu yang melemahkan sistem imunisasi sebelum kembali bekerja.
"Tekanan daripada segi kewangan dan pelbagai faktor lain akan mendorong mereka kembali bekerja secepat mungkin.
Dr Charles percaya berdasarkan visual dilihat melalui video, Bieber berpotensi sembuh daripada sindrom Ramsay Hunt. Foto IG Justin Bieber
"Namun dengan berbuat demikian, ia hanya akan membawa kepada masalah jangka panjang," katanya seperti dilaporkan Reuters.
Baru-baru ini, melalui perkongsian di Instagram (IG), Bieber mendedahkan dia mengalami jangkitan virus yang menyebabkan separuh mukanya lumpuh.
Keadaan itu membuatkan Bieber hanya mampu menggerakkan atau berkelip sebelah mata sahaja. - AGENSI
Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... bieber-boleh-sembuh
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|