View: 1038|Reply: 4
|
Emosi Terganggu Isu Anak, Britney Spears Bawa Diri Ke Hawaii
[Copy link]
|
|
Rentetan isu keluarga yang berpanjangan, penyanyi pop terkenal Britney Spears mengambil keputusan untuk berehat dan mencari ketenangan bersama suami baharunya iaitu Sam Asghari di Hawaii, Amerika Syarikat.
Menurut laporan Hollywood Life, Britney melalui tempoh sukar sejak beberapa minggu lalu selepas kisah dia bersama dua orang anaknya iaitu Sean dan Jayden menjadi perbualan ramai.
"Britney perlu tenangkan fikiran kerana sudah beberapa minggu dia melalui waktu sukar dari sudut emosi.
"Hawaii adalah tempat yang tenang buat Britney. Dia merasa selamat apabila berada di sana. Dia mahu kembali mencari fokus untuk diri sendiri.
"Britney mahu anak-anaknya tahu dia sentiasa sayangkan mereka dan percaya suatu hari nanti pasti mereka akan kembali ke pangkuannya," ujar sumber berkenaan.
Marca
Sean dan Jayden merupakan anak Britney hasil dari perkahwinan terdahulu bersama bekas suami iaitu Kevin Federline.
Sebelum ini Jayden membuat satu kenyataan kononnya Britney sengaja mencuri perhatian apabila berkongsi masalah di media sosial.
Selain itu kedua-dua mereka juga tidak hadir ke majlis perkahwinan penyanyi itu bersama Sam yang berlangsung pada Jun lalu.
Sumber: mStar
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya acik Britney.. Ada parents toxic.. Anak2 pulak mcmtu |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian akak it's britney bitch (insert bgm gimme more). Bila dengar balik lagu lucky tu memang boleh rasa dia menyanyi dengan ikhlas sebab itu la kisah hidup dia. Duit banyak tapi hati x senang. Padahal dengan duit yg dia ada dah boleh retire aman2 |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tengok muzik video S&M duet dgn Rihanna acik Britney ni mmg superb yaaach |
|
|
|
|
|
|
|
I feel so sorry for Britney Spears's children. Their mum is horrible. |
|
|
|
|
|
|
| |
|