View: 2215|Reply: 1
|
Lima tahun Hattan menanti M Nasir
[Copy link]
|
|
Lima tahun Hattan menanti M Nasir
M Nasir dan Hattan memilih lokasi di Sabah dan Sarawak untuk gabungan pertama mereka demi melakukan perubahan. - NSTP/Syaiful Raziq
KUALA LUMPUR: Dua seniman legenda, Datuk M Nasir dan Datuk Hattan memilih Sabah serta Sarawak sebagai lokasi penyatuan buat kali pertama menerusi Konsert Sifu & Aku 38.
M Nasir berkata, dua sinergi itu diadakan di luar Semenanjung Malaysia berikutan mahu memberikan perubahan.
"Saya banyak buat persembahan di Kuala Lumpur, jadi saya nak buat kelainan menerusi konsert ini. Disebabkan itu, kami tampil dengan idea jelajah ini, kami mulakan di Sabah dan Sarawak, insya-Allah seterusnya ke Kuala Lumpur.
"Kami percaya Sabah dan Sarawak antara lokasi terbaik. Saya juga agak yakin konsert ini dapat menarik penonton, sebab saya juga suka buat persembahan di sana.
"Di sana jarang ada konsert besar, kebanyakan hanya majlis makan malam. Disebabkan itu, kami ambil peluang ini," katanya kepada BH Online.
Konsert Sifu & Aku 38 di Sarawak akan berlangsung pada 25 Mei di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), dan seterusnya Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada 1 Jun depan.
Pengarah Westone Entertainment, Nur Iman Marikan berkata, tanggungjawab melaksanakan konsert di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipandang ringan memandangkan ia adalah idea M Nasir dan Hattan.
"Perancangan mahu melakukan konsert di Sabah dan Sarawak adalah daripada idea M Nasir dan Hattan. Kami percaya mereka ada tarikan dan kekuatan, jadi mengapa tidak kami tidak cuba mengadakannya di luar Kuala Lumpur.
"Saya pasti peminat di Sabah dan Sarawak menanti kehadiran dua legenda ini. Dan ada cabaran dihadapi pihak penganjur demi memastikan Konsert Sifu & Aku 38 mempunyai kelas tersendiri dari segi aspek teknikal seperti jalan persembahan, bunyi dan kerja belakang tabir.
"Ini kerana dua figura yang digabungkan mempunyai aura yang sangat kuat dan mampu membuatkan penonton hadir untuk merasai aura sama. Jadi, untuk memastikan kolaborasi ini sempurna, teknikal perlu sama hebat dengan penghiburnya," katanya.
Konsert Sifu & Aku 38 di Sarawak akan berlangsung pada 25 Mei di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), dan seterusnya Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada 1 Jun depan. - NSTP/Syaiful Raziq
Justeru, penganjur berjanji apa yang disajikan Konsert Sifu & Aku 38 berbaloi dengan penantian peminat dan aura yang dipancarkan oleh M Nasir dan Hattan.
Sementara itu, Hattan melihat penganjuran Konsert Sifu & Aku 38 sebagai epik dalam dunia seni bagi kerjaya dan figura yang dihormati.
"Jika mahu tahu keunikan kena datang konsert ini. Ini kerana ia adalah sejarah pertama dalam industri muzik yang menggabungkan sifu dan anak murid atas satu pentas sama.
"Sebelum ini, kita tengok adik-beradik buat konsert seperti Anuar Zain dan Ziana Zain, jadi ini adalah sesuatu yang baharu untuk industri muzik.
"Semua orang tahu M Nasir adalah guru saya. Saya mengimpikan konsert ini sejak lima tahun lalu dan baru tahun ini dapat merealisasikan, jadi kami mulakan di Sabah dan Sarawak.
"Semua terbabit dalam konsert ini juga adalah mereka yang banyak bersama kami sepanjang perjalanan muzik.
"Kami akan mempersembahkan lebih 20 lagu. Ini juga bukan sekadar konsert, tetapi penonton akan dapat melihat persembahan yang penuh dengan penjiwaan," katanya.
Antara lagu yang bakal dipersembahkan secara duet dalam termasuklah Kepadamu Kekasih, Sekuntum Mawar Merah, Apokalips dan Hati Emas.
Harga tiket Konsert Sifu & Aku 38 dijual dengan harga serendah antara RM188 sehingga RM1,000 menerusi laman web www.myticket.asia.
Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... tan-menanti-m-nasir
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi ke konsert ni? sepi je |
|
|
|
|
|
|
| |
|