CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1106|Reply: 1

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Anjing & Seumpamanya

[Copy link]
Post time 20-6-2022 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by boca120879 at 20-6-2022 01:05 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Ishaq bin Ibrahim, diceritakan oleh Mu'adz bin Hisyam, diceritakan oleh bapanya (Hisyam), daripada Qatadah, daripada Khilas, daripada Abu Rafi', daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Apabila ada anjing yang menjilat bekas makanan
milik salah seorang daripada kalian,

basuhlah tujuh (7) kali (dengan air).

Dan salah satunya dengan tanah."

(Hadith Nasa'i no. 336)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2022 09:16 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 20-6-2022 01:20 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Abu Ashim, diceritakan oleh Haiwah bin Syuraih, diceritakan oleh Rabi'ah bin Ad Dimasyqi,
diceritakan oleh Abu Idris Al Khaulani, diceritakan oleh Abu Tsa'labah Al Khusya'i,

"Aku menemui Nabi s.a.w. dan berkata,
"Wahai Rasulullah, kami berada di negeri ahli kitab
dan makan dengan bekas makanan mereka.

Dan kami juga berada di wilayah
yang suka melakukan perburuan.
Aku lalu berburu dengan tombak
dan anjing, baik yang terlatih
mahu pun yang tidak terlatih?"

Nabi s.a.w. lalu bersabda,
"Sebagaimana yang kamu sebutkan bahawa
kamu berada di negeri ahli kitab.

Maka janganlah kalian makan
dengan bekas makanan mereka
kecuali ada keperluan.

Jika ada keperluan (kerana tidak ada yang lain),
maka cucilah (bekas makanan tersebut)
lalu makan dengannya.

Ada pun bahawa kamu berada di wilayah
yang suka melakukan perburuan.
Maka apa yang terkena oleh tombakmu,
bacakanlah nama Allah
lalu makanlah.

Dan yang ditangkap oleh anjingmu
yang terlatih,
maka sebutlah nama Allah
lalu makanlah.

Dan hasil buruan yang ditangkap oleh anjingmu
yang tidak terlatih,
dan kamu masih sempat menyembelihnya,
maka makanlah."

(Hadith Bukhari no. 5072)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.059492 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list