CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 393|Reply: 1

5 Tahun Pekak Lepas Penyumbat Telinga Tersekat

[Copy link]
Post time 15-11-2022 11:27 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki di Britain terkejut apabila mendapati kepingan penyumbat telinga kalis bunyi tersekat di dalam telinganya selama kira-kira lima tahun, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.


Wallace Lee, 66, dari Weymouth, Dorset berkata, dia kehilangan pendengaran sejak beberapa tahun lalu.


Lelaki itu akhirnya membeli kit endoskop untuk memeriksa sendiri bahagian dalam telinganya. Apabila menggunakan kamera kecil itu, Wallace mengesan satu objek kecil berwarna putih di dalam telinganya.




Daily Mail




“Lima tahun lalu, saya melawat keluarga di Australia dan membeli beberapa penyumbat telinga berbilang fungsi, bergantung kepada bunyi yang ingin dihalang secara berperingkat ketika berada di dalam pesawat.


“Salah satu daripadanya telah digunakan dan ia tersekat di telinga saya sejak itu,” kata Wallace kepada Badan Penyiaran Britain (BBC).


Dia kemudian bertemu dengan seorang pakar telinga, hidung dan bedah yang kemudian berjaya mengeluarkan objek itu.


“Saya dengan serta-merta dapat mendengar segala bunyi dalam bilik. Halangan yang berada di kepala saya selama bertahun-tahun akhirnya hilang dan saya dapat mendengar dengan baik,” katanya.




Sumber: Kosmo








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 08:15 AM | Show all posts
ጋዐ ሃዐ፱ ሠልክፕ ጮቹ ፕዐ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.418731 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list