CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2593|Reply: 21

Shaza Bae Tak Nak Terikat Dengan Pengurusan Artis, Teringin Berlakon Di Semua Stesen TV

[Copy link]
Post time 18-1-2023 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Selepas dua tahun bernaung di bawah syarikat pengurusan, pelakon Shaza Bae akhirnya memilih untuk bergerak sendiri.


Shaza atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Muhamad Zamri, 28, berkata dia lebih selesa menguruskan karier sendiri tanpa membabitkan mana-mana pengurusan artis.


Foto: IG




Menurut juara Dewi Remaja 2019/2020 ini, dia membuat keputusan untuk tidak berada di bawah syarikat pengurusan kerana lebih bebas memilih tawaran lakonan.


"Buat masa ini saya rasa saya lebih selesa untuk bergerak sendiri kerana tidak mahu terikat dengan mana-mana syarikat pengurusan.


"Sebelum ini pun banyak penerbit terus cari saya untuk tawaran drama, jadi insyaAllah selepas ini apa-apa sahaja tawaran kerja boleh deal dengan saya atau pun PA saya," katanya kepada mStar.




  



Dalam pada itu, Shaza juga memberitahu dia ingin meluaskan bakat lakonannya dan berharap dapat bekerjasama dengan semua stesen televisyen (TV) tempatan.


Memandangkan sebelum ini wajahnya hanya sering dilihat di salah satu stesen TV, ada menyangka dia diuruskan oleh stesen berkenaan sahaja.


"Saya bersyukur dengan tawaran-tawaran drama yang diterima.


"Namun, saya juga teringin bekerjasama dengan stesen TV yang lain kerana mungkin ada yang menganggap saya hanya dipegang oleh satu stesen TV sahaja," ujarnya.




  



Dalam perkembangan lain, Shaza juga telah dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Telenovela Terbaik menerusi drama Jangan Ganggu Jodohku di Anugerah Telenovela ke-8.


Bagaimanapun, Shaza agak terkilan kerana tidak dapat menghadiri Malam Gala anugerah tersebut kerana bakal menunaikan umrah.




  



"Saya bersyukur dengan pencalonan yang diterima dan rasa terharu kerana watak yang dibawa menerusi drama itu sangat mencabar.


"Tambah pula ia merupakan drama pertama saya sebagai watak utama.




  



"Tapi saya agak sedih kerana tidak dapat hadir disebabkan sewaktu anugerah tersebut diadakan, pada ketika itu saya sedang menjalani ibadah umrah," katanya.


Untuk rekod, Shaza juga pernah membintangi beberapa drama popular termasuk Perempuan Tanpa Dosa, Marry Me Senorita, Ulya & Dini, dan Nikah, Cerai, Rujuk. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2023 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni tinggi ada, tapi tahla. Mcm tak brp menarik.
Height is not everything yach. Sbb Stacy Anam tu kemetot je, tapi meols lagi tertarik tgk dia drpd si minah ni. Sbb Stacy semacam hot n pandai menari
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak sedara mak artis model 80-an kan...dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
But engko macam takde aura la. Nak kata cantik pun idok. Ada artis tak cantik tapi ada aura. Engko dua dua pun takde
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepupu hanis zalikha kannn...

Tapi mcm dah tak nmpk berlakon je lately.. Or maybe produk2 lakonan dia still dlm editing process
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk dia berlakon jd wife belasahan nadhir nasir tu ok gak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2023 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoshhi replied at 18-1-2023 11:11 AM
But engko macam takde aura la. Nak kata cantik pun idok. Ada artis tak cantik tapi ada aura. Engko d ...

setujuuuuu

sheols macam nampak flat kalau time berlakon. Iols heran macam mana sheols boleh menang award haritu padahal lakonan tu ya ampun sedih sangat.

Sheols ni elok jadi model je la, berlakon takyah sebab sheols macam takde tarikan untuk penonton tengok
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Shaza Bae
Salt Bae

Meh cepat sape nak jadi Sugar Bae pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan nak menghina tau tapi macam ni boleh jadi juara dewi remaja???iols tengok dia berlakon nikah cerai rujuk tu…hmmm..rasanya kaka2 forum ada yang lagi hot
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
cantik biasa2..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 08:29 AM | Show all posts
xcantik hanis zalikha pon tak cantik. penyek
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 09:35 AM | Show all posts
I suka dia ni, I rasa she has that classic Malay beauty, yang takde nak jual rupa mix ke apa or asyik nak guna modal kulit gelap ke apa and the best part, lakonan dia ada jiwa, takde macam setengah pelakon baru yang kayu kayan and jual rupa jer.

At least to me, she can act and dia tak risau to diversify her acting roles, tak kisah nampak buruk ke kepam ke apa on camera, which is good, sebab most new young actress ni, bawak watak kampung pun, still nak control cun.

I've watched dia berlakon watak gedik2 dgn Uqasha and Kamal dulu, at the early years of her acting career lepas Dewi Remaja tu and she reminds me of Fazura dalam Gol & Gincu.

And in some other dramas with a more serious role, the one with Nadhir tu, she nailed it, menangis tu nampak la real, kena pukul tu nampak la sakit dia.

So you go girl, I'm rooting for you!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 09:40 AM | Show all posts
Mintak satu je, jangan buat muka or drip badan. you r pretty as you are girl. Betul lah beauty is in the eye of the beholder gitchew. Iols rasa dia okay je,, sebab tak menyucuk sini sana. Nampak original.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm interview tadi..dia ni nampak bijak..
Ini barulah retis bbnu alaf baru..beauty with brain..buat homework utk watak...harap dpt polish imej lagi ye
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh rupanya.. patutlah muka artis bawah management tu je memanjang kat astro
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by annadonna at 18-8-2024 03:51 PM

Ni graduated fakulti seni UM. Memanglah bijak, nama pun budak UM. Tapi mahaplah tak ada aura. Aku tengok study drama kat UM dorang mmg tak polish pasal aura sangat. Lebih kepada lahirkan researcher. Pasal tu graduan dorang bijak bagi pendapat tapi aura susah sikit nak pergi. Mcm baizura kahar, hushairi hussin, rosdeen suboh, asrulfaizal, jay iswazir, fazreen rafi, fairuz selamat, yusri sutun, rachel AF, budak budak NAMA yg finalist asian got talent, ranisha Mentor, ni semua grad fakulti seni UM and menang anugerah semua tapi aura non hadoooo.... Aura aura ni byk training kat aswara kot. Tapi dia ni pun lecturer kan kat uitm. So maybe dia lebih sesuai mendunia jadi pensyarah. Macam syafinaz la nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2024 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam banyak2, gambar dia pakai baju kuning tu yang paling nampak cantik berseri. Lighting ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 05:55 PM | Show all posts
bagi iols sheols ni cantik je. Dan suka juga karakter sheols.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawa dia ni muka Melayu lain sikit dr most of actresses yg kita ada, sometimes remind me of Dayang Nurfaizah, and acting pun ok jugak,
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 03:55 PM | Show all posts
die ni lawa je..cuma x dibagi peluang utk expose lebih bakat...jauh bertiang lg bagus drpd scha elliana bibior kene sengat tebuan tu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.291972 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list