View: 2073|Reply: 14
|
Bintang Hellbound, Yoo Ah-in positif kokain, ketamin
[Copy link]
|
|
YOO AH-IN
Bintang Hellbound, Yoo Ah-in positif kokain, ketamin
SELEPAS terjebak penyalahgunaan dadah jenis ganja dan propofol, kini bintang Korea Selatan, Yoo Ah-in disahkan positif kokain serta ketamin.
Media Korea Selatan melaporkan,pihak berkuasa mengesahkan aktor filem Hellbound itu disahkan mengambil dadah jenis kokain dan ketamin setelah membuat ujian makmal terhadap sampel rambutnya.
Kini, polis dalam proses menyemak rekod preskripsi ketamin untuk mengetahui sama ada pelakon berusia 37 tahun itu mengambil bahan terlarang tersebut secara kerap atau tidak.
Sebelum ini, Ah-in menjalani ujian air kencing dan rambut untuk siasatan lanjut pada 5 Februari lalu.
Hasil mendapati dia positif ganja dan ujian rambut diserahkan kepada Unit Siasatan Narkotik Agensi Polis Metropolitan Seoul oleh Perkhidmatan Forensik Kebangsaan.
Sama seperti laporan sebelumnya, pemilik nama sebenar Uhm Hong-sik itu pernah disahkan positif propofol.
Polis mengesahkan pelakon Burning itu akan dipanggil soal siasat seawal minggu hadapan.
Sejak awal Februari, polis giat menyiasat pemenang anugerah Grand Prize For Film Actor Of The Year semasa 6th Asia Artist Award pada tahun 2021 kerana menggunakan dadah jenis propofol secara haram.
Pelakon lelaki itu ditahan pada 6 Februasri setibanya dari Amerika Syarikat atas dakwaan penyalahgunaan dadah jenis propofol, tetapi hasil air kencing mendapati dia juga positif mengambil ganja.
Polis juga mencari dan melakukan serbuan di beberapa pusat kesihatan di Seoul yang disyaki membekalkan dadah secara haram kepada Ah-in sejak 2021.
Isu penyalahgunaan dadah melibatkan pelakon pemenang pelbagai anugerah terbaik di peringkat global itu mengejutkan bahkan membimbangkan peminat.
-KOSMO ! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
adui dahlah suka dgn Yoo Ah In ni sejak tgk drama Sungkyunkwan Scandal to x sangka jadi penagih dadah terer berlakon tp sayangnya |
|
|
|
|
|
|
|
SIAPA YG KATA GANJA TU UBAT??????? KLU UBAT ASAL MEREBAK KE LAIN...
|
|
|
|
|
|
|
|
oh noooooooo org tgh tggu hellbound 2 |
|
|
|
|
|
|
|
NOOOOOOO!! Dia ni dah la jenis berlakon best |
|
|
|
|
|
|
|
sayangkan. agak2 dia ni tenggalam, boleh timbul balik ke? knowing cancel culture kat korea tu |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaa dia ni dahla berlakon best harap tak kena cancel la. Dulu pun ada sorang actor kena cancel tapi sebab kes buli kat sekolah, Jisoo kot nama dia. Dah kena cancel terus hilang dari radar and dia pun best berlakon. Nasib le Kim seon ho dapat uncancel kan diri beliau |
|
|
|
|
|
|
|
So hellbound 2 kena reshoot balik ke? Sian pulak production team & pelakon lain.
Ada gosip sebab bf heols yang influence heols mendadih kan.
Ha Jung Woo & Ju Ji Hoon antara retis yang terlibat dengan drugs tapi boleh rebound balik. Sorang propofol sorang lagi ecstacy. Tapi pelakon pompuan park si yeon hilang kejap sebab issue proposal gak.
Tapi YAI ni banyak pulak jenis drugs positive kat badan heols eh. Entah boleh rebound ke tak ni. Movie heols Voice of Silence tu best |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai. Heols da la belakon best. Meh la duk mesia sini. Mesia ni kalau retis tu jahanam camne pun, masih lebat job kiri kanan.. |
|
|
|
|
|
|
|
shoyuna replied at 14-3-2023 07:47 PM
So hellbound 2 kena reshoot balik ke? Sian pulak production team & pelakon lain.
Ada gosip sebab bf ...
boleh jadik tak nak speculate dia ada intention nak commit suicide? agak x logik sbb substances yg dia amik tu bercampur2 bukan 1 jenis je. patut lah badan dia mcm belon, kejap kembang kejap kecut |
|
|
|
|
|
|
|
Best die ni dalam cite veteran |
|
|
|
|
|
|
|
Naneyra replied at 7-3-2023 11:06 AM
Alaaa dia ni dahla berlakon best harap tak kena cancel la. Dulu pun ada sorang actor kena cancel ta ...
cancel culture dekat korea dahsyat |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni bkn pernah jd guest kt running man dulu, masa Gary masih ada..comel kiut org nya |
|
|
|
|
|
|
|
Aritu baca dia ada amek dadah ke ubat tah tapi jenis untuk binatang punya. Apa yang dia stress Sgt tu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|