|
Mentor Raya, Air Mata Nur Salina hebat Oleh Ramlah Zainal
[email protected]
2010/09/30
KEJAYAAN diraih Mentor Musim ke-4(Edisi Raya) apabila mencecah rating hampir tiga juta penonton selepasditayangkan di TV3 pada Aidilfitri lalu.Menurut hasil kajian AGB Nielsen, TV3 terus mendominasi peratusanpenonton berbekalkan pelbagai sajian program Aidilfitri yang menarikdengan tagline, Sinari Lebaran.
Lebih hebat lagi, Mentor Edisi Raya mengatasi program StylistikaSiti dan Fenomena Faizal Tahir yang mencecah rating lebih sejutapenonton.
Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad,Datuk Seri Mohd Farid Ridzuan, berkata, kejayaan Mentor Edisi Raya itudisebabkan ia menampilkan kelainan daripada mana-mana stesen TV lain.
“Kami sentiasa membuat kajian pendekatan terkini agar semualapisan penonton terhibur di musim perayaan ini. Kami juga memastikanartis yang diundang dalam program kami bukan artis sama dengan stesenTV lain kerana ada artis yang terlalu ‘over exposed’ di kaca TV,”katanya.
Farid berkata, telefilem Air Mata Nur Salina arahan Erma Fatimayang menampilkan lakonan hebat Umie Aida, Remy Ishak dan Ady Putra pulaberjaya mencecah seba­nyak 2.5 juta penonton.
“Manakala, filem Blokbuster Jangan Pandang Belakang Congkak menjadipilihan utama malam raya pertama dengan jumlah penonton sebanyaksebanyak 2.6 juta hingga melonjakkan rating TV3.
“Program menarik lain yang disiarkan adalah Akustika 2010, AnuarZain: Semuanya Untukmu, Hikayat, Bas Raya, Melodi Raya, Ewah-Ewah Raya,Sebenarnya... Black, Saya Terhebat, Manikam Kalbu, Madrasah Di PinggirSyurga dan Salam Mangkassara.
“Antara program yang meraih jumlah peratusan tinggi ialah SampaikanRaya 2010, Syawal Pertama, Bas Raya, Bang Bang Boom Raya, Ewah-EwahRaya, Cheritera dan Manikam Kalbu dengan kadar melebihi 1 jutapenonton.
“Filem blockbuster seperti Momok The Movie, Kecoh Betul, Susuk,Syurga Cinta, Senario The Movie, Jin Notti yang ditayangkan sejak HariRaya Pertama hingga Hari Raya Ke-10 pada waktu perdana pula mencecahrating hampir tiga juta penonton,” jelasnya.
Farid berkata demikian ketika majlis rumah terbuka Media PrimaBerhad (MPB) yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baruini.
Menurutnya, stesen nombor satu yang mencecah usia 26 tahun juga telus dalam soal pemilihan drama yang disiarkan di TV3.
Sementara itu, rumah terbuka MPB yang dihadiri lebih 1,500 tetamudisemarakkan dengan kehadiran Menteri Penerangan, Komunikasi DanKebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim bersama isteri.
Hadir sama, Pengerusi MPB, Datuk Johan Jaafar; Pengarah UrusanKumpulan MPB, Datuk Amrin Awaluddin; Pengarah Eksekutif Berita danOperasi Editorial MPB, Datuk Ahmad Abd Talib; Ketua Rang­kaian RadioMPB merangkap Ketua Pegawai Operasi Alt Media dan Pengarah Eksekutif8TV, Ahmad Izham Omar serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, KumpulanAirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun.
Majlis disemarakkan dengan persembahan artis popular tanah airseperti Faizal Tahir, Adibah Noor, Aizat, Black dan Jaclyn Victor, IfaRaziah dan Roslan Shah.
Artis popular lain yang hadir termasuklah Datuk Siti Nurhaliza dansuami Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, Rozita Che Wan, Farah Ashikin, AzharSulaiman, Yatt, Sharifah Shahirah, Kartina Ayub, Tam Suhaimi, EryPutra, Rozie Rashid, Hans Isaac, Fouziah Gous dan Iqram Dinzly.
Tidak ketinggalan, Komposer terkenal Ramli MS, Ahmad Idham, Aziz MOsman dan Azwan Ali. Barisan personaliti MPB yang hadir ialah AhmadFedtri Yahya, Azizah Ariffin, Aidit Marcello, Adriana Aris, FaraFauzana, Karl Shafek dan ramai lagi. |
|