CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1298|Reply: 21

5 Remaja Lelaki Bawah Umur Baling Batu Dan Kayu Di Lebuhraya Untuk Berseronok

[Copy link]
Post time 15-6-2023 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Polis menahan lima remaja lelaki bawah umur yang dipercayai menjadi dalang perbuatan membaling batu dan kayu ke arah kenderaan di Kilometer 253.3 Lebuhraya Senawang-Seremban, Isnin lalu.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kesemua mereka yang berusia 14 dan 15 tahun itu ditahan antara jam 5 hingga 7 petang pada Rabu.




Kosmo




Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, mereka melakukan perbuatan itu sekadar untuk berseronok.


"Tiga telah ditahan berhampiran pencawang Tenaga Nasional Berhad di Bandar Seremban Selatan manakala dua lagi di Taman Seremban Jaya.


"ermohonan reman untuk siasatan lanjut akan dibuat terhadap mereka pada hari ini (Khamis)," katanya.


Ujarnya, dengan tangkapan itu, diharap tiada lagi perbuatan tidak bertanggungjawab sebegitu di kawasan berkenaan.


Sebelum ini Sinar Harian melaporkan polis sedang mengesan empat individu yang terlibat dalam perbuatan berkenaan.


Ia susulan selepas laporan polis dibuat seorang pemandu lori berusia 32 tahun yang menyatakan cermin hadapan lori miliknya dibaling objek semasa melalui lebuh raya tersebut.




  



Mangsa memberitahu kejadian itu telah mengakibatkannya kerugian lebih RM1,000.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 10:51 AM | Show all posts
alah budak2 lagi kita kne maafkan jgn musnahkan masa depan mereka hanya kerana cuba membunuh pengguna jalan raya
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya dowh. Kalo kena kereta blh hilang kestabilan. Silap2 eksiden.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak saya baik budaknya.
Hari² solat jemaah di surau.
Pelajar cemerlang kt sekolah.
Maafkn la dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 10:54 AM | Show all posts
Dah dapat cekup eh? Alhamdulillah.

Pastikan tak membiak.

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau makan apa dik
Lain mcm kau pya cara nak seronok
Ni lah spesis yg ptt dihukum cuci jamban awam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2023 11:39 AM | Show all posts
mak bapak korang bagi korang makan apa yang hanat sangat perangai sekor sekor ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 12:00 PM | Show all posts
Edited by KelisaSilver at 15-6-2023 12:02 PM

baling pulak batu2 tu kat derang. bg rasa sket, ni kalau baling2 kena mata, mau buta. kena cermin crack satu hal pulak. byk lagi benda lain yg boleh buat seronok dik oi!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 12:37 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 15-6-2023 10:51 AM
alah budak2 lagi kita kne maafkan jgn musnahkan masa depan mereka hanya kerana cuba membunuh penggun ...

Orang lain pun ada anak2 jugak umur macam tu tapi tak pulak buat perangai bodoh macam tu...
Pelik jugak ....



Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 12:56 PM | Show all posts
jika di China  dan North Korea makpak dan kauam dia semua  kena tembak

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 02:19 PM | Show all posts
mungkin pangai mak pak budak2 ni..

mcm pangai mak pak budak2 beskal laj#k kat juhur nun..

membiak untuk menyusahkan orang
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronok sangat masuk lokap?


Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 15-6-2023 02:19 PM
mungkin pangai mak pak budak2 ni..

mcm pangai mak pak budak2 beskal laj#k kat juhur nun..

Buah pelam takkn jatuh jauh dari pokok pelam.....

Betul tak?.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 02:27 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 15-6-2023 02:29 PM
jazaa100 replied at 15-6-2023 02:23 PM
Buah pelam takkn jatuh jauh dari pokok pelam.....

Betul tak?.....

btol...
pangai mak pak pong mgkn sama ngan anak2 tu..

membiak tp menyusahkan masyarakat

da macam anak2 terbiar, x de didikan

patut nya ada undang2 yg mak pak kena bertanggungjawab dan bole dikenakan tindakan jika anak2 bawah 16 tahun langgar undang2...



Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 02:50 PM | Show all posts
Iya mmg budak kecik lagi. Maafkan je la, dia bukan sengaja. Yg bersalah penjaga budak tu. Mmg tak di jaga adab dari kecik. Dah tau susah, jgn la beranak ramai2 sorang sudah. Ni tak, dah tau susah tp beranak mcm tikus.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 02:53 PM | Show all posts
knp laa budak2 skrg ni teruk nau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosannya hidup korang lah hai!
Baling batu dgn kayu kat kenderaan pun kira seronok ya
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
TOPwind replied at 15-6-2023 12:56 PM
jika di China  dan North Korea makpak dan kauam dia semua  kena tembak


sebab tu saya 'lari' ke Msia...apa pung boleh maaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Generasi tak guna
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak pak bangsat ni....mesti stok2 duk senawang rumah kos rendah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.067195 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list