CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 46376|Reply: 38

Ayat pendinding diri : ianya dipanggil 3 Qul atau 4 Qul?

[Copy link]
Post time 19-11-2010 09:13 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by DanIno at 22-11-2010 01:56

Sapa tau yg mana satu betul? Memang al falaq, annas dan al ikhlas je kan? Surah al kafirun memang tak termasuk kan? Saya dah tanya pakcik Google pun macam tak jumpa convincing answers that's why I'm asking here, and it'll be much appreciated if your answers are backed by authorities ( nas, hadith etc ). TQ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2010 09:45 PM | Show all posts
Yang saya tau ada 4 Qul. Surah An - Nas, Al-Ikhlas, Al-Falaq & Al - Qafirun. Kalo salah tlg betulkan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 11:32 PM | Show all posts
apa pentingnya sampai nak pastikan kesahihan 4 atau 5 qul?  ada makna ke 4 qul 3 qul atau 10 qul?


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 05:25 PM | Show all posts
yg sy tau 3 kul tu ayat pendinding diri,elok diamalkan iaitu,surah annas,al-falaq dan al-ikhlas..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 05:58 PM | Show all posts
Reply 3# ibnur
ustaz , jangan lah jawab macam tu...
kalo nak bagi tau bagi sajalah ...
bukan semua orang tau ...
yang tak tau tu lah yang bertanya ...
kalo ustaz bagi tau bukan luak pun ...
mana tau dengan apa yang ustaz bagi tau dapat membantu orang yang tak tau...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 10:15 PM | Show all posts
Reply  ibnur
ustaz , jangan lah jawab macam tu...
kalo nak bagi tau bagi sajalah ...
bukan semua ...
Nape?Tak caye? Post at 20-11-2010 17:58


minta maaf terganas bahasa.  tapi kalau dibayangkan secara tersenyum dan slow, macam tak da hal la kan.

sebenarnya istilah 3 qul dan 4 qul ni bukan ada masa zaman nabi s.a.w.  Ni zaman kemudian-kemudian jer ni.  Kebetulan 3 surah yang jadi amalan Nabi tu bermula dengan perkataan Qul, orang-orang zaman ni pun namakan dia 3 Qul.  Pastu tambah satu lagi Qul surah alkafirun.

Bukan ada apa-apa kuasa magic atau apa-apa kesan tambahan sampai nak pastikan kesahihan samada nama 4 qul atau 3 qul.  Yang memang sahih ialah nama surah-surah tu annas, alfalaq, alikhlas, alkafiruun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2010 11:26 PM | Show all posts
alhamdulillah ... sejuk ckit
walau tanpa tone ... ayat ustaz kali ini nyaman ditelan
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2010 03:34 PM | Show all posts
alhamdulillah ... sejuk ckit  
walau tanpa tone ... ayat ustaz kali ini ny ...
Nape?Tak caye? Post at 20-11-2010 23:26


ada satu ayat tertinggal dalam post sebelum ni.  'Sebenarnya saya bukan ustaz', jadi tu la pasal cakap tak serupa ustaz.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2010 11:19 PM | Show all posts
sebenarnya sy pn terasa nk tau gak bnda ni. bkn apa, nmpk mcm x penting. tp sebnarnya kena pastikan jugak yg betul2. mmg xda masalah bila 3Qul ke 4 Qul. dlm kepala sy ni pernah terlintas mcm tu spt TT. situasi terjadi bila:

anak murid sy,(sy bkn ustzh) bertanya ayat2 quran mana yg selalu jd amalan utk pndinding diri. so sy jawab 4Qul. murid yg lain sampuk: eh bkn ada 3 Qul je ke? then sy blur sekejap. then sy angguk2 kn kepala. wlu msa tu msh blur... takut bg salah ilmu plak!

so sy teringat balik.. yg makna surah kafirun tu berbanding dgn makna 3 Qul yg lain. so baru sy dpt bezakan ayat pendinding diri tu ada 3 Qul. walau ada 4Qul sebenarnya. yg 3 Qul je guna tuk pendinding diri. sy kena 'trick' sekejap dgn jumlah2 surah Qul nih.. huhu. err... ustaz ibnur, kalo slh maklumat tlg betulkn eh. sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2010 01:15 AM | Show all posts
yg sy tau 3 kul tu ayat pendinding diri,elok diamalkan iaitu,surah annas,al-falaq dan al-ikhlas..
nickname Post at 20-11-2010 17:25



   Jadi, berdasar feedbacks terbanyak dari forummer kat sini, I take it ayat pendinding diri ni memang terdiri daripada 3 Qul je ? Al-Kafirun x termasuk kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2010 01:31 AM | Show all posts
sebenarnya sy pn terasa nk tau gak bnda ni. bkn apa, nmpk mcm x penting. tp sebnarnya kena pastikan  ...
mujer_in_espejo Post at 21-11-2010 23:19



   Saya dah buat pembacaan agak meluas pasal ni, rasanya confirm dah ayat pendinding ni dipanggil 3 Qul.....cuma kena cari authorities dia je lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2010 01:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by DanIno at 22-11-2010 22:49
sebenarnya sy pn terasa nk tau gak bnda ni. bkn apa, nmpk mcm x penting. tp sebnarnya kena pastikan  ...
mujer_in_espejo Post at 21-11-2010 23:19



   Ini antara amalan biasa pengamal perubatan Islam kalau nak menolak sihir :
1) Al Fatihah
2) Ayat Kursi
3) 3 Qul
4) Bismillah 5x,7x & 9x
5) Ayat jauhi dr bala & malapetaka
6) Ayat pendinding diri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2010 01:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by DanIno at 22-11-2010 01:54
minta maaf terganas bahasa.  tapi kalau dibayangkan secara tersenyum dan slow, macam tak da hal  ...
ibnur Post at 20-11-2010 22:15



   Yup, saya pun baru dengar istilah 3 Qul ni within these 3, 4 years je. Sebelum ni, even masa kecik2 tak penah dengar istilah ni.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2010 01:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by DanIno at 22-11-2010 01:54
apa pentingnya sampai nak pastikan kesahihan 4 atau 5 qul?  ada makna ke 4 qul 3 qul atau 10 qul?


...
ibnur Post at 19-11-2010 23:32



   Kepentingan : nak amalkan untuk digunakan dalam doa pendinding diri dan doa harian. Takut2 ada tersilap tertib dalam bacaan je, kan ke bacaan yg sempurna is the best. Better be safe than sorry.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2010 01:50 AM | Show all posts
PERBEZAAN DENGAN AYAT PAGAR / DINDING DIRI:

Selagi pesakit dan keluarga berada dalam rumah, ayat pagar rumah memadai untuk
keselamatan keluarga. Tetapi sekiranya pesakit perlu keluar rumah, maka ia perlu
membuat amalan lain untuk memagar dirinya:

* Ayat Qursi, ATAU
* 3 QUL, satu QUL 3x, ATAU
* Zikir berikut 100x pagi dan 100x petang:
dari: http://www.alhawi.net/ratib_al.htm
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 07:51 AM | Show all posts
bg sy pulak...pendinding yg paling berkesan bukan pada 3qul nya itu..tapi pada pembaca nya itu..andai dia istiqomah dlm pembacaan 3 qul insyallah benda tu lindung...
yg penting

kita yakin akan ayat allah
kita amal kan dgn nya
kita x jemu mnyebut2

sbb nya sy penah tgk org berubah di youtube hnya dgn kalimah allah..allah...allah..boleh memasukkan jin dlm kertas atau pun kain...

keyakinan kita pada agama dan ayat allah tu membuat kan iman dan pertolongan dari allah menjadi mudah.

@"hanya dgn al fatihah sahaja boleh mnyembuh kan org"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2010 09:30 PM | Show all posts
Kepentingan : nak amalkan untuk digunakan dalam doa pendinding diri dan doa harian. Takut2  ...
DanIno Post at 22-11-2010 01:40


Apa yang nak disilapnya kalau kita nak gunakan nama sebenar surah berkenaan.  Annaas, alfalaq, alikhlas...  ada tukar ke huruf kalau tak namakan 3 Qul?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 09:32 PM | Show all posts
4) Bismillah 5,7 & 9


oooo...  bismillah pun ada 5 7 9 jenis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2010 10:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by DanIno at 23-11-2010 11:24
oooo...  bismillah pun ada 5 7 9 jenis.
ibnur Post at 22-11-2010 21:32



   Tu bukan jenisnya, tu bilangan bacaan. Terlupa letak "X" agaknya, 3x ke, 5x ke. Gosh, do you always utter sharp words? Mulut laser macam ni tak bagus diamalkan. Ini ada artikel Ustaz untuk golongan orang mulut laser dan celupar.......




BANGGA SEBAB CELUPAR



Ada orang bangga yang dirinya panas baran. Bangga kerana mulutnya celupar. Laser, kata orang sekarang. Seorang dua kawan yang saya kenal memberikan alasan, beliau orang Negeri Sembilan, seorang lagi orang Melaka, seorang lagi orang Kedah.

“Apakan daya, kami memang bangsa yang celupar!”, kata mereka.

Memang ada yang beralasan begitu.

Tetapi mampukah kita memberikan alasan yang sama di depan Tuhan nanti, “ampunkan aku ya Allah. Aku celupar kerana aku orang Negeri Sembilan! Aku melawak brutal kerana aku orang Kedah! Aku suka laser orang sebab mak bapakku semua begitu. Ia mengalir dalam darahku!”

Mahukah Allah melayan alasan-alasan itu?

Sebelum laser jadi bencana di Sana, muhasabah dulu di alam Sini.

Memang ramai yang bangga atas keceluparan mulutnya. Terasa macho. Terasa hebat apabila berjaya memangkah orang.

Celupar adalah sifat yang ada pada kebanyakan kita. Tetapi berbangga diri kerana celupar, ini yang bahaya. Orang seperti ini sedang melakukan sesuatu yang menyukarkan dirinya untuk berubah.

Mahu terus celuparkah, kalau celupar kita itu menghancurkan rumah tangga? Menyakitkan hati isteri dan anak-anak kita? Mahu terus laser mulutkah, kalau laser itu telah membunuh sekian banyak persahabatan kita? Sampai bila kita mahu terus menipu diri sendiri, berlaku ego semata-mata kerana tidak mahu dilihat tidak macho sebab sudah tidak secelupar dulu?

Sampai masa, apabila usia meningkat dewasa, kita tersedar akan kebodohan silam. Jika kita hanya celupar di hari silam, kesedaran boleh mengundang perubahan. Tetapi jika kita pernah berbangga dengan keceluparan, dan melukiskan imej diri sebagai macho kerana laser dan celupar, terimalah balasannya. Ketika hari kita sedar yang kita kena berubah, selepas melihat kehidupan ini binasa, kita tersepit antara menguzurkan keceluparan diri, dengan hilang maruah diri yang selama ini telah memperkenalkan kita sebagai seorang yang hebat kerana celupar.

“Seorang Muslim yang sebenar, adalah seorang yang manusia lain terhindar dari kejahatan lisan dan tangannya” [Hadith riwayat Muslim]

Itu soal mengubah sikap dan kelakuan.


dari saiful islam

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 11:00 PM | Show all posts
Pada saya kalo baca tak paham maksud dapat pahala baca je lar.....sbab bacaan tu datang dari ingatan bukannya hati yang ikhlas

Al-Ikhlas-menceritakan keagungan Allah tuhan yang satu
Al-Falaq-meminta perlindungan dari disihir dan dari org yang dengki
An-Nas-meminta dijauhkan dari kejahatan Jin dan Manusia

yang  nabi amalkan 3 Qul kalau tak silap....jangan cari maksud dari internet. Beli terjemahan Al-Quran yang diiktiraf
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.104308 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list