CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1140|Reply: 0

Si Kecil Malu Pakai Barang Murah? Parent, Ajar Anak Jangan Pilih Jenama, Boleh Bawa Masalah Mental!

[Copy link]
Post time 25-5-2023 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Si Kecil Malu Pakai Barang Murah? Parent, Ajar Anak Jangan Pilih Jenama, Boleh Bawa Masalah Mental!



Sebelum ini, tular di media sosial tentang perangai anak yang malu untuk menggunakan barangan tidak berjenama. Ini kerana rata-rata rakan membawa barangan jenama mahal ke sekolah dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Perkara seperti ini sudah tentunya tidak boleh dibiarkan kerana akan membuatkan anak lebih mementingkan jenama berbanding kualiti.

ELAKKAN ANAK MEMILIH BARANGAN JENAMA MAHAL




Menurut perkongsian Public Health Malaysia, anak belajar dari apa yang mereka perhatikan dan alami. Jika ibu bapa sendiri selalu berbual mengenai jenama pakaian, jenama kereta, beg tangan, anak juga akan menjadi seorang individu yang brand conscious dan materialistic.

Ya, mungkin anda mampu dan membeli barang berjenama dan mementingkan kualiti barang, tetapi anda masih lagi boleh membelikan barang yang berkualiti dan tahan lama tanpa menwar-warkan jenama dan tanda harga.

Apabila meningkat remaja, anak-anak yang brand conscious sukar mencapai tahap kepuasan. Rendah keyakinan diri (apabila tiada barang jenama) dan cepat memberontak.

Ketika ini, pengaruh rakan juga mainkan peranan penting. Berada di persekitaran rakan-rakan yang mementingkan jenama lebih merisaukan.

Ada remaja yang malu untuk berjumpa dengan rakan jika tidak memakai jenama yang terkenal. Untuk jangka masa panjang perkara ini akan memberi impak kepada kesihatan mental.

Jadi, didiklah anak untuk mengutamakan nilai diri dan perlu berusaha mencapai kemajuan untuk menerima ganjaran. Elakan anak dari menjadi individu yang mementingkan jenama. Segalanya bermula dari rumah!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Public Health Malaysia
https://siraplimau.com/barangan-jenama-mahal/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.056251 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list