CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4089|Reply: 1

Jangan Terlalu Tinggi & Terlampau Rendah, Ini Cara Nak Kawal Paras Gula Ketika Berpuasa

[Copy link]
Post time 30-3-2023 07:48 AM | Show all posts |Read mode
Jangan Terlalu Tinggi & Terlampau Rendah, Ini Cara Nak Kawal Paras Gula Ketika Berpuasa


Mengamalkan pemakanan yang sihat ketika bulan Ramadan bukan hanya dapat membantu mengurangkan berat badan, malah dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah. Khususnya buat penghidap penyakit diabetes, mengawal tahap gula dalam darah amat penting supaya tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi untuk mengelakkan komplikasi lain. Tapi, bagaimana cara kawal gula supaya ‘maintain’ elok?

Berikut merupakan 6 cara yang anda boleh lakukan untuk memantau tahap gula dalam badan sepanjang berpuasa. Risau juga kalau terlampau tinggi boleh menyebabkan anda pengsan, terlampau rendah pun boleh memiliki risiko yang sama.

CARA KAWAL GULA DALAM DARAH KETIKA BERPUASA



1. Kerap memantau tahap gula dalam darah

Seperti biasa kadang-kadang kita akan terleka dengan jenis makanan yang diambil, sampai terlebih pula tahap gula dalam badan. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga anda perlu melakukan rutin pemeriksaan secara berkala ketika berpuasa iaitu 1-2 kali dalam sehari. Jika kadar gula menurun hingga 4mmol/l ketika berpuasa, seeloknya berbuka sahaja dengan minum minuman manis kerana khuatir terjadinya hipoglikemia.

2. Jangan lewatkan sahur

Paling penting adalah jangan terlepas waktu sahur kerana anda akan berpuasa selama berbelas jam pada keesokan harinya. Mengambil makanan yang seimbang serta sedikit air manis amatlah penting jika anda selalu mengalami tahap gula yang rendah, tidak dilupakan juga penghidap diabetes.

3. Makan makanan sihat semasa berbuka dan sahur

Ya, faham godaan teringin macam-macam jenis makanan ketika berbuka namun berhati-hatilah jika anda ingin mengawal tahap gula dalam badan supaya tak capai kemuncak! Hal ini kerana, apabila kadar gula meningkat akan menjejaskan kesihatan badan dan juga tenaga akan berkurangan jika kadar gula menurun. Amat disarankan untuk mengelakkan makanan tinggi karbohidrat dan lemak dalam kuantiti banyak supaya tahap gula tidak melonjak.

Penghidap penyakit diabetes disarankan untuk makan karbohidrat kompleks seperti beras perang, gandum, dan kekacang supaya kenyang lebih lama.



4. Bersenam ketika berpuasa

Tengah berpuasa pun kena bersenam ke? Sebenarnya, disarankan juga untuk anda yang menghidap diabetes untuk melakukan sedikit senaman ringan semasa berpuasa untuk mengawal paras gula dalam badan. Hal ini kerana, apabila bersenam ketika berpuasa dapat membantu proses pembakaran gula dalam darah menjadi tenaga. Kalau rasa tak larat sangat, boleh juga lakukan senaman ini selepas berbuka untuk membakar lemak.

Waktu terbaik untuk bersenam adalah sekitar 2 jam sebelum berbuka puasa. Jangan sampai pengsan pula ya!

6. Minum air yang cukup

Apila berpuasa, ramai dalam kalangan kita yang akan mengalami dehidrasi kerana kekurangan cecair dalam badan. Inilah yang menjadi punca kenapa tahap gula dalam darah sukar untuk dikawal. Sebab itulah penting untuk ambil kuantiti minuman air kosong secukupnya ketika berbuka dan sahur.

Seeloknya cukupkan 8 gelas air dari waktu berbuka sehinggalah sahur untuk mengelakkan berlakunya dehidrasi. Kulit wajah pun nampak bermaya!

Sumber: SehatQ.com
https://siraplimau.com/cara-kawal-gula-dalam-darah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 09:02 AM | Show all posts
Exactly
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.464711 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list