CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1978|Reply: 1

Hampir setiap kanak-kanak akan terjejas akibat gelombang haba

[Copy link]
Post time 26-10-2022 10:03 PM | Show all posts |Read mode
Hampir setiap kanak-kanak akan terjejas akibat gelombang haba



Kanak-kanak di Bangalore, India menggunakan alat khas untuk melihat gerhana matahari separa. - FOTO EPA



New York: Data baharu menunjukkan hampir setiap kanak-kanak di bumi akan terjejas oleh gelombang panas menjelang 2050, Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) memberi amaran pada Selasa.

Menurut agensi PBB itu, sekurang-kurangnya setengah bilion anak muda sudah terdedah kepada jumlah gelombang haba yang tinggi akibat perubahan iklim, lapor Xinhua.

Menjelang pertengahan abad ini, dianggarkan lebih dua bilion kanak-kanak akan terdedah kepada gelombang haba yang "lebih kerap, tahan lebih lama dan lebih teruk".

"Krisis iklim ialah krisis hak kanak-kanak -- dan ia sudah pun membawa kesan buruk kepada kehidupan dan masa depan kanak-kanak," kata Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell.

Kebakaran hutan dan gelombang panas tahun ini yang telah melanda India, Eropah dan Amerika Utara adalah "satu lagi contoh yang menyedihkan tentang kesan perubahan iklim terhadap kanak-kanak", katanya.

Data baharu yang diterbitkan dalam laporan agensi itu - 'The Coldest Year of the Rest of Their Lives', menggariskan bahawa kanak-kanak kecil menghadapi risiko yang lebih besar daripada orang dewasa apabila berhadapan peristiwa panas melampau.

Ini kerana mereka kurang mampu mengawal suhu badan berbanding orang dewasa. Lebih banyak gelombang haba yang terdedah kepada kanak-kanak, lebih besar kemungkinan masalah kesihatan termasuk keadaan pernafasan kronik, asma dan penyakit kardiovaskular.

"Dunia perlu segera melabur dalam membina daya tahan mereka -- dan dalam menyesuaikan semua sistem yang diharapkan oleh kanak-kanak untuk menghadapi cabaran iklim yang berubah dengan pantas," kata UNICEF.

Kanak-kanak di kawasan utara akan menghadapi peningkatan paling dramatik, manakala menjelang 2050, hampir separuh daripada semua kanak-kanak di Afrika dan Asia akan menghadapi pendedahan berterusan kepada suhu tinggi melampau melebihi 35 darjah Celsius.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... ibat-gelombang-haba

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2023 10:46 PM | Show all posts
Ya, tidak jelas sama sekali. Artinya, keringat global, lalu tidak. Entah semua orang menertawakan Gretta atau mengeluh bahwa kita semua akan mati...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.070197 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list