CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 821|Reply: 0

JIMATWANG ini benar atau scam?

 Close [Copy link]
Post time 15-9-2022 04:21 PM | Show all posts |Read mode
Adakah Aplikasi JIMATWANG ini benar atau scam?
Mesti korang tertanya-tanya ataupun tercari-cari info mengenainya sebab korang nak cuba join juga setelah ternampak iklan yang menarik merata-rata baru-baru ini.
Dikatakan mereka bahawa setiap ahli boleh mendapat satu atau dua ribu sebulan secara senang dan santai pun. Adakah benar perkara yang begitu baik? ?
Saya menasihati korang supaya jangan tergesa-gesa dulu.
Dalam artikel ni saya akan cuba berikan info yang lengkap dan nanti korang sendiri tentukan samaada betul atau tidak.
Setelah mengkaji sistem modelnya, dan juga nampak tindakan update mereka baru-baru ini, saya boleh mengetahui sebelumnya bahawa ia akan ditutup tidak lama lagi!
Untuk pengguna yang tidak cukup pengalaman dalam skim cari wang, memang sukar untuk memahami sifat semula jadi skim aplikasi yang mengaut keuntungan seperti ini.
Apakah modus operandi JIMATWANG?
Ia sebenarnya serupa “skim cepat kaya ataupon money game” juga.
Maksudnya, ini skim yang merangsang ketamakan pelabur yang tidak mengetahui benaran melalui penberian pulangan tinggi dan mengumpul dana dalam bentuk menjemput orang ramai.
Mula-mulanya pelabur di depan akan diberikan faedah lumayan yang padahal semua itu dibayar dari duit pelabur baru.
Lambat atau cepat je pasti terkubur.
Apabila platform dah dapat banyak kutip deposit duit orang ramai sampai platform tidak menguntungkan lagi, terus mereka akan cabut dan tinggalkan pelabur yang baru melabur.
Di sini saya akan ceritakan secara lebih detail mengenai platform ni supaya korang benar-benar faham macam mana skim mereka berdasarkan pengalaman peribadi saya, Lepas tu buatlah keputusan yang bijak samaada nak join atau nak blah.
Mari kita lihat dahulu beberapa peraturan platform ini:
Tahap ganjaran VIP mereka:
[Hanya boleh dapat rebat groupbuy sekali/hari]
VIP1: Tiada permintaan, kadar rebat 1%,
VIP2: Mesti mengajak 5 orang, kadar rebat groupbuy 2%
VIP3: Mesti mengajak 12 orang, kadar rebat groupbuy 3%
VIP4: Mesti mengajak 20 orang, kadar rebat groupbuy 4%
VIP5: Mesti mengajak 30 orang, kadar rebat groupbuy 5%
VIP2: Mesti mengajak 100 orang, kadar rebat groupbuy 6%
Kemudian, kita mari lihat pula groupbuy mereka.
Dari dua jenis groupbuy yang popular kita boleh dapat di pasaran.
Sejenisnya adalah groupbuy diskaun, yang biasanya diberikan diskaun atas product yang murah saja jika pengguna berjaya memenuhi permintaan group.
Sejenis lagi adalah groupbuy yang app Jimatwang, iaitu groupbuy dengan ganjaran. Biasanya cara ini akan mempunyai barang jualan yang lebih mahal.
Terdapat dua kemungkinan jika anda menyertai groupbuy seperti Jimatwang ini:
1. Jika korang dapat menang loteri produk tersebut, korang akan diberikan pilihan untuk bawa pulangkan produk tersebut atau memilih untuk menjual semula produk tersebut kepada platform untuk mendapat keuntungan sebanyak 30% ke atas harga produk.
2. Jika korang tidak mendapat produk tersebut, korang boleh dapat refund dan hadiah tambahan 1%-6% atas harga produk.
Menarik kan? Tunggu sampai aku share pengalaman aku kepada korang.
Sebenarnya “investasi” ini adalah sangat bahaya dan berisiko tinggi.
Sekiranya terdapat ramai orang menyertai platform ini, malah pihak platform akan mengaturkan lebih dari 90% “orang palsu”, ataupun “robot” ke dalam setiap group buy yang berjaya sebagai “perserta” untuk bertarung sama korang.
Tujuannya mudah faham, iaitu tidak memberikan korang untuk menang dan dapat produk benar ini.
Apabila korang kalah, refund akan dibuat dan ganjaran 1%~6% akan diberi dalam bentuk pampasan atau sebagai komisen.
Tunggu dulu, tak sebaik itu. Kalau korang ingin keluarkan ganjaran yang diberi itu, korang harus lagi memenuhi syarat-syarat tertentu sebelum anda boleh keluarkan secara tunai.
Mari fikirkan secara objektif, jika platform BENAR- BENAR sedang menjual produk dan kongsikan keuntungannya sebagai ganjaran kepada korang, jumlah ganjarannya harus bermunasabah juga.
Biasanya keuntungan produk adalah paling banyak sekitar 10%-30%, tapi mereka boleh membayar setiap perserta dalam groupbuy sebanyak 6%, ini merupakan satu angka yang sangat menakutkan.
Mengikut kaedah mereka, jika setiap groupbuy boleh memberi pengguna kaedah yang lebih daripada 70%, ia adalah sangat tidak munasabah.
Terutamanya, baru-baru ini mereka keluarkan lagi update yang paling menakutkan. Korang sekarang boleh lagi mendapat ganjaran sebanyak 30% sekiranya menjual semula produk yang dimenangkan kepada platform. Dari mana wang ini datang darinya?
Justeru kerana tindakan ini, saya menilai bahawa mereka sedang merancangkan untuk menarik wang pengguna sebanyak mungkin dan akan menutup platform tidak lama lagi.
Tujuan saya buat artikel ni, cuma nak suruh korang berfikir panjang sebelum join sesuatu.
Secara peribadi, saya tidak menggalakan korang join dalam platform ini, jika korang sudah menguntung, segeranya keluarkan dana korang juga sebelum terlambat!
Apa pendapat korang pula? Tinggalkan komen di bawah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.418679 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list