CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1568|Reply: 3

5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

[Copy link]
Post time 14-5-2023 01:21 PM | Show all posts |Read mode


SUDAH berulang kali pakar kewangan menekankan kepentingan ilmu kewangan untuk menjadi individu yang celik ilmu kewangan agar tidak membuat kesilapan dalam membuat keputusan berkaitan dengannya.

Sebagai orang dewasa, kita sudah tahu di mana dan apa yang perlu dibuat untuk menimba ilmu kewangan. Menuntut ilmu boleh dilakukan dalam pelbagai cara sama ada membaca buku kewangan, menonton video nasihat kewangan atau menghadiri kelas-kelas ilmu kewangan.

Tetapi, sebenarnya ilmu kewangan ini juga penting untuk diajarkan kepada anak-anak. Mengajar ilmu kewangan seawal usia kanak-kanak akan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menguruskan wang sejak kecil.

Buat ibu bapa yang mahu mula mendidik anak-anak berkaitan kewangan, berikut adalah beberapa aktiviti yang mengajar mereka tentang kewangan.

1- Pemberian wang poket melalui usaha mereka sendiri
Aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih sedar bahawa untuk mendapatkan wang, mereka perlu berusaha. Anak-anak juga akan belajar menggunakannya dengan lebih berhati-hati kerana sedar akan kesusahan dan usaha yang perlu dilakukan untuk mendapatkan wang.

Ibu bapa boleh menyediakan sistem pemberian wang poket secara mingguan atau bulanan. Sebelum itu, sediakan jadual tugasan harian untuk mereka ikuti. Berikan tugas-tugas seperti siapkan kerja sekolah, kerja harian di rumah dan sebagainya.


Elaun atau wang poket boleh diberikan dalam bentuk tunai atau dimasukkan ke dalam akaun simpanan di bawah Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji bagi kegunaan mereka pada masa hadapan.

Sekiranya mereka mahu membelanjakan untuk membeli keinginan sebagai ganjaran, tetapkan jumlah had agar tidak terlebih berbelanja.
2- Berbincang berkaitan kewangan di rumah
Bersikap terbuka dan jujur tentang kewangan keluarga mungkin tidak semua ibu bapa mahu lakukan tetapi ia cara yang baik untuk mengajar mereka mengapa pengurusan kewangan yang baik itu penting dalam kehidupan.

Ibu bapa sering bimbang bahawa terlalu berterus terang hanya akan menimbulkan kebimbangan, terutamanya apabila mengalami kehilangan pekerjaan atau masalah keluarga yang lain.


Tetapi, anak-anak akan lebih bersedia untuk menangani isu jika mereka tahu cara yang betul untuk bertindak balas.

Terangkan tentang belanjawan dan bagaimana mahu berbelanja mengikut belanjawan yang disediakan. Selain itu, terangkan juga kepada mereka apa itu perbelanjaan mengikut keperluan dan kemahuan.

3- Dedahkan tentang pelaburan
Salah satu kunci kepada kestabilan kewangan dalam jangka masa panjang ialah mengetahui cara melabur dengan bijak. Selain itu, penting juga untuk mereka tahu apa itu saham, bon dan ajarkan bagaimana sistem pelaburan ini berfungsi.

Sebagai contoh, ibu bapa sudah biasa melabur menggunakan robo-advisor. Jadi mereka membuka akaun yang baharu untuk melabur wang yang anak-anak sudah simpan. Ajarkan kepada mereka bagaimana wang mereka dilaburkan dan bertambah melalui pelaburan.

4- Main permainan berkaitan kewangan
Permainan papan (board games) seperti Monopoly dan Jutaria boleh membantu kanak-kanak mempelajari kepentingan berjimat cermat.

Hari gaji yang tiba setiap kali satu pusingan permainan habis antara yang terbaik untuk mengajar kanak-kanak kemahiran pengurusan wang yang berharga di mana pemain perlu membuat perbelanjaan wang mereka.

Mereka boleh membeli barangan, membuat pinjaman dan belajar membuat belanjawan sendiri. Permainan ini juga boleh memberikan pengajaran berharga dengan peserta memilih hartanah atau strategi pembelian yang menghasilkan hasil terbesar dan mengukur risiko berbanding ganjaran dengan setiap langkah yang mereka lakukan.

5- Libatkan mereka dalam pembelian barangan kehendak

Setiap ibu bapa tahu bagaimana rasanya dibanjiri dengan permintaan untuk membeli mainan atau permainan video. Kanak-kanak yang lebih muda, khususnya, tidak faham bahawa belanjawan bulanan sudah ditetapkan dan wang yang diasingkan untuk membeli barangan di luar keperluan tidak banyak.

Tetapi, ajarkan kepada mereka jika betul-betul mahu membeli set Lego baharu atau Robux dalam permainan Roblox, mereka perlu membayar separuh daripada harga barang tersebut dengan wang mereka sendiri. Pasti mereka berasa teragak-agak untuk membeli permainan yang diinginkan.

Cara ini juga akan mengajar mereka kepentingan wang, harga barang dan mengawal nafsu keinginan.


Sumber – RELEVAN



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2023 12:50 PM | Show all posts
Dengan ekonomi yang teruk sekarang ni, mmg struggle nak besarkan anak2.  Lagi2 keperluan mereka perlu / wajib dibeli.  Apa yg mama boleh bgtau anak2, dlm setiap perkara setiap kali depa nak membeli dll, fikir dulu keperluan atau kehendak.  Jika sekadar kehendak, dan boleh ditangguhkan, simpan dulu hasrat.  Duit yg ada, boleh digunakan utk membeli keperluan.   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2023 11:37 AM | Show all posts
Mamason replied at 16-7-2023 12:50 PM
Dengan ekonomi yang teruk sekarang ni, mmg struggle nak besarkan anak2.  Lagi2 keperluan mereka perl ...



betul tu sis..semua barang pun mahal padahal barang sama je dengan 10 tahun dulu
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 10:29 AM | Show all posts
CARI-HBZ replied at 18-7-2023 11:37 AM
betul tu sis..semua barang pun mahal padahal barang sama je dengan 10 tahun dulu

Betul... kalau tgk setiap minggu brg keperluan pasti naik harga sikit2... and paling ketara baru2 ni naik nya bukan sen2 dah... naik beza sampai 2-3 ringgit... adehhh Jenuh pusing nak jimat.  Sampai kdg xtau dah nak jimat ikut mana... Xkan kita tak makan pulak.  Nak xnak beli je lah.. tapi time bayor tu... syahduuuu aje... Wang keluar berganda dr bulan lepas... itu maknanya harga dah naik... Sbb membeli brg yg sama aje mcm bulan2 sebelum ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.141839 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list