View: 3427|Reply: 78
|
Gen Z Dilabel Lemah, Banyak Lemak, Semua Perlu Disuap, Cepat Sentap Kalau Ditegur Tentang Kerja, Silap Sikit Terus Resign!
[Copy link]
|
|
Gen Z merupakan kumpulan demografi yang dilahirkan antara tahun 1997 dan 2012, sering dikaitkan dengan perspektif buruk dan negatif, atau dalam erti kata lain, 'banyak lemak'.
Terbaharu, tular di media sosial seorang individu tampil membuat teguran terbuka kepada golongan Gen Z yang disifatkannya sangat melampau.
"Datang kerja dijemput (disuap). Diajar dengan baik supaya boleh improve. Lepas itu nak blah, ikut suka dia. Budak muda zaman sekarang memang melampau. Kerek. Kuat sentap," demikian teguran yang disuarakannya.
Gambar Hiasan: HR Asia
Tambah lelaki berkenaan, berdasarkan pengalamannya sendiri, 'masalah' di tempat kerja kebanyakannya berpunca daripada golongan berkenaan.
"Bukan sekali dua. Banyak kali dah aku hadap dengan perangai bukan-bukan pemilik IC tahun 2000 ke atas.
"Yang lahir tahun 90an. Boleh hadap lagi. Ramai jadi elok dan fikiran tak tunggang langgang sangat.
"Siap ada rezeki aku dapat berpartner dalam syarikat bersama mereka. Boleh kata kerja mereka memang cekap tanpa supervise detail," kongsinya.
Katanya lagi, teguran berkenaan adalah pandangan peribadi dan dirasakan perlu agar generasi berkenaan dapat memperbaiki sikap serta mentaliti lebih-lebih lagi apabila sudah berada di alam pekerjaan.
"Betul sekarang kami kata mereka. Waktu mereka nanti akan kata generasi masa depan. Cycle (kitaran) takkan habis. Cuma aku meluahkan apa yang sedang dihadapi sekarang. Sebagai bapa, majikan, pengurusan senior.
"Sebab aku dan rakan sebaya hidup dalam cycle di mana teknologi berkembang dengan sangat laju. Fokus sukar dicipta dan terlalu banyak distraction.
"Aku tetap teguh dengan pendirian ini. Mampuslah korang nak cakap apa," tegasnya.
Menjengah ruangan komen, sebahagian daripada warga maya turut bersetuju dengan pandangannya malah berkongsi pengalaman dengan Gen Z di tempat kerja masing-masing.
"Dah tahu kerja komputer makmal kena bawa balik buat dekat bilik tiga hari cuti, dia tak simpan dalam pemacu USB atau storan awan. Bila ditanya, 'pensyarah tak cakap pun kena simpan dalam pendrive'. Geram betul.
"ernah tegur sebab salah key-in data padahal dah banyak kali ajar, itu pun aku tegur by WhatsApp. Lepas tu kena sindir by WhatsApp status dan seminggu kemudian resign. Lemah!
"Suap itu wajib. Semua perlu disuap. Hidup penuh dengan emosi... tak boleh ditegur walaupun cara baik teguran. Kita dah tutup tahi dia orang ni sebab nak jaga nama dia depan management. Kita yang jaga dia pula yang kena tahi," demikian antara komen netizen.
Namun dalam pada itu, ada yang berpandangan bahawa tidak adil untuk 'memukul rata' kerana berpandangan hanya sebahagian sahaja Gen Z yang berperangai sedemikian. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah tegur, terus buat muka. Dah semua benda tak bole bertegur, ko jangan kerja dengan orang. Asyik ingat orang lama ni, kolot, tak nak dengar cakap, dah terhantuk pandai pulak tanya kita apa nak buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepastu takda common sense
Datang rumah kawan ikut balik kampung tapi duduk bilik je
Takdan nak bersapa beramah mesra dengan tuan rumah orang tu kawan tu
Keluar bilik sebab dipanggil makan. bodoh punya mentaliti budak zaman sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
aku penah dulu tumpang kan la budak2 genz ni balik sbb area umah aku
depa mcm intern tp lain dept.. 2 org
depa balun 2 2 duduk belakang mcm aku grab. pastu diam membisu terus turun kereta.... aku bising2 dekat yg suruh aku bawak budak2 tu..
dah tak nampak muka.. lantak depa naik apa pikir sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
generasi Z memang ke laut, hidup banyak budaya Amerika sekarang, dengan LGBTQI nya lagi, kebebasan lagi, macam mana nak ngundi tak tahu lah, kelaut, ke laut |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya bukan masalah generasi....cuma umur dan pemikiran mereka masih muda remaja!! Dah tu generasi Z dan Alpha cop generasi Millennia ni egoist sebab expect dorang lelebih, tau hormat and so on LOL |
|
|
|
|
|
|
|
Anak aku sorang mmg ada ciri2 gen z ni... hopefully sempat le berubah sebelum masuk kerja... |
|
|
|
|
|
|
|
kelihatannya sudah jadi masalah sejagat ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu deyols sibuk nak jadi influenza la, artis chipsmore la, kalau pompuan berangan kawin dgn kerabatz, yg jantan main forex nak tekel artis. |
|
|
|
|
|
|
|
tak tau la kalau dpt boss bersuara petir camne
silap2 bos tu tegur org lain, tp gen z ni yg sentap
tak sampai jam 12pm, terus balik takmo kerja dh
sb tu kot org lama ni hati kental
hadap mcm2 karenah |
|
|
|
|
|
|
|
generasi yang burn blood generasi yang kian menua gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Generasi baru memang tak guna. Berapa kali nak bagi tau ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatla Gen Z sekalian
Robot AI perati je korang
klu lembik, lemah, semua nak kena suap
mmg semua company hire AI je la
senang tak banyak songeh
takat data entry, kumpul data, stimulate
semua AI kawtim
korang verangan je la nak kawen anak raja
|
|
|
|
|
|
|
|
Generasi yang useless. Tak guna betul phuihh |
|
|
|
|
|
|
|
Gen x jugakla yg paling awesome khennns |
|
|
|
|
|
|
|
kat opis ni ada 14 org budak protege
ada 2-3 org lah elok sikit, yg lain semua ke laut
takyah cerita bab lain, greetings pepagi pun tak reti
memang xde adab |
|
|
|
|
|
|
|
alahh.. alah... sis @Bipolajourney yg dah kertu pon kuat sentap package skali dengan delusi walaupon takda kacau dia pon.... bila nganjing dia lonely sis @Bipolajourney lagi sentap sampai gigih mereka reka cerita dan merata dia tepek2 screenshot fetish beliau kena korek dengan jantan khayalan yg wujud dlm kepala dia je....melarat2 sampai claim acik porum hack phone dia.. tak cukup tu sis @Bipolajourney ada audacity claim acik porum sebagai ex laki beliau |
|
|
|
|
|
|
|
alah xsemua mcm tu..tp i mmg cpt sentap..i gen z ke..kalau ikut thn lahir kt atas tu tergolong jgk la..
tp boss i lahir thn 1980 pun sama je |
|
|
|
|
|
|
|
Gen z jadi macam babi pun sebab mak bapak babi dorang yg gen X & Y jugak yg asuh dorang jadi macam babi |
|
|
|
|
|
|
| |
|