CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9011|Reply: 39

Perlukan Nasihat. Tolong Jangan Kecam

[Copy link]
Post time 23-12-2022 12:51 AM | Show all posts |Read mode
Aku tak tau nak cerita benda ni dengan siapa, sebab aku dah rasa kosong, tak tau nak fikir apa dan macam mana.
Sekarang ni, hubungan rumah tangga kitaorang jarak jauh. Aku tak kerja,dan selalunya dalam masa sebulan atau dua bulan sekali aku akan ke KL(bergilir-gilir). Sebelum kahwin, aku dan dia dah rancang dalam 2 tahun baru aku akan mintak transfer ke KL, so awal-awal tu PJJ la. Tapi,family dia dan orang-orang rapat sentiasa cakap isteri tempat dia dengan suami, sampai bila kitaorang suami isteri nak kena duduk jauh dan suami aku pun termakan kata-kata diaorang lepas tu tak habis-habis suruh aku mintak transfer KL. Aku mengalah, dan transfer ke KL,walaupun sebelum tu asyik bergaduh,boleh kata hari-hari bergaduh sebab suami tak ikut plan asal, dan aku kena duduk rumah MIL, aku tak berkenan nak kena duduk dengan MIL aku sejak aku first kena datang rumah dia sebagai menantu. Aku kena tidur dekat ruang tamu(rumah sewa MIL ada 2 bilik saja, satu bilik dia & satu lagi bilik anak perempuan dia),situasi tu aku dah rasa, wahhh macam tak dialu-alukan dan tak diraikan untuk masuk dalam keluarga ni.

Masa kat kampung,sebelum dan selepas kahwin,duit tak ada masalah sebab aku duduk rumah family, gaji aku cuma bayar semua bil-bil dekat rumah. Kereta pun guna kereta family, servis & semua benda aku settle. Bila nak minta transfer ke KL, aku kena beli kereta(laki aku tak ada kereta), jadi bertambah lg 1 komitmen aku untuk bayar kereta. Masa aku kerja pun, walaupun PJJ suami aku ni boleh dikatakan ada masa culas bagi nafkah kat aku(ni salah aku,sebab aku sendiri cakap tak pe, aku kerja ada duit sendiri)dan bila gaji dia lewat masuk untuk bayar motor dia akan mintak aku dahulukan gaji aku(dia akan bayar balik la), dalam fikiran aku okay la susah senang suami isteri kan.Tapi, akhir-akhir ni aku rasa aku dipergunakan.

Nak diikutkan cerita, dah aku transfer KL aku tak suka,dan aku jadi tertekan. MIL aku baik, tapi jenis bising(aku tak suka bising-bising ni) mencarut pun satu hal, tu takpe lagi satu perangai dia, orang sekeliling mesti kena dengar kata dia, kalau A mesti A, kalau kau tolak mesti nak buat muka, lepastu tak nak bercakap. Suami aku pulak, jenis tak faham apa perasaan aku. Masa tu, aku transfer waktu Covid, jadi setiap selang seminggu aku akan WFH. Waktu kerja aku 8.30am-5.30pm, kadang-kadang breakfast aku sediakan roti je. MIL aku ni pulak datang baik dia, dia buat breakfast lain, dia hantar dalam bilik. Masa tu aku tengah kerja, jadi aku makan jela dalam bilik. Malam tu, suami aku balik, dia dapat tau aku makan dalam bilik dia kata aku tak ada adab makan dalam bilik mak dia makan sorang-sorang kat depan. Aku terkedu. Tak lama lepas tu, kawasan tempat tinggal dia kena PKPD ke apa ntah aku pun tak ingat, jadi kitaorang pun lari la dari situ. Aku dengan suami bilik sewa kawan dia, masa tu aku rasa bahagia la. Sampaikan boleh mengandung.Oh, masa ni suami aku kerja dengan ayah dia, tiba-tiba jadi masalah keluarga, suami aku berhenti la kerja dengan ayah dia, dan aku kena kembali duduk dengan MIL.

Duduk dengan MIL,aku dapat tau aku mengandung(sebenarnya aku tak bersedia untuk ada anak sebab dari segi kewangan kitaorang tak kukuh lagi).Masa ni la masalah rumahtangga kitaorang bertambah buruk, aku tak ada morning sickness yang teruk pun, cuma aku loya kalau bau goreng-goreng. Aku bagitau MIL aku, aku tak tau la dia buat lupa atau apa, tapi hari-hari dia menggoreng. Masa ni, adik ipar aku dah kahwin, jadi bilik dia dah kosong dan aku duduk bilik dia. Bilik adik ipar aku ni MIL aku jadikan tempat simpan tuala kain-kain cadar ETC, kadang-kadang bila dia nak ambil tuala dia main masuk je, tak ketuk tak minta izin atau apa, terus terjah masuksampai sekarang yaaaa. Tak selesa betul!
Lagi satu,suami dan MIL aku ni ada satu perangai yang suka melepak rumah saudara mara berjam-jam lamanya sampai boleh tidur pergi nampak matahari, balik nampak bulan. Jadi bila dah mengandung ni, dengan sakit pinggang diaorang langsung tak pandang kiri kanan tengok aku selesa atau tak. Masa aku dekat KL ni, aku tak tau la tak suka aku macam mana yang aku sendiri tak boleh jelaskan tiap-tiap malam aku menangis. Masa suami dan MIL aku lepak dekat rumah saudara, aku buat alasan konon adik aku call, aku duduk luar rumah tu, aku rasa nak terjun aku nak bunuh diri(saudara dia duduk rumah tingkat 15). Bila aku cakap dekat suami yang aku tak selesa berlama-lamaan dekat rumah sedara mara dia, dia kata aku kena ikut cara dia bila datang KL sebab dekat kampung aku, dia dah ikut cara aku. Bila dia tertidur dekat rumah sedara, dia cakap aku pun pandai-pandai la duduk rehat, tak pun bergaul la dengan sedara mara dia yang lain. Terkedu lagi.

Masa aku mengandung, suami aku ada berjanji kalau aku mengandung dia akan berhenti merokok dan vape. Aku tuntut la janji tu, tapi hampeh bangga cakap dengan aku, jajni tu untuk dimungkiri. Kecewa aku tak payah cakap la. Sama la dengan MIL aku, masa aku mengandung ni aku cepat penat dan aku kerap kerap kerap sangat sakit kepala. Kadang-kadang hujung minggu tu aku nak rehat je kat rumah, tapi MIL aku ajak pergi ke rumah saudara(rumah sama yang suami selalu lepak), aku pernah tolak MIL mesti tarik muka, kadang-kadang tu tidur rumah saudara dia tak balik.Masa ni, suami dah dapat kerja tapi tempat jauh, duduk rumah company, jadi kalau dia penat sangat tak larat nak balik, dia akan tidur rumah company. Aku kat KL kadang-kadang duduk sorang. Sampaikan aku makan hati sebenarnya. Suami pun, tak ambil tahu penat lelah aku mengandung apa semua. Tengok sekeliling, orang mengandung, suami ambil berat itu ini. suami sendiri?susu untuk ibu mengandung aku beli sendiri, vitamin itu ini semua aku beli sendiri. Bila cakap dekat suami, masuk kanan keluar kiri.
Sampai satu tahap, yang aku memang makan hati sangat-sangat. Suami aku kononnya nak cari kerja lain, dekat hotel PD, dia cakap jangan bagitau mak dia. Sebelum keluar rumah nak gerak, cium dahi aku segala bagai.Janji dengan aku esok pagi balik. Tunggu punya tunggu, call pun tak. Petang tu baru samapi rumah.Tapi, pagi tu MIL selamba masuk bilik, tunjuk whatsapp group family dia tunjuk suami aku dengan saudara mara dia konvoi pergi PD sambil gelak-gelak.Aku malas la nak layan, sebab aku pun tau  suami aku nak pergi sana cari kerja katanya. Satu hari tu, aku saja check phone suami, aku tertengok whatsapp dia dengan sepupu, dari awal aku baca conversation tu, suami aku ajak pergi tengok sunset.......... keseluruhan conversation tu, tak ada langsung ayat nak pergi cari kerja. Aku masa tu rasa kecewa yang gila gila, sanggup tinggal isteri yang mangandung nak tengok sunset, pakej menipu lagi. Ada sampai satu tahap, aku tumbuk perut aku rasa mengandung ni menyusahkan aku, semua orang menyusahkan aku. Aku siap cakap nak cerai apa semua.

Banyak lagi sebenarnya, sampaikan aku tekad berhenti kerja balik ke kampung. Aku cerita dekat mak aku, sebab aku tak ada sesiapa dah nak share masalah. Mak aku cakap sebenarnya dari awal mak aku tak setuju aku kahwin dengan dia, tapi dah sebab aku nak sangat kahwin. Family suami aku ni tak ada rumah tetap,sentiasa berpindah randah dan mak aku tak berkenan benda tu. Sampai ke hari ni yaaaaa, rumah yang diaorang duduk sekarang, tuan rumah dah nak tuntut. Jadi, sepatutnya awal tahun depan nak kena keluar, tapi MIL aku mintak tangguh sebab terlalu singkat masa nak cari rumah sewa baru. Sekarang, suami aku mintak aku balik ke KL, tinggal dengan dia(dia akan cari rumah sewa)dan dia suruh aku kerja sebab dia tak mampu untuk bayar semua komitmen(rumah,kereta,motor,makan minum, lampin,susu anak dan dia nak simpan duit untuk ambil sijil). Anak aku pulak,suami aku kata mak dia nak jaga, ni pun satu hal yang aku tak berkenan sebab cara MIL aku yang bising, mencarut, dengan cakap pelat lepastu bagi nickname mengarut-mengarut dekat anak aku dan aku pernah ya bagitau suami tegur mak dia jangan buat benda-benda tu dekat anak aku,depan aku mak dia boleh jawab biarlah nak cakap macam mana pun. Paling latest ni, dia sibuk nak dukung pegang anak aku, tapi sambil pegang telefon dan dia ajak anak aku tengok telefon. Suami aku tegur, jangan ajar anak dia tengok telefon, dia menjawab jugak, biarlah nak bagi tengok pun. Jadi, aku memang pangkah MIL aku bela anak aku.

Sekarang ni, aku rasa MIL aku punya plan untuk aku duduk sana, sebab dah dia sendiri cakap kalau aku kerja KL, dia nak jaga anak aku. Aku sebenarnya tak rela, tak ikhlas untuk duduk dekat KL, aku cadangkan dekat suami untuk dia pulak duduk kampung duduk sini sewa rumah pun murah nak banding KL, sebab aku dah pun duduk KL, kerja KL dan aku stress. Baru je gaduh dengan suami dalam phone tadi. Haihhhhhh.. aku tak tau la kalau aku pentingkan diri sendiri atau apa sekarang. Tapi, yang pasti berat sangat rasa hati ni untuk tinggal sana. Benarlah kata Wana Ali, cari lah suami kaya sebab diri sendiri dah terbiasa hidup mewah kenapa tiba-tiba dah kahwin nak kena hidup susah pulak.

Sekarang ni, aku dah buntu. Apa patut aku buat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2022 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya ko dik
Terlajak perahu boleh diundur
Terlajak kawin... Nak buat macam mana?
Akak tak tahu nak nasihat mcm mana
Tapi Cuba usahakan pujuk goda bebaik your husband utk carik kerja kat kampung

Kat kampung Tu Ada kilang tak?
Peluang kerja Ada tak?
Moga dipermudahkan urusan Ko dik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2022 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
penmerah replied at 23-12-2022 05:06 AM
Kesiannya ko dik
Terlajak perahu boleh diundur
Terlajak kawin... Nak buat macam mana?

kerja ni ada je dekat kampung , suami ni sepanjang kahwin rajin jugak berhenti dan cari kerja lain, tak berkenan dengan kerja itu la, ini la. Guna alasan tu jugak untuk dia cuba kerja di kampung, tapi haihhhh, entahlah. Cadangan kita semua serba serbi tak kena.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 02:15 PM | Show all posts
sigh ...i bila baca citer mcm ni kan i menyampah, kawen atas dasar cinta berusah bersama is such a bullxx

Gini je la, i think it is best u bagi kata dua, balik kg jaga sendiri anak tu and bekerja utk anak yg bakal lahir.

x mati kering pun xd laki ..ada laki kalau x guna pun no point. i rasa MIL and the family is toxic and xde ubat utk diubah so better walk out for good
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Simpati dengan awak. Awak masih muda jangan sia-siakan hidup berkorban pada lelaki yang tak boleh jaga awak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan tt. Berdoalah kpdNYA.. di sini tt boleh timbang tara baik buruk satu2 keputusan dan cdgn. Tp DIA lagi mengetahui. Secara peribadi, suami tt belum matang utk menjadi ketua keluarga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2022 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AJENALI at 23-12-2022 09:30 PM

TT banyakkan bersabar ye.. TT kuat sebenarnya sebab tu ujian begini TT dapat..

pada i kan.. TT cuba bincang n cari kata sepakat secara tuntas.. selagi x capai kata sepakat.. TT mintak la izin dengan Hubby utk stay kg..sebab

Lesson that i haved learn from others ialah.. hubungan y smooth perlukan komunikasi.. selagi komunikasi x clear.. nanti gaduh lagi dan lagi.

Dalam Islam suami wajib sediakan tempat tinggal n nafkah pada isteri.. sewa pun sewa lah asalkan TT selesa n rasa serenity di mana2 korang stay.. bukan kemewahan tapi cukup apa y ada (benda basic) . Tengok gaya TT orang y boleh give n take

TT kalau ada ibu dan ayah.. mintak mereka slow talk n nasihatkan suami TT (i ade baca cara ni berkesan, sebab sesetengah lelaki bila kite tunjukkan kat dia y kite ade family y ambil berat, Lelaki takut nak buat enteng kat kita next time) kalau lelaki tu ade maruah la

Last sekali, TT jangan lupa doa banyak2 ye, allah bagi jalan keluar dan lembutkan hati suami TT untuk lebih bertanggungjawab.. sy doakan drpd kejauhan, insyaallah

Jadi perempuan zaman sekarang x boleh pendam lama2 TT..(ni kakak senior tempat kerja i y bagi Tips, apa2 awal kawin kene bincang n saling ingatkan.. jangan pendam n diam) nanti jadi sakit untuk kesihatan mental n fizikal n rumah tangga pun x de mawwadah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2022 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 23-12-2022 02:15 PM
sigh ...i bila baca citer mcm ni kan i menyampah, kawen atas dasar cinta berusah bersama is such a b ...

sy bersalin dah sis, alhamdulillah.. anak comel sihat sempurna..☺
ya..mula2 nak kahwin tu konon susah senang bersama, rupa2nya dusta semua tu.. tak perlu nak susah senang untuk orang yang macam ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2022 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
AJENALI replied at 23-12-2022 09:19 PM
TT banyakkan bersabar ye.. TT kuat sebenarnya sebab tu ujian begini TT dapat..

pada i kan.. TT cub ...

hi sis, sy ni terlalu banyak give and take la yang dia pijak kepala sy.. tentang ibu & ayah yg nak kena communicate dengan suami, sy rasa sebab sy dah tak ada ayah yang dia & MIL rasa senang sikit nk buli sy.Mak sy dan MIL berbeza sangat,mcm langit & bumi mak sy sangat lemah lembut bertentangan dengan MIL.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2022 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sy tadi dapat panggilan dari suami, bersembang baik dah. tiba2 jadi panas, suami suruh sy duduk kampung(buat la apa nak buat)tapi baby stay KL dengan dia. Baby tak sampai setahun, rasanya apa2 pun mesti kena stay dengan ibu betul x?sy ajak dia fight di mahkamah kalau betul2 nak buat mcm tu, suami setuju. Bila sy cakap segala benda, salah silap dia. dia diam
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
holothurian replied at 23-12-2022 11:35 PM
hi sis, sy ni terlalu banyak give and take la yang dia pijak kepala sy.. tentang ibu & ayah yg nak ...

Sending u a virtual hug

Kalau mcm ni, TT kene ajak hubby bincang dr hati ke hati.. cari waktu paling tenang n lovely.. TT kene suarakan walaupun pahit sebab kalau diam, orang ingat kite redha with that pattern.

Baby TT dah berapa bulan?tahniah TT.. insyaAllah  jadi anak y soleh/solehah penyejuk mata dan hati ibu n bapanya.. aminnn
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
holothurian replied at 23-12-2022 11:40 PM
sy tadi dapat panggilan dari suami, bersembang baik dah. tiba2 jadi panas, suami suruh sy duduk kamp ...

Kalau i kat kasut TT.. i wont let go my child.. TT kerja tetap kan?

TT ajak la hubby TT g kaunseling sama2 (kalau sesi bincang Berdua as  H n W x berjaya, kene mintak org tengah sebagai moderator)

tapi pastikan org tengah tu BAIK AKHLAK( boleh simpan rahsia) MAKAN GARAM (pengalaman mensakinahkan rumah tangga) jadi dia boleh bagi nasihat membina.

TT dah kawin berapa tahun?

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 09:58 AM | Show all posts
tt, dari apa yg sis baca, nampak macam your husband x syg u dear.
Terlalu byk red flag pada dia & family.

For now, just give him option, duduk kg dgn u or just leave him dear. sementara anak baru sorang.

Buat apa nak penat2 layan drama yg you sendiri tau takkan ada ending yg baik.

You ada hak untuk gembira dengan your child. Jangan takut ramai lagi lelaki yg baik , cuma jgn rushing je.

Semoga bahagia dear.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry...geram baca...apa background education suami ko dik sb dia nampak mcm bodoh sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
amyza82 replied at 24-12-2022 09:58 AM
tt, dari apa yg sis baca, nampak macam your husband x syg u dear.
Terlalu byk red flag pada dia & fa ...

agreed tt.

Dia tak sayang you pun. Either you move on now or be prepared makan hati sampai hujung nyawa. You deserved better.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 02:32 PM | Show all posts
laki ko ni macam rempit style jer..... kalau akak, mmg akak mintak cerai n fight for ur right as a mother... kadang dia nak amik anak tu sbb nak sakitkan hati bini jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2022 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
holothurian replied at 23-12-2022 11:30 PM
sy bersalin dah sis, alhamdulillah.. anak comel sihat sempurna..☺
ya..mula2 nak kahwin tu konon s ...

Iyaaa...tahniah!!


Ye xde maknanya bersusah bersama zaman ni. Jaga kesihatan diri and mental and stay firm. Semoga TT strong. Virtual hugsss to new born baby and u too.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 06:06 PM | Show all posts
buatlah solat hajat dan istkharah bebyk dik TT
luahkan pd Allah apa yg dik TT rasa dan apa yg dik TT mahukan
mohon dipermudahkan segala urusan dan keputusan
bg kaka suami dik TT tu x matang lg
sejenis menurut perintah mak dia aje
xde matlamat dlm hidup sbb tu ikut suka dia aje nk kerja dan berhenti kerja
apa guna bersuami tp x bahagia dan sakit jiwa jdnya
dr penceritaan dik TT suami dik TT hanya sygkan diri dia aje
hal ehwal dik TT dan baby tu x penting
ugutan dia tu meh kan aje
dik TT bekerjaya insyaAllah hak penjagaan akan pergi ke dik TT
cuma kena pastikan andai terjd perpisahan jaga moral diri supaya suami dik TT x blh nk bangkitkan isu ini
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 08:04 PM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 25-12-2022 08:07 PM

haih. kalau gaji minimum pun dua2 mesti dah ada 4K sebulan kan gaji? 1k rumah, 500 grocery, 500 hepi2. 2K lagi tu bolehla pakai axia. Ke pakai kete ape? I sarankan you side income sket jual barang apa2. Dapat ekstra 1K sebulan pun boleh dah buat geli2 lega otak.

I tengok my siblings yang start from zero (keje biasa2 level degree), amek masa dekat 7 tahun gak la nak keluar dari garis "kemiskinan" tu. Tapi semua from day 1 lagi ada gaji bulan2 so walaupun "miskin" contohnya memula menyewa flat, kemudian kondo murah, kemudian teres kemudian beli flat jual kemudian beli teres, kemduian jual semua beli banglo hati maintan tenang dan kiranya ada nampak masa depan gak la sebagai marhaen.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 09:53 AM | Show all posts
takziah.
dapatkan kembali kegembiraan diri. tinggalkan suasana toxic itu.
My opinion, Cerai lah.

you pulak kena tanggung semua tu, nampaknya suami tu je yang hidup senang macam zaman sebelum kawen, ada orang tanggung, plus puaskan batin.

just too bad, keluarga MIL sana kena berdikari. good luck.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48982 Replies : 26
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 4077 Replies : 3
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257005 Replies : 7116
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11042 Replies : 276
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47102 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan mangsa banjir dipercayai hanya menerima sebungkus biskut serta mi segera sahaja.
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 4892 Replies : 1
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 18896 Replies : 113

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.092717 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list