|
Aktres Indonesia yang membintangi filem Rajah, Atiqah Hasiholan menjelaskan aksi ranjang yang dilakukannya bersama pasangan gandingannya adalah helah semata-mata.
IG
Menerangkan lanjut, Atiqah terlebih dahulu mendapatkan tunjuk ajar daripada pengarah dan jurukamera sebelum menjayakan babak panas tersebut.
“Ini lakonan ranjang pertama saya dan jujur saya memang takut melakukannya.
“Tetapi saya dan pelakon lelaki akan buat rehearsal bagi mempraktikkan teknik yang diajar dan kami tak bersentuhan pun,” ceritanya.
Dalam filem epik berkenaan, Atiqah yang mendukung watak Fatima perlu jayakan beberapa adegan panas dengan aktor utama Rajah iaitu Jonathan Rhys Meyers.
Naskhah tersebut berkisar tentang sejarah Rajah Putih pertama Sarawak iaitu Sir James Brooke yang sudah ditayangkan sejak 9 Mac lalu.
SUmber: BOOM! |
|