CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1094|Reply: 13

Bidaah Hasanah Boleh Atau Tidak ?

[Copy link]
Post time 17-6-2023 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ussopp at 11-7-2023 12:23 PM

Bismillah.......

                S U N N A H       V S       B I D A A H

              Perbincangan menuju fahaman islam asal.....



   Assalammua'laikum kepada para forumner. Seringkali perbincangan tentang bidaah akan membawa kepada situasi tegang.
Mana taknya, seringkali halangan berbuat rekaan akan dianggap sebagai penghalang bagi org utk melakukan ibadat. Sebenarnya bukan begitu.
Kita bukan larang org buat amal. Yang kita larang adalah "sikap" suka cakap pasal agama mengikut rekaan sndri.. SY bg contoh :


Ambil satu situasi, katakan sy bercakap :


    " Tuan-tuan sekalian, BARANGSIAPA yg berzikir Ya Ahad sebanyak 13 kali di hari isnin,
      sebut Astagfirullah sebanyak 66 kali pada hari selasa, dan pada hari rabu menyebut penghujung ayat kedua surah al-ikhlas sebanyak  5            kali(perlu tepat 5 kali), NESCAYA dia akan mendapat wajah yg bercahaya, ketenangan dan rezki....... "

Biasanya  geng wahabi dtg dan cakap: apa kau buat ni, bidaah ni..mana boleh.
Orang tu pun jawab balik, apasal tak boleh...takkan zikir pun tak boleh..takkan zikir masuk neraka????


maka penjelasan sebenarnya adalah begini.

Kita bukan salahkan amalan-amalan yg dicakap tu, bukan tu targetnya.
tapi yang dilarang ialah  tentang SIKAP. Saya ulang SIKAP........

Sikap apa dan Sikap siapa?

Sikap orang. Orang yg bercakap tu.
Sikap ingin memberi arahan pada orang utk ditaati. Sikap ingin menjadi pelopor dan perintis. Sikap ingin mereka-reka tatacara dalam syariat seolah-olah dia istimewa. Sikap bangga boleh bawa keluar fadhilat-fadhilat  dalam sesuatu amalan. Sikap ingin menjadi pandai cakap dlm agama.

Kalau ikutkan, memang amalan zikir2 ni digalakkan untuk dibuat bila-bila ja tapi kenapa pula mesti ada orang nak tunjuk pandai keluarkan bilangan 11 kali, 33 kali, 55 kali, hari isnin, selasa, bukankah itu tugas para nabi saja?

Memang benar org yg berzikir akan dapat kebaikan.  Tapi kita tak boleh lah pandai-pandai reka fadhilat nak tunjuk pandai dan cakap seperti, dapat rezeki, wajah bercahaya dll......tak perlu kita sebut fadhilat kecuali kita nabi.

Maka, merujuk pada bidaah tadi :

Kita bukan nak halang amalan baik, kita cuma takmau sikap suka mereka-reka itu terjadi pada ramai org. Lihat saja pengeluar2 petua dalam agama, mereka kelihatan seperti suka dilihat mcm special gitu.......lalu mereka pun memberikan amalan2 rekaan mereka seolah2 mereka ni SPECIAL.

Jadi sy ulang, kita bukan target amalan2 baik yg dia suruh, tapi kita target sikap dia ...masalah sikap yg suka mereka-reka hal agama.....

Jika anda masih tidak nampak masalah yg ingin difokuskan, sy ulangi kata-kata tadi. Bayangkan kalau sy sendiri beri rekaan sy :

" BARANGSIAPA yg berzikir Ya Ahad sebanyak 13 kali di hari isnin,Pada hari selasa sebut Astagfirullah sebanyak 66 kali, dan pada hari rabu menyebut penghujung ayat kedua surah al -ikhlas sebanyak tepat-tepat 5 kali, NESCAYA dia akan mendapat wajah yg bercahaya, ketenangan dan rezki....... "

Bukanlah salah pada amalan2 itu, tetapi sikap saya. Sikap nak bercakap tunjuk pandai. Adakah anda redho manusia yg keluarkan arahan? Tidak kan. Sikap mereka-reka itulah yg kita larang sebenarnya.
Saya harap penjelasan ini boleh difahami dengan crystal clear bila berdepan isu rekaan bidaah hasanah yg dikeluarkan orang-orang.
Semoga bermanfaat.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2023 07:22 PM | Show all posts
Harap ada beri feedback supaya kita faham dan dapat explain pada orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 12:45 PM | Show all posts
Salam TT

Jika bidaah tu inovasi...

Kita cuba pertikai yg plg asas tgk, cenggini:
Kenapa rukun iman hanya 6 perkara?
- bukankah serendah² iman mengusir ranting dari jalan?


Seringkali perbincangan tentang bidaah akan membawa kepada situasi tegang

Ofkos, yg ranting itu sunnatullah nya bercabang, mereput lalu luruh diganti dgn yg baru - selagi akarnya hidup


Mana taknya, seringkali halangan berbuat rekaan akan dianggap sebagai penghalang bagi org utk melakukan ibadat


Ibadat tu pengabdian seorang abdi/hamba
Ratusan ribu nabi, ratusan pula rasul diutus
- mereka semua hamba/abdi Allah

Tidak pula mereka membanding² kelebihan/kebaikan dlm kalangan mereka
Tidak pula mereka memburuk²/melarang kekurangan/kejahatan dlm kalangan mereka
- sbb mereka semua tu alaihissalam

Mujur tiada yg pertikai/menghalang perubahan syariat. Cth: Ubah kiblat, ubah puasa, sbhgn pengharam/halalan

Pendek kata: Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku [109:6].

Yang kita larang adalah "sikap" suka cakap pasal agama mengikut rekaan sndri..


1. Sikap - tebiat, amalan, rutin, ritual, tingkah, kelaku, perbuatan/akhlak, perangai secara langsung adalah drpd jiwa insan yg punya emosi dan akal fikiran - diri sendiri. Ofkos, takdak yg dpt melihat hatinya. Jelas hanya sikap, wicis yg menjadi pertikaian maka, selayaknya hanya batang tubuh insan itu sahaja yg dipertikai i.e. individu.

2. Agama - ringkasnya cara hidup (sanskrit: agama, arab: ad-din) ni selalu dikait dgn aktiviti² yg berkaitan dgn sikap. Ia pasti berubah bentuknya (pohonannya pelbagai rupa, akar yg sama)

3. Rekaan - ini topik yg plg layak dibesarkan dgn kanta, teliti dan menyeluruh. Lebih 1400 tahun; dikritik, dinilai, didebat, etc. - nanti sambung...


maka penjelasan sebenarnya adalah begini.

Kita bukan salahkan amalan-amalan yg dicakap tu, bukan tu targetnya.
tapi yang dilarang ialah  tentang SIKAP. Saya ulang SIKAP........

Sikap apa dan Sikap siapa?

Sikap orang. Orang yg bercakap tu.
Sikap ingin memberi arahan pada orang utk ditaati. Sikap ingin menjadi pelopor dan perintis. Sikap ingin mereka-reka tatacara dalam syariat seolah-olah dia istimewa. Sikap bangga boleh bawa keluar fadhilat-fadhilat  dalam sesuatu amalan. Sikap ingin menjadi pandai cakap dlm agama.


Katakan...






Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam.
Dan orang-orang yang diberikan Kitab itu tidak berselisih melainkan
setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya
semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka.
Dan sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah,
maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
[3:19]



Fikir sejenak...


Inovasi dan rekaan, apa manfaat dia?
- para mujtahid ni fungsi dia apa? Untuk siapa?

Dah berzaman dok bertekak geng skolah al-azhar, madinah & jordan
- bila tunai haji semua jadi wahabi jugak


Sikit² silibus sekolah dia adja yg betul
Sikit² silibus pengetua sekolah dia adja yg best
- jadi warganegara, anak cucu cicit dia semua baca irkar nasionalis seminggu sekali beserta kibaran, nyanyi²



Kita bukan nak halang amalan baik, kita cuma takmau sikap suka mereka-reka itu terjadi pada ramai org. Lihat saja pengeluar2 petua dalam agama, mereka kelihatan seperti suka dilihat mcm special gitu.......lalu mereka pun memberikan amalan2 rekaan mereka seolah2 mereka ni SPECIAL.

Jadi sy ulang, kita bukan target amalan2 baik yg dia suruh, tapi kita target sikap dia ...masalah sikap yg suka mereka-reka hal agama.....



Yg arif berfatwa/petua hanya utk meraka yg di bawah naungan/bidang kuasa dia adja


Tiadalah seorang mufti wilayah sinun dpt mengeluarkan fatwa berkenaan unsur riba dlm kewangan dan perbankan dunia
Tiadalah seorang pengetua sekolah pondok dpt mengeluarkan fatwa ke atas universiti madinah
Tiadalah ciri² dan kriteria asas globe earth terpakai dlm model flat earth
Tiadalah sama amalan/praktik mak cik mengaji quran rumah sebelah dgn maahad tahfiz
Tiadalah sama org yg tahu dgn yg tidak; org yg mahir dgn yg tidak; org yg arif dgn yg tidak

Adakah mempertikaikan sikap individu lain dianggap special/istimewa?
- Cth: menilai martabat para perawi hadith oleh muhadith


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2023 10:25 AM | Show all posts
Dzulqarnain replied at 3-7-2023 12:45 PM
Salam TT

Jika bidaah tu inovasi...

dari post anda, sy sukar menangkap anda penyokong bidaah hasanah atau penentang. sbb penerangan anda bersifat slamat.

ada baiknya anda nyatakn saja pendirian anda, dan kita diskas terus.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 09:56 PM | Show all posts
ussopp replied at 6-7-2023 10:25 AM
dari post anda, sy sukar menangkap anda penyokong bidaah hasanah atau penentang. sbb penerangan an ...
dari post anda, sy sukar menangkap anda penyokong bidaah hasanah atau penentang. sbb penerangan anda bersifat slamat.


Sekadar menerangkan sekiranya bidaah dianggap sbg inovasi.

Rekaan dan/atau inovasi ni perkara yg agak luas, dlm fiqh termasuk dlm hal maqasid syariah
- spt akhir² dlm benang yg lg satu Sunnah VS Bid'ah

Terutamanya dlm bidang pendidikan dan sebaran maklumat
yg saya perhati (mungkin saya sorang je yg perasan kot )
- berlaku kecelaruan di antara dua/lebih kem i.e. seteru

ada baiknya anda nyatakn saja pendirian anda, dan kita diskas terus.


Jika berkenaan soal "B i d a a h___H a s a n a h ,__b o l e h___a t a u___t i d a k ?"
- saya jwb boleh, tp bersyarat (jika bidaah adalah inovasi).

Pokoknya, bagaimana nak definisikan bidaah yg sebenar?
- ulama bahas panjang lebar berkenaan ini, masih ada byk kekhilafan. Tiada definisi yg cocok. So, bagaimana?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2023 12:10 PM | Show all posts
Edited by ussopp at 11-7-2023 12:24 PM
Dzulqarnain replied at 6-7-2023 09:56 PM
Sekadar menerangkan sekiranya bidaah dianggap sbg inovasi.

Rekaan dan/atau inovasi ni perkara y ...

bidaah yg dimaksudkan dlm perbincangan ini satu ja...

yakni kategori mereka-reka tatacara utk org lain amalkan.....

contoh....zikir subhanAllah 777 kali har isnin,
zikir astagfirullah sebelum mandi 3 kali.....

kita fokus yang ni saja....sebab nilah yg org awam anggap halal dilakukan. yakni mereka TATACARA.
bukan amal tu..amal tu mmg boleh..tapi rekaan tatacara. membuat syariat utk ditaati org.

adapun kalau ijtihad2 semua tu, itu berkenaan hukum....itu tidak termasuk dlm perbincangan...itu bukan dikira bidaah.
ijtihad takda kena mengena dgn bidaah yg dibincang kerana itu bagaimana nak istimbat hukum.

ini berkenaan reka tatacara.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2023 02:59 PM | Show all posts
Edited by ussopp at 16-7-2023 12:52 PM
ussopp replied at 11-7-2023 12:10 PM
bidaah yg dimaksudkan dlm perbincangan ini satu ja...

yakni kategori mereka-reka tatacara utk org  ...
bidaah yg dimaksudkan dlm perbincangan ini satu ja...

yakni kategori mereka-reka tatacara utk org lain amalkan.....

Adakah ianya sejenis ibadat yg menyerupai syariat? [Syatibi]
Adakah ianya bertepatan dgn kaedah² syarak, tanpa menyanggahi sedikitpun? [Sayuti]
Good practice or not? Whose practice? [Liberal]

contoh....zikir subhanAllah 777 kali har isnin,
zikir astagfirullah sebelum mandi 3 kali.....

Bg saya, cth ni biasa berlaku dlm pengajian utk bbnu
dlm silibus peda/andragogi sbhgn skolah
terutamanya utk pelajar yg otak dia terlalu byk memori yg tak bermanfaat
- org sebut latih tubi


kita fokus yang ni saja....sebab nilah yg org awam anggap halal dilakukan. yakni mereka TATACARA.
bukan amal tu..amal tu mmg boleh..tapi rekaan tatacara. membuat syariat utk ditaati org.

Berbalik kpd soalan penentu yg kt atas tu...

Guru, tok guru, pengetua, org jabatan, ketua jabatan, mufti, ksu, menteri, perdana menteri...
- siapa yg plg berauthority? Ulama?

Ada tujuh puluh tingkat iman, siapa yg tetapkan cuma 6?
- 'mengusir ranting drpd jln' tiada dlm rukun, kenapa?

Jika tatacara bermaksud adat resam, kenapa Agama Islam agama rasmi tp bkn resmi?
- Taat kpd raja dan negara hanya dlm rukun Negara (nasionalis)

Pokoknya, budak sekolah (dlm pengajian) kena ikut guru dan sekolah dia.

- ini juga disebut sbg disiplin dlm pengajian


adapun kalau ijtihad2 semua tu, itu berkenaan hukum....itu tidak termasuk dlm perbincangan...itu bukan dikira bidaah.
ijtihad takda kena mengena dgn bidaah yg dibincang kerana itu bagaimana nak istimbat hukum.

ini berkenaan reka tatacara.

Nope.
Hal maqasid/maslahah melangkaui kesemuanya sekali terutamanya bidaah
- cth plg mudah waktu pkp, semua disondol dan waktu tu fiqhnya ke laut...lol.

Yg mereka, mereka yg berauthority (individu).

Moh sedara petik satu nama sbg kajian kes...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2023 12:52 PM | Show all posts
Dzulqarnain replied at 11-7-2023 02:59 PM
Adakah ianya sejenis ibadat yg menyerupai syariat? [Syatibi]
Adakah ianya bertepatan dgn kaedah²  ...

saudara, sy rasa sy tidak dapat menyeelsaikan kes ini...

kerana niat saya nak mudahkan tpi jadi makin kompleks....

saya rasa sy stop dulu. tidak mengapa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2023 03:26 PM | Show all posts
ussopp replied at 16-7-2023 12:52 PM
saudara, sy rasa sy tidak dapat menyeelsaikan kes ini...

kerana niat saya nak mudahkan tpi jadi m ...
saudara, sy rasa sy tidak dapat menyeelsaikan kes ini...


Khalas? Tak? Unsolved?
- kebenaran telah lama hadir, mustahil yg palsu takkan lenyap. Sabar adja.



kerana niat saya nak mudahkan tpi jadi makin kompleks....


Semua yg baru adalah kompleks dan semua yg kompleks menyesatkan.



saya rasa sy stop dulu. tidak mengapa.


Baik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2023 12:18 PM | Show all posts
Dzulqarnain replied at 16-7-2023 03:26 PM
Khalas? Tak? Unsolved?
- kebenaran telah lama hadir, mustahil yg palsu takkan lenyap. Sabar adja ...

assalammua'alaikum....

maaf, sy rs nak sambung boleh kan...

boleh tak kita fokus pada bab mereka -reka tatacara seperti yg sebutkan di atas.
sy tak nak masuk bab lain.
sy nak fokus pd bab reka reka tatacara tu...

ok ka?

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 01:04 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka biasa muncul kt thread ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 09:33 PM | Show all posts
ussopp replied at 26-7-2023 12:18 PM
assalammua'alaikum....

maaf, sy rs nak sambung boleh kan...
maaf, sy rs nak sambung boleh kan...


Bole adja...


boleh tak kita fokus pada bab mereka -reka tatacara seperti yg sebutkan di atas.
sy tak nak masuk bab lain.
sy nak fokus pd bab reka reka tatacara tu...

ok ka?


Ok adja.

Spt yg sedia maklum 'reka² tatacara' boleh, takdak masalah
Sbg pendekatan dlm pengajian/pembelajaran
dgn syarat tidak spt mana takrifan Syatibi/Sayuti

Sebahagian geng Liberal/Wahabi akan tanya:
- Siapa ajar? Siapa kata? Ikut siapa?
Dan jika dijawab selain Allah dan rasulNya maka, berlepas dirilah mereka
Sbb seteru antara-pengajian biasa berlaku bila sebaran maklumat terlalu meluas dan pantas
menyebabkan ada anak murid setahun jagung diangkat di medsos sbg tok guru tanpa tauliah (only fans) gitu.
(Ada juga mahaguru yg melarang anak murid dia rakam kuliah pengajian e.g. AlAttas.)
Yg meliar murshid ke hulu, murshid ke hilir tu lagi lah.


Kewujudan para promotoer palatao gini yg buat huru-hara...pada pendapat saya lah.
Wallahu'alam.

P/s: Ada satu lagi level yg tinggi sket dok timbul-tenggelam. Mereka² nas/dalil baru dgn yaqazah. Ini baru syok bincang!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 03:16 PM | Show all posts

Pada pendapat aku, nak buat tata cara sendiri tu boleh tapi jangan diada2kan/meletakkan fadhilat khusus tanpa ada dalil. sebagai contoh kalau kita nak jadikan amalan persendirian membaca surah Al-'Asr setiap malam Rabu dan kita tahu tiada fadhilat khusus. boleh teruskan, takde masalah. dia hanya timbul permasalahan kalau kita mengajak orang mengamalkan perkara tersebut tanpa memberi tahu/menerangkan apa2 tentang perkara amalan itu. sehinggakan orang ramai berandaian amalan itu adalah amalan khusus malam rabu dan tinggi fadhilat jika dilaksanakan.



jadi sebaik2nya kalau kita nak mengajak orang ramai melakukan amalan2 khusus, biarlah amalan itu benar2 mempunyai fadhilat yang khusus untuk amalan itu. sesungguhnya umat sekarang ni kebanyakkan ikut-ikutan dan tidak berusaha mencari pencerahan.

P/s: Ada satu lagi level yg tinggi sket dok timbul-tenggelam. Mereka² nas/dalil baru dgn yaqazah. Ini baru syok bincang!
bagi aku kalau benar sekalipun yaqazah itu, tak perlu diwar2kan kepada orang ramai. sebab tiada sapa boleh verify bahawa yaqazah itu tulen ataupun orang yang mengaku itu penipuan semata2. jika penipu dan ditakdirkan banyak orang terikut2 dengannya, risau perkara2 yang keluar dari mulutnya akan menyesatkan orang. sesungguhnya sekarang ni zaman fitnah dan tengok berapa ramai dengan mudah percaya fitnah2 yang ada sekarang. untuk kemaslahatan umat, tidak perlulah diwar2kan yaqazah waima kalau bertemu dalam mimpi pon.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 06:39 PM | Show all posts
FMKiller replied at 21-8-2023 03:16 PM
Pada pendapat aku, nak buat tata cara sendiri tu boleh tapi jangan diada2kan/meletakkan fadhilat k ...
Pada pendapat aku, nak buat tata cara sendiri tu boleh tapi jangan diada2kan/meletakkan fadhilat khusus tanpa ada dalil. sebagai contoh kalau kita nak jadikan amalan persendirian membaca surah Al-'Asr setiap malam Rabu dan kita tahu tiada fadhilat khusus. boleh teruskan, takde masalah. dia hanya timbul permasalahan kalau kita mengajak orang mengamalkan perkara tersebut tanpa memberi tahu/menerangkan apa2 tentang perkara amalan itu. sehinggakan orang ramai berandaian amalan itu adalah amalan khusus malam rabu dan tinggi fadhilat jika dilaksanakan.


Jika sedara tekankan tata cara berikut, tunggu sekejap:
- fadilat amal
- pengkhususan amalan
- dlm kalangan jemaah

Kronologi ringkas...
Yg salaf faham setiap bidaah sesat
Yg khalaf faham kebanyakan bidaah sesat
Yg muktabar faham sebahagian bidaah sesat
Yg moden sekular faham inovasi bukan bidaah
- makanya wujud bidaah hasanah

Hijab bahasa dan pemahaman menyukarkan umat
terutama di Malaysia dan sekitar nusantara dlm pengajian Islam
dan kebanyakan yg arif berbahasa arab adalah
mereka yg pulang dari pengajian di tanah arab
- bkn sekadar fasih malah dibawa bersama disiplin dan silibus pengajiannya kpd awam

Walhal, keadaan kuliah pengajiannya di sini langsung tak sama dgn yg di sinun.
- tiada sekali pun ahli yg hadir di sini diuji spt mana dianya di sinun


jadi sebaik2nya kalau kita nak mengajak orang ramai melakukan amalan2 khusus, biarlah amalan itu benar2 mempunyai fadhilat yang khusus untuk amalan itu. sesungguhnya umat sekarang ni kebanyakkan ikut-ikutan dan tidak berusaha mencari pencerahan.


Cahaya dari pengajian tanah arab adalah lebih menyinar berbanding pengajian tempatan
maka acuan sang pencerah tu tak sama, walaupun audience nya sama.
- ofkos kedua²nya dpt title al-fadil, sbb ada adja yg ikut nakkan pencerahan

bagi aku kalau benar sekalipun yaqazah itu, tak perlu diwar2kan kepada orang ramai. sebab tiada sapa boleh verify bahawa yaqazah itu tulen ataupun orang yang mengaku itu penipuan semata2. jika penipu dan ditakdirkan banyak orang terikut2 dengannya, risau perkara2 yang keluar dari mulutnya akan menyesatkan orang. sesungguhnya sekarang ni zaman fitnah dan tengok berapa ramai dengan mudah percaya fitnah2 yang ada sekarang. untuk kemaslahatan umat, tidak perlulah diwar2kan yaqazah waima kalau bertemu dalam mimpi pon.


Yg claim tu, biasalah. Sekadar promosi or marketing - jual obat kuat
Yg masalahnya bila al-fadil nak fadilatkan amal khusus utk audience dia
katanya: Allah s.w.t. dan/atau nabi s.a.w. kata sekian², kurniakan sekian², perintah sekian², etc.
dgn dakwaan Allah s.w.t. dan/atau nabi s.a.w. hadir! kpd dia... (melalui attachments email pun ada )


Katakan kat depa:

Kamu sangka mereka jaga, sedang mereka tidur [18-18]


Rata² org awam gemar mendengar 'kisah² ajaib'/miraculous stories gini
dan kebanyakan mereka nak merasakan yg sama...
- zaman huru-hara ni, siapa yg nak selamatkan mereka semua?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.397432 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list