View: 1012|Reply: 2
|
Netizen terkejut Bella, Gigi Hadid tampil dengan gaya rambut separa botak
[Copy link]
|
|
Penampilan Gigi (kiri) dan Bella (kanan) yang mempamerkan gaya rambut separuh botak dan kening yang dilunturkan. - Getty Images
Netizen terkejut Bella, Gigi Hadid tampil dengan gaya rambut separa botak
BANDAR RAYA NEW YORK – Adik-beradik supermodel Gigi dan Bella Hadid membuat penampilan mengejutkan di pentas peragaan koleksi musim luruh Marc Jacobs apabila tampil dengan bulu mata yang dilunturkan, rambut hadapan gaya ‘bang’ dan kepala separa botak.
Transformasi dramatik mereka kemudian didedahkan sebagai hasil kerja artis seni prostetik yang mengubah penampilan kedua-dua wanita itu dengan bantuan topi botak, rambut palsu dan alat solek, lapor stesen penyiaran CNN.
Gigi menyarung baju sejuk merah jambu yang besar dan skirt kelabu, manakala Bella memakai gaun vinil hitam dengan sarung tangan opera.
Pasangan adik-beradik Hadid adalah antara sebilangan model yang tampil di pentas peragaan dengan gaya rambut dramatik termasuk memakai rambut palsu ikatan ‘ponytail’ zaman angkasa.
Bella turut berkongsi rakaman solekan belakang pentas bagi menghasilkan penampilan estatiknya.
Imej itu mencetuskan reaksi bercampur-campur dan kebimbangan netizen yang pada mulanya percaya mereka mencukur kepalanya secara nyata. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... ambut-separa-botak/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
gaya model nie x dpt turunkan harga ayam esok ok.... |
|
|
|
|
|
|
|
For fashion, the models must try every hair style including bald also. |
|
|
|
|
|
|
| |
|