CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 398|Reply: 1

Ada 4 Hari Lagi, Jangan Percaya Ramalan ‘Tukang Tilik’ - Khalid Samad

[Copy link]
Post time 15-11-2022 11:23 PM | Show all posts |Read mode
“Jangan percaya kepada ramalan keputusan ‘tukang tilik’ sebab mereka sendiri tak tahu sebab datang daripada pelbagai kajian. Kita masih ada empat hari bekerja lebih kuat, ambil kajian itu sebagai dorongan”.


Demikian seruan daripada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad kepada rakyat dan penyokong Pakatan Harapan (PH) terhadap ramalan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan tergantung kerana tiada parti memperoleh majoriti.




FB



Khalid berkata, dakwaan tersebut perlu dijadikan sebagai pembakar semangat berkempen bagi menuju ke hari penentu untuk lima tahun akan datang.


Jelas beliau, PH perlu mendapatkan lebih daripada 112 kerusi Parlimen agar kerajaan dibentuk kemudian hari stabil walaupun sekiranya ia dibentuk dengan gabungan daripada parti lain.


“Katakanlah PH hanya mendapat 105 kerusi Parlimen dan kemudian terpaksa bergabung dengan ‘Parti X’ yang ada 20 kerusi. Jadi kita akan ada 125 kerusi Parlimen tetapi apa jaminan mereka akan bersama sehingga akhir?


“Kerajaan daripada gabungan parti bukan penyelesaian yang baik, kita kena dapat paling kurang 112 kerusi Parlimen dan bila kita dapat kalau kita buat gabungan sekali pun tiada masalah.


“Kalau mereka nak lompat pun lompat lah, kita masih ada 112 kerusi Parlimen. Kita masih ada majoriti maknanya gunakan ramalan itu untuk mendorong kita menentukan bahawa ia tidak akan berlaku,” katanya semasa berucap di Himpunan Mega Harapan Batu di Taman Dato Senu.


Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, pertembungan semua calon yang bertanding dalam PRU15 diramal sengit berikutan tiada satu pun parti politik setakat ini memiliki kelebihan untuk mencatat majoriti mudah membentuk kerajaan, sama ada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional mahupun PH.


Mengulas lanjut, Khalid percaya bahawa PH boleh memperoleh sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen untuk PRU15, memandangkan terdapat ‘gelombang kabangkitan rakyat’.


“Sudah ada kebangkitan kembali, kalau dulu nampak sejuk dan suram sahaja tetapi apabila sebaik sahaja Parlimen dibubarkan tiba-tiba rakyat bangkit kerana tahu perjuangan belum selesai kerana kita dikhianati.


“Semasa PRU14, rakyat menolak BN dan UMNO tetapi pengkhianat-pengkhianat pula menyebabkan BN kembali bangkit,” katanya.




Sumber: UTUSAN








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 08:15 AM | Show all posts
ጋዐ ሃዐ፱ ሠልክፕ ጮቹ ፕዐ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.307124 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list