Jokowi kata rakyat Indonesia harus bersedia, kerana negaranya sekarang antara 60 negara yang diunjurkan oleh 60% CEO dunia (dari 750 CEOs) bakal terjerumus dalam krisis ekonomi pada tahun depan 2023 (seawal pertengahan tahun atau akhir tahun 2023).
Awal tahun 22% CEO je yang pessimis, tapi sekarang makin ramai CEO murung pasal ekonomi. Sekitar 60% marhaen bifoti Indonesia akan merasa ribut taufan ekonomi, akan tertindas dan mengalami gangguan ekonomi yang sangat teruk, khususnya dari segi kemampuan daya beli akses makanan, rumah, hutang bank, harga barang naik tinggi sangat..
"Sudah sering berkali-kali saya sampaikan, bahwa situasi saat ini adalah situasi yang tidak mudah, situasi yang tidak gampang karena ketidakpastian global," tegas Jokowi, Rabu (14/6/2022).
"Dan sampai saat ini, ini baru awal-awal. Oleh sebab itu, kita semuanya betul-betul harus siapkan diri," tegas Jokowi.
Tapi Jokowi tak dok saja, krisis minyak sawit macam dah selesai tapi belum lagi, harga barangan asas mulai dikawal, dan unjuran ekonomi Indonesia diyakini lebih tinggi (aktiviti jual beli mengecil tapi, barang yang dulunya murah kini jadi mahal masih mampu dibeli acik pensyarah T20, jadi secara matematik keseluruhannya ekonomi masih positif) berbanding Malaysia. Jadi rakyat Indonesia disaran tidak panik, mana boleh jimat tu jimat dulu (permintaan berkurang insyaallah harga terkawal sikit) buat bekal tahun depan, jangan buat sabotaj malah ayuh bergabung bersama kerajaan slow-slow bangkit, kita ada plan, kita sedang buat.
Malaysia? PM Mael? Tak tak tak Malaysia okay. Tip top.
PM Mail bingung sabsidi masih ada tapi nape harga ayam dah lepas harga siling RM8.90. Nanti nak bincang, kenaikan harga ikan pun kita nak bincang.
Rafizi keluar formula tubuh satu kementerian ayam, berbanding sekarang 40 kementerian hadir satu meeting untuk bincang isu ayam. Tapi Wak Jahid bangkang kata tu macam biasa formula si fizi je.
Abah Yidin dah dua minggu cari PM Mail, nak bincang hal penting pasal Zuraida. Krisis jawatan 2023.
Orix replied at 28-6-2022 01:20 PM
iols masih berpegang pd 'hint' atok yg pasal 'ikat perut'.... something bad gonna happen soon tp x t ...
Malaysia pun sama je, orang politik pun tahu
Tapi buat senyap sebab nak fokus handle krisis jawatan
pakar tak berani bersuara takut dengan orang berkuasa
apa guna dikenali sebagai pakar tapi kena pecat takde income merempat kemudiannya.
kalau takde income tak perlu sembang economi bagai dah la bukan boleh buat apa dah.
Lagipun politician ke pakar ke diorang T20 tak terkesan sangat.
Dah tahu jadi boleh fix kewangan sendiri ambil dari sini pindah pergi sana.
Tak beritahu marhaen pun takpe pun.
A: USA
supply/ demand.
US tengah fix demand. sebab nak produce banyak fix supply tak mampu.. lambat.. jadi kena turunkan demand.
camne? tarik balik duit dari ekonomi (gomen nak amek simpan dalam peti besi je)
camne? paksa bank guna duit beli bond kerajaan (kira gomen dapat duit nanti simpan je)/ kemudian dia naikkan juga faedah.
camne? bila bank kurang duit bank akan jadi kedekut nak beri hutang/ boleh je beri tapi "risiko" tu naik sikit la jadi bank pun naikkan faedah juga.
camne? bila tak boleh berhutang/ faedah pun tinggi orang akan kedekut nak berbelanja.
hasilnya demand turun, harga barang pun kemudian slow2 turun berkadar dengan supply yg makin meningkat balik.
masalah pada dunia.
US cuma 25% dari segi market.
tapi sekitar 85% ekonomi dunia guna wang USD.
Realitinya dunia dah nak pulih dah sejak 2021.
Tapi jadi kacau sebab tindakan US naikkan kadar faedah.
Kemudian perang eropah (ukraine-russia).
terlalu banyak "kuasa" pada USD.
Apa-apa yang US buat pada USD kacau hidup sekalian umat.
US cuma nak fix ekonomi dalam negara dia je pun kita kena tempias.
Russia dah fedup.
China dah fedup.
Masa depan..
Russia dan China (Arab pun) akan buat macam2 untuk pecahkan monopoli USD 85% yang tak masuk akal tu.
B: TAK CUKUP BARANG
Dalam dunia ni "money is king"
Semenjak covid orang kata "masalah rantaian bekalan".
Tapi orang tak sebut spesifik apa masalahnya.
ada barang berlambak, ada barang jadi rare sangat tak tally dengan permintaan.
Salah satu cara nak hapuskan demand (di A.) yang terlalu tinggi..
(harga dah tinggi, faedah dah naik hutang tak boleh buat pun masih demand tak turun)..
adalah miskinkan rakyat/ hapuskan pendapatan rakyat/ buang kerja (diorang tak cakap ni)/biar rasa nak beli tapi tak mampu (demand turun)
tutup company2 tak penting..
kita nak vida bukak ladang ayam kalau boleh (naikkan supply).
short term tapi sakit..
tapi pejam mata perlu buat..
Sementara barang tak cukup, kasih sayang tolak tepi semua jadi sesi lelong, sapa2 tawar harga tinggi dia dapat.
So semua keperluan kita mungkin akan jadi macam face mask atau vaksin masa covid-19.
Ada negara terlebih2, ada negara okay2 je, ada negara tak cukup apa.
Takde beri sama rata sama2 susah ke ape takde.
Nak operate bagi sembuh.
Tapi proses operate tu pun buat sakit jugak.
bila lah nak ada rebolusi bojuahh kat melesis niii
meanwhile
best makan dorian sebab rege jatuh. padan moka yang gigih nak main harga. tahun depan kalau mahal. i makan tempoyak or back to keropok / eskem dorian walls sajoor