View: 41708|Reply: 425
|
Pra-tonton filem 2 alam Dr.Rozmey- kebanyakan geleng kepala lepas tonton!
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Penerbit filem 2 Alam, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din yang tidak mahu mengadakan tayangan media filem itu kerana bimbang dikritik tentunya kecewa apabila wakil media berjaya menonton filem tersebut sewaktu tayangan perdana sempena Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) di e@Curve, Damansara, di sini malam Rabu lalu.
Ramai wartawan yang terkejut menonton filem itu selepas menggambarkan angan-angan Dr. Rozmey sebelum ini yang menjangkakan filem berkenaan akan mendapat kutipan pecah panggung dengan kutipan RM40 juta apabila ia ditayangkan serentak di 83 buah pawagam pada 18 November ini.
Pihak media yang menyaksikan filem itu sekadar ingin tahu kenapa selama ini Dr. Rozmey mengelak untuk mengadakan pro-tonton seperti yang dilakukan kebayakan penerbit filem?
Adakah kerana beliau mempunyai strategi tertentu ataupun benarkan filem berkenaan sebuah karya luar biasa daripada individu yang mendakwa kreatif seperti beliau?
Beberapa wartawan yang ditemui memberi pelbagai reaksi selepas menonton filem berkenaan yang kebanyakannya menggelengkan kepala melihat hasil filem itu.
Ketua Editor portal Murai.Com, Ellyana Ali berkata, filem berkenaan tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana menampilkan adegan ranjang yang agak keterlaluan.
Katanya aksi di atas katil dan adegan-adegan rogol yang ditonjolkan hanyalah bertujuan untuk menarik perhatian penonton berbanding maksud asal filem itu untuk memberi nasihat mengenai kesan menukar jantina oleh seorang lelaki.
“Ia sama sekali tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana adegan-adegan di atas katil yang keterlaluan,” katanya.
Ellyana turut berkata Dr. Rozmey akan mendapat kutipan RM40 juta sekiranya filem itu ditayangkan di pawagam “fantasinya”.
“Saya rasa jika di campur dari 83 buah pawagam dengan pawagam-pawagam fantasinya, mungkin jumlah itu akan menepati sasaran,” katanya menyindir.
Wartawan hiburan Mingguan Malaysia, Arif Nizam Abdullah pula berpendapat kualiti filem 2 Alam tidak setanding dengan sasaran kutipan yang diuar-uarkan.
“Filem ini terlalu kerap mengulang babak yang sama. Selain itu, lakonan watak transeksual yang ingin ditonjolkan tidak nampak realistik. “Apabila melihat hasil filem ini saya rasa ia boleh membuat penonton tertipu dengan sasaran RM40 juta yang diperkatakan oleh beliau,” katanya. Arif Nizam juga menambah, terdapat beberapa babak dalam filem ini tidak sesuai untuk menjadi tontonan umum.
Antaranya ialah adegan panas di atas katil, dalam tab mandi, dalam kereta serta dialog yang berunsur lucah.
Pengarang Hiburan Metro Ahad, Abie Abdullah pula berkata, 2 Alam mempunyai subjek yang baik iaitu tentang keinsafan dan keterlanjuran hidup seorang manusia tetapi persembahan subjek itu dilihat lemah sehingga mengganggu penyampaian sebenar mesej.
Katanya, ada filem lain yang lebih teruk dari 2 Alam tetapi filem ini diperkatakan kerana provokasi yang dilakukan oleh pelbagai pihak.
“Dengan provokasi demi provokasilah membuatkan orang tertanya-tanya tentang filem ini,” katanya.
Sementara itu wartawan hiburan Berita Minggu, Zul Husni Abdul Hamid berkata filem tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik tetapi teknik imbas semula (flash back) yang ditampilkan membuatkan 2 Alam sekadar "biasa-biasa" sahaja.
Katanya olahan filem itu menarik tetapi disebabkan terlalu banyak flash back yang ditampilkan, ia telah mengganggu tumpuan penonton.
"Tidak perlu banyak pengulangan terutama pada babak asmara," katanya.
Tambahnya, lakonan para pelakon perlu diperkemaskan kerana tuntutan filem berkenaan adalah kuat.
Beberapa wartawan lain yang diminta komen mengenai filem tersebut enggan memberi sebarang ulasan dengan alasan filem berkenaan tidak layak untuk diberi kritikan.
mStar Online pula berpendapat filem ini tidaklah seburuk seperti yang digambarkan tetapi cara penerbitnya melakukan promosi dengan lebih banyak mengkritik pihak-pihak tertentu adalah tidak wajar.
2 Alam turut dilakonkan oleh Aaron Aziz, Sabree Fadzil, Faizal Hussein , Rosnah Johari dan Kuswadinata.
Ia mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang menukar jantina serta mempunyai hubungan terlarang. |
|
|
|
|
|
|
|
ini plak komen dari cinema.com.my
"40 million? In empty seats, maybe!"
Follow CinemaOnline on Twitter
By Ezekiel Lee Zhiang Yang
One of the many "2 Alam" advertisements that can be seen at Cathay Damansara last night.
21 Oct – The heavily self-promoted Malaysian curio "2 Alam" by Kedahan businessman Rozmey Che Din was finally unveiled to the press as part of last night's 23rd Malaysian Film Festival launch at e@Curve, and was roundly met with deafening wolf whistles and sarcastic cheer by local pressmen.
The film had earlier caused much controversy, one for the outrageous and incendiary comments on social media by producer Rozmey who boasted a target gross of RM 40 million at the box office despite not having secured a release date (then), and two, for harsh exchanges between the local pressmen and the producer which was published in the media in recent weeks.
Due to intense curiosity regarding the highly publicised movie, tickets ran out within half an hour of release by the organisers.
According to a local scriptwriter who wished to remain anonymous, the film was "completely rubbish", while others roundly dismissed it as a low quality production that does not match expectations, to put it mildly. A local filmmaker quipped: "40 million? In empty seats, maybe!"
The movie, titled "Transverse" in English, stars Aaron Aziz, Khir Mohd Nor, Kuswadinata, Nazim Shah, Faizal Hussein, Rosnah Johari, Royady Madada, Adrea Abdullah and Yank Kassim. It is a drama about mysterious problems surrounding the Islamic burial of a transsexual who had committed suicide. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ^^mamaque^^ at 24-10-2010 11:19
best C.I 2-3 hari ni(mod tido kot ker merajuk sebab kena tegur lemah B.I).....semua isu ada...sukan ada,seks ada, seram ada, politik makin banyak, so aku tambah kemeriahannya dengan citer pasal filem pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Dr. ni pon berlakon jugak ke?Pesal ada muka dia kat poster?Ke saya silap tgk? |
|
|
|
|
|
|
|
baru meriah CI ni,macam2 ada. |
|
|
|
|
|
|
|
dua alam ke 3 alam ke....tak teringin nak tengok..... |
|
|
|
|
|
|
|
baru pilem petamo dah buek hal mcm . karawale karawale |
|
|
|
|
|
|
|
gila duit betul rozmey ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
gila duit betul rozmey ni....
dewi_anastasia Post at 24-10-2010 10:56
baik gila duit dari gila bunuh dan rompak orang... |
|
|
|
|
|
|
|
baik gila duit dari gila bunuh dan rompak orang...
Arthur Post at 24-10-2010 11:03 AM
tapi ada orang kalau terlebih gila duit dia sanggupbunuh dan rompak orang.... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi ada orang kalau terlebih gila duit dia sanggupbunuh dan rompak orang....
dewi_anastasia Post at 24-10-2010 11:05
tapi dia ni belum buat benda tu lagi...
tak habis2 negatif ko ni...ko ni maksum macam Rasulullah kot? |
|
|
|
|
|
|
|
rozmey - kedahan - businessman - filem 2 alam - unsur seks
manap - kedahan - businessman - filem jalang - unsur seks
macam trend pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Dr. ni pon berlakon jugak ke?Pesal ada muka dia kat poster?Ke saya silap tgk?
cik_kambing Post at 24-10-2010 10:46 dialah lelaki 2 alam tu |
|
|
|
|
|
|
|
dialah lelaki 2 alam tu
koinzell Post at 24-10-2010 11:16
hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
baru semlm aku baca kat benang gusip psl pilem ni
tp aku mmg xtgk pilem melayu kat panggung
kdg2 drama melayu kat tv3 hari sabtu mlm ahad lagi bagus & lbh byk mesej drp pilem melayu yg byk merapu |
|
|
|
|
|
|
|
dialah lelaki 2 alam tu
koinzell Post at 24-10-2010 13:16
sentap |
|
|
|
|
|
|
|
Save duit aku dari beli tiket wayang |
|
|
|
|
|
|
|
ada 3 benda pasal dia ni kita kena respek...
pertama adalah keilmuan beliau....seorang Dr. yang pakar dalam bidang dia..
kedua adalah sifat keusahawanan dia....terbukti sudah berjaya dan jadi jutawan...
ketiga..sifat keyakinan pada diri sendiri tahap dewa yg ada pd beliau....
samada filem dia ni bakal dimasukkan sebaris dgn filem sampah2 lain spt cinta 200 ela-raja azmi, sifu dan tongga, dan beberapa filem razak mohidin dan beberapa filem yasmin@zulkipli ..sama2 kita tunggu dan lihat |
|
|
|
|
|
|
|
tapi dia ni belum buat benda tu lagi...
tak habis2 negatif ko ni...ko ni maksum macam R ...
Arthur Post at 24-10-2010 11:08 AM
sentap rupanya...... |
|
|
|
|
|
|
|
Dr. ni pon berlakon jugak ke?Pesal ada muka dia kat poster?Ke saya silap tgk?
cik_kambing Post at 24-10-2010 10:46
Dia hanya penghias sahaja.. takde beza DDR ngan Pasu Bunga... |
|
|
|
|
|
|
| |
|