CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1444|Reply: 1

Petua Kecantikan Dari Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki, Rugi Kalau Tak Cuba!

[Copy link]
Post time 12-4-2023 07:52 AM | Show all posts |Read mode
Petua Kecantikan Dari Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki, Rugi Kalau Tak Cuba!



Petua dalam kehidupan seharian memang tidak dapat dijauhkan kerana ia merupakan kaedah yang pernah digunakan oleh orang terdahulu sebelum dunia berubah menjadi lebih canggih. Ini termasuklah petua kecantikan yang wujud dan masih diguna pakai sehingga hari ini.

Justeru itu, mari lihat beberapa petua yang penulis sediakan kali ini. Di mana, ia lebih memfokuskan kepada kecantikan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!



PETUA KECANTIKAN



SENARAI PETUA KECANTIKAN YANG BOLEH DIAMALKAN
1. PETUA UNTUK MATA



MENGHITAMKAN ALIS MATA

  • Mula-mula anda ambil 10 biji cengkih yang telah kering dan tua lalu dibakar hingga menjadi arang.
  • Kemudian cengkih itu ditumbuk hingga halus.
  • Setelah halus tuangkan ke dalam botol yang telah diisi dengan minyak buah keras.
  • Apabila kedua-duanya telah bercampur rata, sapukan kepada kedua-dua bahagian alis mata anda dengan hujung jari dari hujung hingga ke pangkalnya. Rata tapi tipis.
  • Lakukan begini hingga selama dua minggu berturut-turut, pasti hasilnya memuaskan. Dan akan jelas kelihatan alis mata anda hitam dan cantik.


MELENTIKKAN BULU MATA

  • Ambil daun lidah buaya.
  • Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata.
  • Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.


2. PETUA UNTUK MUKA


MENGHILANGKAN JERAWAT BATU

Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya;

  • Ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air.
  • Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu.
  • Insya-Allah jerawat batu anda akan hilang.


WAJAH BERMINYAK

Anda sering mengalami masalah kulit wajah yang berminyak. Untuk mengurangkan masalah itu;

  • Ambil beberapa helai daun sirih lalu diramas ke dalam air.
  • Setelah itu sapukan pada wajah.
  • Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
  • Buat selama 3 minggu berturut-turut.
  • Anda akan perolehi hasilnya.


MELICIN & MEMERAHKAN KULIT MUKA

  • Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus.
  • Kemudian pupurkan di seluruh muka.
  • Biarkan mengering selama 20 minit.
  • Bilas dengan air bersih.
  • Amalkan seminggu 2/3 kali.


MENYERIKAN WAJAH

Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu:

  • Selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka.
  • Sapukan air itu kemuka.
  • Insya Allah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.


MENGHALUSKAN KULIT

  • Buah tomato dikisar halus.
  • Lumurkan pada muka seberapa ketika.
  • Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan.
  • Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam.
  • Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.


3. PETUA UNTUK KAKI


HAPUSKAN PECAH-PECAH TELAPAK KAKI

  • Ambil buah betik yang masih muda dan potong hingga keluar getah.
  • Kaki yang pecah-pecah itu hendaklah dibersihkan dahulu.
  • Kemudian barulah digosok sama rata dengan menggunakan getah betik.
  • Biarlah getah betik itu kering supaya meresap pada kaki yang pecah.
  • Selepas itu barulah dicuci dengan air bersih.
  • Ulangi cara ini beberapa kali.
  • Dengan izin Allah tapak kaki anda akan menjadi lebih baik. Pecahan pada telapak kaki anda akan hilang.


4. PETUA UNTUK KULIT


MENGHILANGKAN PARUT LUKA

Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya.

  • Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak.
  • Lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut.
  • Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya.
  • Amalkan sehingga kesan parut hilang.


MERAWAT PANAU

  • Ambil sepotong halia.
  • Tumbuk lumat.
  • Tempelkan pada tempat berpanau.
  • Insya Allah, anda akan melihat hasilnya.


MENGHILANGKAN PARUT

  • Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair.
  • Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut.
  • Biarkan sehingga kering.
  • Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
  • Insyaallah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.


5. PETUA UNTUK RAMBUT


MELEMBUTKAN RAMBUT

  • Ambil secekak kangkung dan bersihkan.
  • Masukkan dalam bekas.
  • Masukkan enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir.
  • Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika.
  • Kemudian bilas rambut dengan air bersih.
  • Lakukan selama dua minggu.


MELEBATKAN RAMBUT

  • Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lendir.
  • Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah.
  • Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda.
  • Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering.
  • Amalkan dua kali seminggu.


MENGELAK RAMBUT GUGUR

  • Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya.
  • Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur.
  • Perap ramuan di atas kepala selama sejam.
  • Lakukan 2 kali seminggu.
  • Insya Allah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.


Sumber: Facebook Ari Pasola / https://siraplimau.com/petua-kecantikan-dari-rambut-hingga-kaki/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2024 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow byk nya petua
Rajin atau tak je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.050709 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list