CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19073|Reply: 240

[Dunia] Bekas PM Jepun Shinzo Abe disahkan meninggal dunia, suspek 40an ditahan

[Copy link]
Post time 8-7-2022 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Mary_jane at 9-7-2022 10:55 AM

Shinzo Abe disahkan meninggal dunia
Disiarkan pada: Julai 8, 2022 @ 5:19pm

Tokyo: Bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe disahkan meninggal dunia selepas terkena tembakan di Nara, dekat sini, lapor Reuters memetik stesen penyiaran NHK pada Jumaat.

Ketika kejadian, Abe, 67, sedang menyampaikan ucapan berhampiran sebuah stesen kereta api apabila beliau ditembak oleh seorang individu.

Terdahulu, AFP yang memetik NHK berkata, lelaki berusia 40-an ditahan kerana cubaan bunuh dan senjata api digunakan dirampas.

Bekas pemimpin itu menyampaikan ucapan pada satu acara menjelang pilihan raya apabila bunyi tembakan yang jelas kedengaran, lapor NHK dan agensi berita Kyodo.

"Ketika dia sedang berucap, seorang lelaki datang dari belakang," kata seorang wanita yang ditemukan di lokasi kejadian.

"Tembakan pertama berbunyi seakan pistol mainan, namun Abe tidak jatuh sebelum terdengar tembakan yang lebih kuat.

"Tembakan kedua lebih jelas, anda boleh melihat percikan api dan asap," katanya.

Kejadian itu menyebabkan Abe rebah dengan lehernya berdarah, kata sumber dari Parti Liberal Demokratik (LDP) kepada agensi berita Jiji.

LDP dan polis tempatan tidak dapat mengesahkan kejadian itu dalam tempoh singkat.

NHK dan Kyodo kedua-duanya melaporkan Abe sudah dibawa ke hospital.

Istilah yang digunakan di Jepun menunjukkan 'tiada tanda masih hidup' (no vital sign), dan biasanya digunakan sebelum pengesahan rasmi kematian oleh koroner.

Beberapa media melaporkan Abe kelihatan ditembak dari arah belakang.

Kerajaan berkata, pasukan petugas sudah ditubuhkan susulan insiden itu dan jurucakap tertinggi kerajaan dijangka memberi kenyataan tidak lama lagi.

Abe, Perdana Menteri Jepun paling lama berkhidmat dengan memegang jawatan itu bermula 2006 sebelum sekali lagi dipilih pada dari 2012 hingga 2020.

Dia bagaimanapun terpaksa berundur kerana mengalami masalah kesihatan berkaitan usus.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
UPDATE:-



RIP sir.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BREAKING: Bekas PM Jepun Shinzo Abe ditembak
Astro Awani
Julai 8, 2022 11:06 MYT




BEKAS Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, dilaporkan ditembak ketika sedang berucap pada satu majlis di bandar Nara, barat Jepun, pada Jumaat.

Menurut laporan beberapa agensi berita antarabangsa, Abe rebah dalam keadaan berdarah dan dikejarkan ke hospital berdekatan.





Media melaporkan, kedengaran bunyi seperti tembakan ketika kejadian dan seorang suspek lelaki telah ditahan di lokasi sama.

Seorang wartawan stesen penyiaran NHK yang berada di lokasi berkata, mereka mendengar bunyi dua das tembakan berturut-turut ketika Abe sedang berucap.

Menurut Kyodo News, Abe berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mungkin mengalami serangan jantung.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2022 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh mcm dlm movie.. tgh2 berucap kena tembak

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 11:52 AM | Show all posts
uiit, mcm kdrama la
dendam politik @ peribadi?
hope dia tak apa2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2022 11:52 AM | Show all posts
Edited by Mary_jane at 8-7-2022 05:04 PM







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2022 11:55 AM | Show all posts
Ini kah perpetrator nya?



Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 12:04 PM | Show all posts

Shinzo Abe meninggal dunia - NHK

Edited by mojarean_X at 8-7-2022 07:02 PM


Agensi berita Jepun, NHK melaporkan, berita sedih itu disahkan oleh seorang sumber LDP. - Gambar fail

TOKYO: Bekas Perdana Menteri Shinzo Abe dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 5.03 petang (waktu tempatan) selepas ditembak di bandar Nara, barat Jepun hari ini.

Agensi berita Jepun, NHK melaporkan, berita sedih itu disahkan oleh seorang sumber parti Demokratik Liberal (LDP).

Terdahulu media tempatan melaporkan seorang lelaki berusia dalam lingkuan 40-an telah ditahan polis susulan insiden tembakan melibatkan Shinzo..

Menurut agensi berita tempatan Jepun, lelaki berkenaan dikenali sebagai Tetsuya Yamagami, seorang anggota Tentera Laut atau The Japan Maritime Self-Defense Force.

Agensi berita antarabangsa BBC melaporkan, Yamagami telah melepaskan dua tembakan terhadap bekas Perdana Menteri Jepun itu, mengakibatkan Abe rebah dan memegang dadanya yang jelas berlumuran darah.

Difahamkan insiden tersebut berlaku pada 11.30 pagi Jumaat, waktu tempatan, ketika Abe sedang memberi ucapan sempena kempen pilihan raya Dewan Negara di hadapan penduduk di bandar Nara, barat Jepun.

Abe, 67, merupakan Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan, antara 2006 hingga 2007, dan 2012 hingga 2020.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kabinet di bawah era Junichiro Koizumi pada September 2005.
Menurut laporan beberapa agensi berita antarabangsa, Abe rebah dalam keadaan berdarah dan dikejarkan ke hospital berdekatan.


Stesen penyiaran NHK melaporkan, kedengaran bunyi seperti tembakan ketika kejadian dan seorang suspek lelaki telah ditahan di lokasi sama.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-7-2022 12:06 PM | Show all posts
Shinzo Abe, 67 bekas Perdana Menteri Jepun tidak sedarkan diri setelah ditembak semasa berucap untuk kempen Pilihan Raya musim depan. Suspek berusia 20an telah ditangkap polis.

Teori konspirashit berdeting.




Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok ini memang breaking news.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2022 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 8-7-2022 04:06 AM
Shinzo Abe, 67 bekas Perdana Menteri Jepun tidak sedarkan diri setelah ditembak semasa berucap untuk ...

Baru 20an?

Nak pemes atau sungguh2 benci Abe?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm dlm drama
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 8-7-2022 04:14 AM
Mary_jane replied at 8-7-2022 04:06 AM
Shinzo Abe, 67 bekas Perdana Menteri Jepun tidak sedarkan diri setelah ditembak semasa berucap untuk ...


Akak tertarik dengan nama pemberita

Rishad Salamat
Haslinda Amin
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ltte kah?????
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 12:25 PM | Show all posts
Japan, of all places.

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh news yg sungguh mengejutkan
Jarang betul dengar kisah mcm dr japan
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 12:31 PM | Show all posts

Ade Lattew

Wat mulot longkang kat tohan Illuminati tu..  Takziah & get well soon.

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat lelaki jepun yg serang underground dulu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2022 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Last week pasal porn star yg kena bunuh atas pokok.


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 12:37 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 8-7-2022 12:11 PM
Akak tertarik dengan nama pemberita

Rishad Salamat

Rishaad Salamat is one of Bloomberg’s longest-serving TV anchors. He has been based in Hong Kong since 2010 and features on weekday morning show “Bloomberg Markets Asia.”

Rishaad has interviewed numerous business and political leaders around the world, including former British Prime Minsiter Gordon Brown, World Bank President Jim Yong Kim, former Thailand Prime Minister Thaksin Shinawatra, Nobel Laureates Joseph Stiglitz and Mohammed Younus and former Uber CEO Travis Kalanick.
Rishaad has hosted multiple Bloomberg Television special series including Future of Energy, Titans at the Table Asia and Voyagers.
Rishaad joined Bloomberg Television’s London bureau in 1997.”


Haslinda Amin is Chief International Correspondent for Southeast Asia and anchor for Bloomberg Television. She is also host and Executive Producer of talk show ‘High Flyers’ which is the longest-running program on Bloomberg TV.

Based in Singapore, Haslinda Amin is Chief International Correspondent for Southeast Asia. As a Bloomberg anchor, Amin has been at the heart of market-moving news and stories that have driven the region’s transformation.

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 12:40 PM | Show all posts
kita pun nak election xlama lg...menakutkan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 12:40 PM | Show all posts
bila aku dapat berita ni, reaksi pertama adalah 'harap2 jadi benda sama kat menteri2 malaysia'..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-8-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.074917 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list