View: 3552|Reply: 30
|
Nenek 74 Tahun Antara 30 Pelacur Tua Nak Taubat
[Copy link]
|
|
Di sebalik kehidupan gelap dilalui golongan pelacur tua sejak berpuluh tahun lamanya, masih ada sebenarnya keinginan untuk mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
Malah, semakin menebal perasaan insaf setiap kali memikirkan usia yang semakin lanjut selain soal kematian.
Bagaimanapun, impian untuk menjalani kehidupan normal seperti orang lain terpaksa dilupakan atas desakan hidup untuk mencari rezeki, selain tiadanya usaha daripada pihak luar yang tampil secara serius untuk membantu.
Seorang pelacur warga emas yang masih menawarkan khidmat seks di lorong sekitar Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Difahamkan, terdapat kira-kira 20 hingga 30 wanita warga emas berusia 55 hingga 74 tahun kini mencari rezeki di lorong-lorong gelap di sekitar ibu kota dengan menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.
Berdasarkan tinjauan Kosmo! baru-baru ini, antara lokasi popular yang dijadikan sarang maksiat oleh golongan ini adalah di lorong gelap di sekitar Jalan Chow Kit dan Jalan Petaling di sini.
Mengulas lanjut, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ar Riqab Kuala Lumpur, Nor Akmar Ali mengakui bahawa bantuan kerajaan sangat sukar diperoleh bagi membantu golongan ini memandangkan warga emas ini turut terlibat dengan masalah penagihan dadah.
“Mereka pernah mahu berhenti daripada melakukan ‘kerja’ ini, lebih-lebih lagi yang dah tua dan uzur. Namun, kami tidak boleh nak hantar ke mana-mana lokasi sebab ramai antara mereka terlibat dengan dadah.
“Memang benar mereka terkait dengan dadah, tetapi itulah yang perlu diusahakan untuk membantu mereka keluar daripada kehidupan gelap ini,” katanya kepada Kosmo!.
Nor Akmar yang berpengalaman selama tujuh tahun menguruskan golongan itu turut kecewa dengan pelbagai alasan tidak masuk akal yang diterima daripada pihak luar sehingga membantutkan usaha kumpulan sepertinya bagi membantu golongan berkenaan.
“Saya pernah tanya pelbagai pihak berwajib, mana nak letak mereka ini tetapi semua tempat tak terima. Alasan yang diberikan, mereka tiada kepakaran dan anggota yang boleh uruskan golongan ini.
“Kalau tak ada, wujudkanlah. Golongan warga emas ini juga kecewa, terpaksa pasrah dengan takdir dan terus hidup begitu sehingga kini,” katanya.
Beliau berkata, pengalaman menyaksikan berbelas-belas pelacur warga emas mati di ‘tepi jalan’ membuatkannya terus berjuang untuk membantu golongan berkenaan keluar daripada kehidupan gelap itu.
“Kerajaan tolonglah bantu sebab sekarang hanya kurang 30 orang sahaja yang tinggal.
“Itu pun sebab masih ada yang bergantung kepada dadah dan ada antara mereka yang tiada ahli keluarga.
“Rumah yang kami sediakan untuk mereka sekarang pun cuma rumah terbiar yang tiada bekalan elektrik atau air. Hanya menjadi tempat untuk mereka menunggu masa untuk pergi,” jelasnya.
Di lorong gelap di sekitar Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur inilah lokasi pelacur-pelacur tua menunggu pelanggan.
Atas desakan itu, Nor Akmar merayu kepada pihak berwajib untuk memberikan sedikit peruntukan ataupun bantuan tempat tinggal bagi menguruskan golongan ini.
“Sampai sekarang saya masih menanti. Kalau kerajaan kata tak boleh buat, bagi kami buat sebab kami arif tentang emosi dan cara menguruskan mereka.
“Bagi peruntukan dan kami uruskan. Kalau ada bangunan atau rumah kosong yang muat didiami untuk 30 orang, boleh beri kepada kami.
“Setakat makan dan minum, ramai pihak lain yang sudi bantu. Cuma untuk pengurusan dari segi warden dan tenaga kerja, kami memang minta bantuan pihak berwajib dan kerajaan untuk terlibat sama,” katanya.
Menurutnya lagi, golongan ini juga bukanlah mencari nafkah dengan hanya melacur di jalanan semata-mata, namun ada antara mereka yang membuat kerja sampingan untuk menambah pendapatan.
Bagaimanapun, katanya, pendapatan yang diterima itu tidaklah terlalu besar, sehingga membuatkan warga emas ini terpaksa meneruskan kerja-kerja melacur di jalanan.
“Ramai yang mahu berubah, cumanya desakan hidup membuatkan mereka sukar untuk kembali ke pangkal jalan.
“Mereka rajin bekerja, ada yang cari duit tambahan dengan kerja mencuci di kedai makan, potong sayur, jual kotak dan sebagainya.
“Sebagai masyarakat, kita tiada pilihan lain selain membantu mereka yang mahu berubah,” tambahnya.
Kosmo! Ahad semalam mendedahkan mengenai sisi hitap golongan pelacur warga emas yang masih mencari rezeki dengan menawarkan khidmat seks di lorong-lorong.
Antara yang terlibat temasuk seorang wanita berusia 74 tahun yang telah menjalankan aktiviti pelacuran selama 60 tahun demi mencari rezeki.
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tua 74 tak monopos??? masih boleh?? ada nafsukah tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
Saje nk share kisah benar i just can't forget.
Ade sorg pelacur ni umur die 64 tahun kat kl. Baru2 ni family die jumpe die & ajak pulang ke kampung.
Her nightmare on elm street began when she at the tender age of 13 yo. Bapak die kat kg nk kawinkan die dgn sorg lelaki dewasa x ingat la saudara ke kwn. Utk nk selamatkan diri die escape & larikan diri ke kl sebatang kara. |
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu replied at 14-11-2022 11:04 AM
dah tua 74 tak monopos??? masih boleh?? ada nafsukah tu??
Dah menopos pun boleh je cuma maybe la dia mcm kurang bernafsu pun lagipun dorang nak nak cari duiit ja
Pura2 jela mcm sedap,ntah yg melanggan pun maybe org2 terdesak jnji dapat lepaskan air tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
So masa tu die sorg2 night time somewhere in kl lost, alone, afraid & hungry. Ade sorg mak ke bapak ayam offer bantuan. Die 13 tahun dun know anything, she just met somebody who wanted to help.
So gituw la story mula2 die start carrier pelacuran die & drug abuse. |
|
|
|
|
|
|
|
manjalara_01 replied at 14-11-2022 11:26 AM
Saje nk share kisah benar i just can't forget.
Ade sorg pelacur ni umur die 64 tahun kat kl. Baru2 ...
Pastu sampai KL masuk plak mulut naga ke?
Ermm siannya dr belasan tahun tu.
Kiranya mmg tak penah kawen dan bekeluarga la ye?
Sedih laa 13 tahun tu muda lagi ntah dah baligh ke blm tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Itu dikawasan tu aje belum dari kawasan lain pasti lebih ramai lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh nak imagine liku2 hidup diorang ni.. memang betul kita ada pilihan tapi berat mata memandang lagi berat bahu dipikul.. so tak boleh nak judge. Semoga Allah permudahkan urusan. |
|
|
|
|
|
|
|
tua2 pun on... yg jenis mcm ni x kena pulak cancer serviks bagai.. kebal kut...
rasa mcm kucing pun elok lg darjat dia dr pelacur, sbb klu nk mating pun kena filter dlu kucing tu bebas flea, worm etc.. yg manusia ada akal ni, pakai bubuh ja ya...
aa yg kisah benar tu pun, sangup melacur dr menikah cara yg halal? walau terpaksa kawin, tp yg melacur tu ...hobi? kerjaya? carrier? sedap? |
|
|
|
|
|
|
|
... tak usahlah tanya soala-soalan bodoh
semestinya yg tua2 ni dah lama menopos ... tak ada napsu pun utk seks (atau ada sikit bagi yg dlm 50an).
mereka menadah untuk mendapatkan wang sekadar entah berapa RM
simpatinya saya kepada mereka
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by manjalara_01 at 14-11-2022 12:28 PM
Suchi replied at 14-11-2022 11:31 AM
Pastu sampai KL masuk plak mulut naga ke?
Ermm siannya dr belasan tahun tu.
Kiranya mmg tak penah ...
Yup u. Dah sorg2 mcm tu easy target. Alangkan kluar dgn family gi mkn pun anak2 kecik bleh kena culik ape lg bile sorg2 mcm tu.
Cite ni i bc long time ago. Maybe dah lebih 10 tahun dulu still x bleh lupe.
I masa umur 13 tahun dulu baru mula skolah highschool. Besar area skolah baru cuak2 sesat x jumpe kelas . |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tua, dah sakit, dah tak laku baru fikir akhirat kan Nek
Semoga dipermudahkan taubatnya |
|
|
|
|
|
|
|
manehnya replied at 14-11-2022 11:57 AM
tua2 pun on... yg jenis mcm ni x kena pulak cancer serviks bagai.. kebal kut...
rasa mcm kucing pun ...
Kerjaya kot huhuhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 14-11-2022 12:21 PM
... tak usahlah tanya soala-soalan bodoh
semestinya yg tua2 ni dah lama menopos ... tak ada napsu ...
Itu lah.. sedih nya baca.. harap dia dimurahkan rezeki dengan cara yang halal... duk kampung cucuk tanam lebih elok tak pakai duit sgt |
|
|
|
|
|
|
|
manjalara_01 replied at 14-11-2022 11:26 AM
Saje nk share kisah benar i just can't forget.
Ade sorg pelacur ni umur die 64 tahun kat kl. Baru2 ...
Siannya....bapa tu pun awatla gila sgt nk kawin kn budak kecok dgn org tua tanpa persetujuan dia. Lain la budak ni pun sama² syok.
Harap² pak dia sewel la sb kan perbuatan dia hidup anak dia musnah. |
|
|
|
|
|
|
|
pak dia nk bg menikah benda halal, yg p melacur tu diri sendiri yg pilih jalan
|
|
|
|
|
|
|
|
manehnya replied at 14-11-2022 03:17 PM
pak dia nk bg menikah benda halal, yg p melacur tu diri sendiri yg pilih jalan
Benda halal tp kecik lg tu budaknya..
Maybe masa sheol lari tu, jumpa dgn org yg jahat, budak kan akal mana lah boleh pikir baik buruk, tak semena mena dijual pulak. Bukan niat dia nk jd pelacur tp dilacurkan pada usia semuda tu. Nk mintak tolong pun tak reti..iols mmg simpati sb umur dia yg muda lg tu sedangkan yg tua² pun kdg kena tipu jgk. |
|
|
|
|
|
|
| |
|