View: 725|Reply: 4
|
Remaja Tak Mengaku Mabuk Tersangkut Dalam Paip Pembentung Selama 7 Jam
[Copy link]
|
|
Anggota penyelamat terpaksa mengambil masa tujuh jam untuk mengeluarkan lelaki di Rusia yang tersekat di dalam paip pembetung selebar 30 sentimeter selepas memanjat masuk ke dalamnya dipercayai dalam keadaan mabuk.
Daily Star pada Jumaat melaporkan, kejadian berlaku di Lapangan Terbang Pulkovo, Saint Petersburg, Rusia.
CEN
Evgeny Titov, 21, melakukan perjalanan ke Saint Petersburg untuk melawat seorang rakan, tetapi mendakwa dia tidak ingat bagaimana boleh masuk ke dalam paip itu.
Dia merangkak sejauh 12 meter (m) di sepanjang pembetung sebelum tersekat dan terpaksa meminta bantuan.
Operasi menyelamatkan mangsa melibatkan pemotongan tar, menggali lubang sedalam enam meter dan membuka paip pembetung untuk membebaskan Titov yang tidak berbaju.
CEN
Dia dibawa ke unit rawatan rapi sebuah hospital tempatan untuk dirawat akibat hipotermia dan kemudian dipindahkan ke jabatan lain.
Agensi penguatkuasaan undang-undang percaya Titov mabuk ketika kejadian namun, dia menafikan perkara itu.
CEN
Media tempatan melaporkan bahawa Titov mungkin perlu bertanggungjawab dari segi kos atas segala kerosakan akibat tindakannya itu.
Sumber: Majoriti
|
|
|
|
|
|
|
|
baby baru lahir dari perut bumi. nak panggil doctor private macam ustajah fake cakap takut xterkeluar baby, terpaksa panggil bomba |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 15-11-2022 04:03 PM
Saudara oksana ke ni?
Anak ikan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|