CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3163|Reply: 90

Kan Acik Kantin Dah Marah! Dalam Borang Kata Tak Ada Alergi Tapi Bila Sampai Dewan, Ikan Berkuah Pun Tak Boleh Makan

[Copy link]
Post time 15-6-2023 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Tular luahan hati pekerja dewan makan di sebuah asrama yang kecewa dengan sikap penghuni asrama masa kini.


Tidak mendedahkan identitinya, dia merungut di media sosial kerana terpaksa melayan kerenah 17 penghuni asrama puteri (aspuri) yang mempunyai alahan makanan berbeza-beza.




Gambar hiasan




"Ni la perangai budak-budak asrama. Dalam borang kata tak ada alergi. Sampai kat dewan makan semua tak boleh makan.


"eliknya, ikan berkuah pun tak boleh makan. Macam mana cerita tu?" soalnya menerusi Facebook.


Dalam posting itu, dia turut memuat naik sekeping kertas bertulisan tangan, memaparkan nama 17 pelajar serta pantang larang makanan yang tidak boleh dimakan.


Kebanyakan mereka mengalami alahan terhadap makanan laut seperti sotong, ikan, udang serta alergi terhadap ayam, telur dan sayuran.


Paling mencuri tumpuan tentunya seorang pelajar perempuan yang mendakwa dia alergi terhadap masakan ikan berkuah.








Di ruangan komen, ramai netizen turut menyelar para pelajar terbabit yang dianggap mengada-ngada dan memilih makanan.


Malah, ada yang mencadangkan pelajar tersebut membuat diagnos dengan pakar perubatan untuk mengesahkan alergi yang dialami mereka.


Bagaimanapun, ada juga pelayar Facebook turut mempertahankan pelajar terbabit dan meminta isu alahan makanan tidak dipandang ringan.


"Tak lawak okey. Alergi ni isu bahaya bagi yang mengalaminya.


"Ingat kelakar dan remeh ke isu alergi ni? Alergi pemakanan ni boleh bawa maut untuk sesetengah orang," tulis netizen.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 12:16 PM | Show all posts
kalau dah itu tak boleh, ini tak boleh, kau takyah duk asrama dekk. kau duduk rumah je. senang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 12:24 PM | Show all posts
memang ada orang alergik makanan... tapi di Malaysia ni jarangla dengar alergik yang severe sampai sesak nafas ke apa..
and mostly bole elak apa yang dia alergik tu

dah kau alergik udang... janganla amik lauk tu..
sayur pon takleh makan tu penipu.. picky eater tu..

anak aku sorang alergik udang.. sorang alergik kacang tanah.
yang alergik udang tu.. kalau lauk ada udang.. masih bole makan kuah or sambalnya.. cuma takleh makan udangnya.. nanti mulut bibir lidah semua rasa gatal. Tapi tak severe la.. dia hentam gak makan kalau nak sangat.

yang alergik kacang tanah tu teruk sikit. Kadang kita makan peanut butter dekat2 ngan dia pon.. dia mula la gatal2 muka. Kalau dia memang sendiri yang termakan.. ha gasak.. gatal lidah.. keliling mulut naik biji2.. muka mata bengkak. Cepat2 bagi anti histamin. Cuma takde sampai sesak nafas je. Tapi kalau ABC ke.. ada letak kacang.. bole je dia makan abc nya.. asal kacang tak dimakan.

so pada aku.. klau tak severe.. jangan mengada2.. kau takleh makan.. kau takyah amik.. takyah request lauk lain. Kalau severe dah tentu2 parents kau tulis siap2 kat borang tu alergic to certain food.

kesimpulan. Mengada eh kau
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 12:26 PM | Show all posts
Edited by cikatilia at 15-6-2023 12:27 PM

semua jenis binatang bernama ikan yg berkuah?? means semua masak lemak sup kari segala jubo semua???so ikan yg sama kering ok plak?? mcm masak lemak kuah xde??
xpaham aku.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik kantin tu pun dah ckp,dalam borang asrama takde pulak tulis alergi apa2
Kalau betul ada alergi takde la achik tu bebel.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
talapia replied at 15-6-2023 12:24 PM
memang ada orang alergik makanan... tapi di Malaysia ni jarangla dengar alergik yang severe sampai s ...

Ai ada baca mak yg Komen,tak tahu la anak dia sek asrama mana. Dia  ckp risau sb anak dia banyak tak makan. Pastu ada sorang sound ,tu memilih makan bukan alergik. Dah duduk asrama kalau tak ada alahan ,makan aje apa yg ada.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2023 12:47 PM | Show all posts
asfaz replied at 15-6-2023 12:32 PM
Ai ada baca mak yg Komen,tak tahu la anak dia sek asrama mana. Dia  ckp risau sb anak dia banyak t ...

duduk asrama ni mendidik anak2 tu supaya hargai makanan.. tak memilih makan.
Kat rumah makan salmon.. kat dewan makan... lauk ikan jaket..  telan ajela.
lainla kalau kau makan ikan jaket terus berkeruping kulit jadinya.. ha tu layakla mintak exclusion.. nk lauk lain..
biasa kalau mmg ada alergik.. stated dalam borang... means ada budak yg mmg takleh langsung makan seafood.. dorang akan diberi option lauk lain.. biasa ayam or telur la.. takkan nak bagi tomahawk lak.

and normally.. parents yg anak picky eater ni dorang dah maklum.. anak memilih makan.. so dorang bekalkan roti.. biskut melambak2.. dah masuk asrama.. memang dah tau macam mana kan.. bersedialah

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 15-6-2023 04:32 AM
Ai ada baca mak yg Komen,tak tahu la anak dia sek asrama mana. Dia  ckp risau sb anak dia banyak t ...

Beli la makanan tin kalau dah serewet sangat. Makan dengan nasik asrama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
cikatilia replied at 15-6-2023 12:26 PM
semua jenis binatang bernama ikan yg berkuah?? means semua masak lemak sup kari segala jubo semua??? ...

Alu ada sorg kawan x mkn ikan berkuah. Bukan sbb alergik tp imaginasi dia membayangkn ikan masih berenang. X lalu nk mkn.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Alergi mkn nasi, mee, tepung semua. Cuma blh makan steak jer. Agak2 sp nak layan requirement mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 01:08 PM | Show all posts
fair_iza replied at 15-6-2023 12:59 PM
Alu ada sorg kawan x mkn ikan berkuah. Bukan sbb alergik tp imaginasi dia membayangkn ikan masih b ...

hahaaahahaha
panjang betol imaginasi dia...
hebat ikan berenang2 kuah hangat tu..

kawan aku geli agar2 je semua jelly2 lembik2.. dia rasa nak muntah makan tu.. xtau la dia imagine apa..

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik kantin pula allergic dgn kebodohan students.
Kesian makcik kantin.
Nak buat ape pun x olehhh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Takleh mkn sumer benda, waterfasting je la dekkk... senang keje acik kantin..

Dolu2 iols ada kawan takleh mkn seafood ayam sumer sbb gatai2, ada doctor's letter.. last2 lauk ikan bilis goreng jah dia mkn hari2.. kecian...

Sorang lagi minah, punjabi, mak pak turun dari KL every week, bg container besaq penuh makanan.. tak turun dewan selera langsung.. bg iols ni picky eater la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabo jela mocit
Blum jumpa perangai customer ngade2 kt kedai makan pulak
Rasa nk bagi air basuhan kaki
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by naina at 15-6-2023 01:35 PM

Makanan tin lagi tinggi histamine menambah simptom elergik Jah
Bukan salah makanan. Ni semua usus perut Dorang yang bermasalah. Bak kata doktor Emilda bacin, perut korang yang ada masalah penghadaman, makanan yang dipersalahkan.
Mak bapak kalau tau anak2 susah makan dan banyak elergik takyah masukkan asrama. Bukan xtau budak2 ni banyak peel itu xleh ini xleh. Lepastu drama.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau alergik makanan ni tk payah la kot htr anak dok asrama... Menyusahkn org betul nk masak ikut tekak ko..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba jadi mak bapak tu jangan menyusahkan orang lain dan ambil kesempatan. Tau anak tu pickey eater,cerewet makan, elergik p hantar asrama buat apa. Kang termakan makanan salah pihak sekolah jugak salah. Ko sndrik masak ikut keperluan anak tu. Bukan lepas kat orang ikut tekak anak ko je. Kalau aku makcik kantin lantakkan Aje..xkoser aku nak masak asing2. Pandai2 la pilih antara 2 lauk tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 01:40 PM | Show all posts
utk mak pak yg ada anak2 allergic ni, lg elok tapayah la masukkan serama tu haaa

sekolah harian biasa pun ok. plg penting makanan tu pun angpa sendiri pantau

serabut tokeh kantin sekolah melayan masalah yg dia tak mintak

gicu la pandangan meols nehhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 02:08 PM | Show all posts
agaknya sebab tu mak bapak beriya antar anak masuk asrama...
Senang biar achik dewan makan handle perangai mengada-ngada anak depa memilih tak makan itu tak makan ini....
Kalau alergik seafood biasa je dengar.... tak makan berkuah tu lebih pada mengada-ngada...
Kalau i jadi achik dewan makan, budak2 ni hari2 bagi depa makan ayam goreng seketul sorang dengan kicap dan sayur...
Lantak ko la nak makan ke tak, tak nak makan keluar je dari asrama..
Bayar makan asrama tu pun bukan mahal mana pun, jangan mengada-ngada sangat boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu ank aku tak dok asrama wpon bljr kt SBP. Sekolah tepi rumah je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.171590 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list