CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1381|Reply: 1

Tiada Lagi Panjat-Panjat Pagar Bila Mak Ayah Beli 6 Mainan Ini, CONFIRM Anak Duduk Diam!

[Copy link]
Post time 23-6-2023 09:03 AM | Show all posts |Read mode
Tiada Lagi Panjat-Panjat Pagar Bila Mak Ayah Beli 6 Mainan Ini, CONFIRM Anak Duduk Diam!




Penatnya bila nak kena kawal anak-anak yang jenis tak duduk diam ini bukan? Hampir sepanjang masa akan ada sahaja aktiviti yang mereka lakukan seperti melompat dan memanjat pagar, risau! Jadi, penyediaan jenis mainan anak yang bersesuai perlu disediakan supaya mereka akan lebih tenang dan duduk diam. Barulah sempat si ibu nak rehat..

Jadi, berikut merupakan perkongsian informasi daripada pakar terapi kanak-kanak tentang punca anak-anak susah untuk duduk diam dan mainan apakah yang paling sesuai untuk mereka. Yang pasti mainan ini pun boleh membantu perkembangan ‘motor skills’ mereka!

JENIS MAINAN ANAK YANG SUSAH DUDUK DIAM


“Anak saya susah nak duduk untuk fokus buat aktiviti”

Jenuh beli macam-macam mainan dengan anak tapi dia lebih suka melompat, memanjat dan berlari. Ya, saya selalu jumpa kes sebegini. Mak ayah banyak dah labur duit beli bermacam-macam mainan tapi anak susah duduk diam.

PUNCA ANAK SUSAH DUDUK DIAM

1.  Tangki sensori belum cukup

Setiap anak ada tangki sensori masing-masing, ada 2 jenis sensori yang menyebabkan anak susah nak duduk setempat iaitu deria vestibular dan deria sendi. Ada anak tangkinya kecil, ada yang besar. Selagi tak cukup pergerakan yang diperlukan, selagi itu anak susah nak duduk diam.

2. Belum bersedia

Selagi perkembangan otot sendi besar (bahu, belakang badan, pinggang, kaki) tak cukup, selagi itu anak akan lebih fokus buat pergerakan besar seperti melompat, berlari atau memanjat. Nanti lepas otot sendi besar dah cukup berkembang, baru anak akan mula minat dengan permainan yang guna otot sendi kecil (tangan dan jari jemari).

3. Senang terganggu

Untuk permainan yang kena duduk dan fokus, memerlukan persekitaran yang kondusif untuk anak fokus. Janganlah TV tengah pasang Melodi, waktu itulah kita ajak anak main.

4. Banyak sangat mainan

Terlalu banyak mainan pun boleh buat anak jadi kurang minat nak main, dia lagi suka buat sepah daripada fokus satu mainan. Lagi-lagi kalau mainan sentiasa ada sahaja, anak jadi hilang minat dan tidak fokus. Boleh cuba amalkan lepas main kemas dan sorok, nanti anak akan lebih hargai dan minat nak main.

5. Mainan tak sesuai

Anak umur 1 tahun, kita ajak main puzzle. Memang anak main campak-campak ajelah, tak pun masuk mulut. Perlu pastikan mainan sesuai dengan umur dan tahap anak.

6. Ada isu lain

Kalau mak ayah dah cuba macam-macam, anak pula ada tanda-tanda lain contohnya kurang “eye-contact”, lewat bercakap ataupun terlalu aktif hanya waktu tidur sahaja anak diam. Saya cadangkan rujuk doktor/terapis awal untuk kenalpasti punca dan kepastian sama ada anak ada ciri-ciri Autism/ADHD. Jika anak memang susah nak duduk diam dan fokus pada 1 aktiviti, mak ayah boleh perbanyakkan buat aktiviti motor kasar dengan anak. Kena salurkan tenaga dia dahulu baru ajak duduk main.

Ini mainan dan alat yang selalu saya cadangkan untuk mengatasi masalah anak terlalu aktif:

1.Trampoline


2.Climb Hang Ladder


3.Slide Board


4.Push bike


5.Jumping ball



6.Home slide





*Kesilapan kebanyakan mak ayah, bila anak jenis lasak kita paksa dia duduk dengan cara selalu tengok TV atau telefon bimbit. Asalkan anak diam, sudahnya tenaga anak terperam dan apabila keluar rumah tenaga anak meletup jadi lagi susah nak kawal.

Sumber: Occupational Therapist Maryam Jamadi
https://siraplimau.com/jenis-mainan-anak-usia-1-tahun/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2023 05:57 AM | Show all posts
Transplanted hair requires minimal maintenance once it has fully grown. It can be treated and groomed just like natural hair, including washing, styling, and trimming. This makes hair transplantation a convenient and hassle-free solution hair treatments compared to other temporary hair loss treatments that may involve ongoing maintenance or the use of topical products.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.438023 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list