CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 458|Reply: 4

Confirm Menang, Pilihan Raya Bahrain Tiada Penyertaan Parti Pembangkang

[Copy link]
Post time 14-11-2022 03:37 PM | Show all posts |Read mode
MANAMA, Bahrain –  Rakyat Bahrain keluar mengundi kelmarin tetapi larangan ke atas calon pembangkang bermaksud pilihan raya berkenaan tidak akan membawa kepada perubahan bermakna walaupun bilangan calon mencapai angka tertinggi, kata kumpulan-kumpulan hak asasi manusia.


Lebih 330 calon termasuk 73 wanita sekali gus paling ramai setakat ini, bertanding  merebut  40 kerusi majlis perwakilan iaitu dewan rendah Parlimen yang memberi nasihat kepada Raja Hamad. Monarki Bahrain berkenaan memerintah selepas kematian bapanya pada Mac 1999.


Dalam perkembangan berkaitan, barisan orang ramai dilihat di 55 pusat mengundi di seluruh negara  itu sebelum ia dibuka tepat pukul 8 pagi (waktu tempatan).




Foto: AFP




Amina Issa yang merupakan ketua sebuah pusat mengundi di Manama berkata, kehadiran pengundi adalah besar sejak beberapa jam pertama dengan bilangan mereka terus meningkat.


Selepas pusat-pusat mengundi ditutup pada pukul 8 malam, Pusat Komunikasi Nasional Bahrain menerbitkan peratusan keluar mengundi rasmi sebanyak 73 peratus sekali gus mengatasi rekod 67 peratus pada 2018.


Kerajaan Bahrain yang didominasi keluarga  pemerintah berfahaman Sunnah, telah melarang dua kumpulan pembangkang utama daripada mengemukakan calon  iaitu gerakan Syiah Al-Wefaq dan parti sekular,  Waad yang masing-masing dibubarkan pada 2016 serta 2017.


“Pilihan raya ini tidak akan memperkenalkan sebarang pembaharuan. Tanpa penyertaan pembangkang,  kami tidak akan memiliki sebuah negara yang sihat,” kata aktivis hak asasi manusia Bahrain yang berpangkalan di Britain, Ali Abdulemam.


Pilihan raya kelmarin diadakan lebih satu dekad selepas operasi membanteras penunjuk perasaan Syiah yang menuntut pembaharuan politik dalam tahun 2011.


Sejak dari itu, pihak berkuasa telah memenjarakan beratus-ratus penentang termasuk pemimpin Al-Wefaq, Sheikh Ali Salman dengan ramai antara mereka dilucutkan kerakyatan. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2022 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
salah board ke bang?:
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 09:56 AM | Show all posts
salah board apa ni. betol la isu semasa kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Perikatan Nasional Bahrain tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 08:29 AM | Show all posts
ጋዐ ሃዐ፱ ሠልክፕ ጮቹ ፕዐ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.138537 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list