CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1229|Reply: 0

Bukan Semua Kicap Bagus Untuk Si Kecil, Ini Senarai Kicap Sesuai Untuk Anak

[Copy link]
Post time 21-6-2023 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Bukan Semua Kicap Bagus Untuk Si Kecil, Ini Senarai Kicap Sesuai Untuk Anak



Nak bagi si kecil makan memang susah. Kadang-kadang hanya memilih kicap sahaja untuk dijadikan kuah namun ibu ayah kena tahu bahawa tidak semua kicap sesuai diberikan dan pilihlah kicap untuk anak yang bersesuaian.

Seperti perkongsian Dr Mazliana Mazlan di bawah, terdapat beberapa jenis kicap yang memang bagus dan mengandungi nutrisi hebat untuk si kecil. Jom tengok!

KICAP UNTUK ANAK YANG BERSESUAIAN, JANGAN SALAH PILIH



Kena cuba tukar kicap di rumah, kalau anak suka sangat makan nasi sekali dengan kicap. Sungguh, kicap bukan makanan anak-anak kecil.

Tak elok untuk kesihatan tubuh badan dan otak anak. Boleh nak ambil kicap ttapi pastikan bukan setiap hari. Kalau anak tak boleh berpisah dengan kicap, cuba anda tukar kicap pilihan lebih baik untuk anak.

Kicap biasa di pasaran mengandungi:

– Gula putih yang tinggi

– MSG berlebihan, beri kesan neurotoksin (toksik pada otak)

– Pewarna tiruan

– Perasa tiruan

– Pengawet dan aditif

Semua ni tak elok untuk anak, apatah lagi anak bawah 2 tahun.

Dicadangkan agar ibu ayah di luar sana menggantikan kicap yang saya kongsi seperti di bawah. Rasa memang tak sama dengan pasaran tapi masih boleh diterima.

Untuk semua jenis kicap disarankan agar beri kepada anak apabila usia 2 tahun ke atas. Sebelum 2 tahun, banyak lagi makanan sihat yang bersesuaian untuk mereka.

Untuk anak lebih 2 tahun, boleh cuba beli kicap seperti di bawah ya:

Kids soy sauce Rush – https://shope.ee/3fY2qxwQNe
Light soy sauce Kids Love Earth – https://shope.ee/3fR4yotCQS
Light soy sauce Love Earth – https://shope.ee/3KoEaI1Jhp
Organic coconut amino – https://shope.ee/AUL1n3MDNR
Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Dr Mazliana Mazlan
https://siraplimau.com/kicap-untuk-anak/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.176217 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list