CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 715|Reply: 0

Izzat naib juara boling padang dunia di New Zealand

[Copy link]
Post time 26-11-2022 11:21 AM | Show all posts |Read mode

Atlet boling padang negara, Izzat Shameer Dzulkeple. - Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Atlet boling padang negara, Izzat Shameer Dzulkeple muncul naib juara Kejohanan Juara antara Juara-juara Perseorangan Dunia di New Zeland, hari ini.

Pemain berusia 30 tahun dari Perak yang berdepan lawan dari England, Sam Tolchard, bangkit selepas ketinggalan 3-12 pada set pertama untuk menang set kedua dengan 6-4, sekali gus mengheret kepada perlawanan penentuan aksi final itu.

Pada aksi penentuan, pemenang pingat gangsa kejohanan Boling Padang Asia Pasifik sebanyak dua kali itu bagaimanapun tewas 2-3 untuk membawa pulang pingat perak.

Berdasarkan laman web rasmi kejohanan, Izzat mengejutkan juara bertahan dari Australia, Lee Schraner pada aksi separuh akhir semalam manakala Tolchard mengenepikan pemain Ireland Gary McCloy.


Sementara itu, pemenang pingat perak acara triples Sukan Komanwel 2022, Nur Ain Nabilah Tarmizi, menamatkan saingan di tempat kelima acara perseorangan wanita.

"Izzat telah melakukan segala-galanya, walaupun hampir menumbangkan musuhnya sehingga bowls (perlawanan) yang terakhir dalam pertarungan penentuan juara dunia. Tahniah juga Nur Ain," menurut ketua jurulatih kebangsaan Zuraidi Puteh di laman Facebook.

https://www.bharian.com.my/sukan ... unia-di-new-zealand
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.221611 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list