CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34493|Reply: 125

LESTARY : HANI

[Copy link]
Post time 29-11-2010 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 2-3-2011 08:11

Drama 13 episode ni dijangka akan ditayang di slot lestari, TV3 pada 07/12/2010 hari selasa pukul 9 malam iaitu sempena maal hijrah.

UMMU HANI sesuai dengan nama pada watak utamanya yang dilakonkan oleh NUR FATHIA. Antara pelakon-pelakon lain yang membintangi drama ni Ryzal, Nuremy Ramli, Bell Ngasri, Rozita Che wan, Isma Daniel dan ramai lagi!

Cerita ini turut memaparkan bagaimana Ummu Hani terlibat secara langsung  dalam membantu PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (POCPIM) dan DARUL QURAN JAKIM menerbitkan Quran Braille yang diterbitkan dengan menggunakan teknologi komputer yang pertama di Asia Pasifik.

Shooting drama ini sudah bermula dan episod pertama akan ditayangkan pada 7 Dis ini di slot LESTARY di TV3 sempena sambutan Maal Hijrah.

Drama UMMU HANI adalah sebuah kisah cinta remaja tapi cuba mengangkat tema dan latar yang sedikit berbeza dari kebiasaan.



**sinopsis akan dimuatkan kemudian...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2010 11:56 AM | Show all posts
macam menarik je citer ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2010 01:33 PM | Show all posts
Reply 2# hidden_fear


    kne tunggu n lihat le... mcm2 unsur gak diselitkan dlm citer ni... citer lite2 heavy gak... awal2 lite2 kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2010 07:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by RomizalRosle at 30-11-2010 19:21

Ummu Hani ditukar kepada Hani...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 08:41 PM | Show all posts
macam menarik. kena tonton episod 1 nanti
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 09:11 PM | Show all posts
nape tak letak kat slot zehra yerkkbiler bacer sinopsis cam drama islamik jerr....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2010 12:25 AM | Show all posts
apsl aku penah terbaca yg dd blakon crita ni? silap baca kot aku ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 12:27 AM | Show all posts
Reply 6# choolakaw

aku rsa slot zehra dah ada dramanya... crita ustaz amirul kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2010 11:43 AM | Show all posts
Reply 1# RomizalRosle

Drama Hani Lakonan Ryzal, Siti Fathiyah, Rozita Che Wan
BUTA BUKAN PENGHALANG CINTA DAN CITA-CITA

Menyusuli “ASMARA”, nantikan kemunculan siri drama terbaru di slot Lestary, “HANI” lakonan Nur Fathia, Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah, Rozita Che Wan, Esma Daniel, Nurul Elfira Loy, Zarynn Min, Airis Yasmin dan Ngasrizal Ngasri mulai 7 Disember 2010, setiap Selasa jam 9.00malam.

Drama 13 episod terbitan Layar Consult Sdn Bhd diarahkan oleh Heykal Hanifah berdasarkan penulisan skrip oleh Zabidi Mohamed mengisahkan cabaran hidup seorang remaja yang menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak.



Ummu Hani (Nur Fathia) ialah seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.

Irfan (Ryzal Jaafar) pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur. Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.

Kawan baik Hani, Aliah (Siti Fathiyah) dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.


Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan secara diam-diam. Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.

Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati bagi mengejar cita-cita dan cintanya. Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam (Rozita Che Wan) dan Mokhtar (Esma Daniel) sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.

Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan. Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.

Selepas tujuh tahun, Ummu Hani masih menunggu kepulangan Irfan kerana dia dirahsiakan tentang hubungan Irfan dan Aliah selama ini. Ummu Hani telah mendaftarkan diri di Pusat Latihan Orang Buta dan sedang membantu merealisasikan projek Quran Braille. Takdir telah menemukan Ummu Hani dengan cinta pertamanya, Irfan namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?

Jangan lupa untuk menyaksikan siri drama “HANI” di slot Lestary mulai 7 Disember 2010, setiap hari Selasa jam 9.00malam.


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 07:34 PM | Show all posts
sape yg pegang watak Aliah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2010 12:53 PM | Show all posts
sape yg pegang watak Aliah?
smy1 Post at 3-12-2010 19:34



    Siti Fathiyah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2010 12:53 PM | Show all posts
Reply 9# Syd


    thanks tlg muatkan sinopsis review... baru ingat nk letak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2010 12:58 PM | Show all posts
Promo HANI by TV3

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 01:51 PM | Show all posts
Reply 11# RomizalRosle


    ooo..tq2
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2010 10:19 PM | Show all posts
SINOPSIS MENARIK..MCM NOVEL
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2010 10:32 PM | Show all posts
siti fathiyah ni sepa plak? 2 pelakon crita ni nama fathiya.
mmm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2010 09:21 PM | Show all posts
Ok juga HANI ni.....baru 1st episod so kena tengok episod seterusnya

kebanyakan slot drama2 tv3 ni,  lagu background mcm semua pakai lagu 6ixth Sense...... Ayoub - Sepi,  Asmara - Menyesal,  Asmaradana - Tak Bisa Memilih, Cinta - Khatimah Cinta...........  memang pun lagu dorang best....  heheee
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 09:22 PM | Show all posts
tgh tgk ep 1..cita ni mcm drama jepun skit2..1 litre of tears kn?? tgh lbih krg ja..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 10:01 PM | Show all posts
oo sikit mcm 1lil of tears..yg sgt sedih tue....
dia hilang ingatan skit2..
tp citer ni focus more on buta kan...
so rasanyet ingatan dia x teruk sgt effect kot...

btw watak ngasrizal ngasri mcm citer ahmad durrah...kelakar poyo..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 10:02 PM | Show all posts

HANI....crita baru menggantikan Asmara

Tadi baru tgk crita baru kt tv3...
pelakon2 dia

nur fathia- hani, pelajar sek men yg slalu migrain..... katanya dia akn jd buta lepas ni

esma dniel- ayah hani, buka kedai dobi

rozita che wan- ibu hani, nurse

elfira loy- nisa, adik hani

ryzal- irfan, pelajar baru, maybe akn jd kwn rapat or bf dia


pada saya crita ni ok ok je, maybe sbb baru lg kot sbb tu enjin blum panas lg kot....... ada sesiapa yg dh tengok tadi? korang rasa cerita ni akn best  mcm Asmara x?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.198761 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list