View: 1879|Reply: 13
|
Memenuhi citarasa rakyat Malaysia, kini memperkenalkan adunan bersama bahan tempatan seperti pandan, gula melaka dan durian!
[Copy link]
|
|
Nespresso Memperkenalkan Kopi Dengan Citarasa Tempatan – Pandan, Gula Melaka, Durian
Menyediakan secawan kopi terbaik dengan rasa yang boleh diperibadikan kini lebih mudah dengan Nespresso. Sebagai penyedia kopi yang unggul, Nespresso dilihat hadir dengan pilihan kopi yang lebih dekat dengan masyarakat tempatan.
Ini termasuk pada Hari Malaysia, Nespresso kini bekerjasama dengan Barista Guild Asia untuk memahami cita rasa yang tidak boleh dilupakan oleh rakyat Malaysia. Sepuluh barista yang terpilih daripada Barista Guild Asia akan mencipta dua resipi kopi yang memenuhi selera rakyat Malaysia dengan menggunakan kopi terbaik dan segar daripada Nespresso.
Untuk resipi pertama, para barista perlu menampilkan rasa unik dan menterjemahkannya ke dalam secawan kopi yang selama ini kekal dalam ingatan. Untuk resipi kedua, para barista akan mengadunkan kopi Nespresso dengan bahan tempatan kegemaran rakyat Malaysia seperti durian, gula melaka, pandan dan banyak lagi.
Dengan pengenalan ini, ia dapat memastikan semua penggemar kopi mendapat hidangan kopi yang sesuai, sama ada secawan dengan rasa kacang yang kuat atau rasa buah yang manis dan halus.
Ditambah lagi dengan kehadiran mesin-mesin kopi Nespresso yang canggih, dengan hanya satu sentuhan sahaja, anda dapat menghasilkan satu cawan kopi yang segar. Bagi yang tidak mengetahui, mesin Nespresso dilengkapi dengan pam tekanan 19 bar yang akan menembusi kapsul dan membebaskan aroma kopi terbaik. Mesin ini juga menghasilkan krema yang kaya dan mewah untuk memberikan secawan kopi yang sempurna.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kapsul terbaru daripada Nespresso, mereka dilihat memperkenalkan pek 8 bungkus Kegemaran Malaysia yang merangkumi kopi daripada rangkaian Ispirazione Italiana dan World Explorations. Mencerminkan rasa tempatan pada reka bentuk pembungkusannya, pek 8 unit ini berharga RM192
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Nespresso Malaysia, anda boleh layari halaman media sosial rasmi Nespresso untuk menerima kemas kini tentang tawaran terkini khusus untuk anda.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti pelik je rasanya, macam salted caramel tu pun bukan sedap. Ikut seasons je. Nescafé original yang timeless. Tak lapuk dek zaman, tak lekang dek panas |
|
|
|
|
|
|
|
skip...macam muak aje
aku tetap minum nescafe kopi o |
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya yg ori jugaj sedap...dh campur mcm2 hilang rasa kopi |
|
|
|
|
|
|
|
Ini bolehlah buat cenderahati untuk tourist luar Malaysia, buat kenang2an bila balik negara diorg. Utk org Malaysia tak la, kat mamak atau kedai kopi boleh dapat hari2. Tak pun beli nescafe serbuk ori, potong sikit gula melaka dan cairkan dalam kopi. Pandan boleh rendamkan dalam air kopi kemudian naikkan. Sirap rose tu, amikla kordial memana. Tak perlu nespresso dan mesinnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|