View: 2103|Reply: 49
|
Orang Muda Pendapatan RM3,000 Nak Simpan RM100 Pun Susah
[Copy link]
|
|
Ramai golongan muda terutama yang menetap di bandar-bandar besar mengakui sukar untuk menyimpan wang sekurang-kurangnya RM100 setiap bulan.
Kos sara hidup yang tinggi ketika ini dan kenaikan gaji tahunan yang rendah menjadi antara punca golongan itu tidak dapat membuat simpanan bagi tujuan kecemasan biarpun sudah lebih lima tahun bekerja.
Lebih teruk lagi, mereka yang mempunyai pendapatan RM3,000 dan ke bawah itu terpaksa berhutang untuk meneruskan hidup sementara menunggu gaji pada bulan berikutnya.
Gambar hiasan
Seorang pekerja swasta, Erfat Khuzaimi, 30, berkata, dia yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM2,200 menyimpan niat untuk menabung RM200 sebulan, namun ia ibarat tinggal impian kerana sukar melaksanakannya disebabkan komitmen penting lain.
“Memang hendak simpan setiap bulan, tetapi selepas ditolak kos-kos perbelanjaan seperti sewa rumah dan ansuran kereta, bakinya sekadar cukup makan untuk menampung perbelanjaan sehingga hujung bulan.
“Saya pernah mengasingkan wang (untuk simpanan), namun menjelang akhir bulan duit itu dikeluarkan semula untuk kegunaan harian termasuk membeli makanan,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.
Menurut pemuda itu, dia terpaksa mengambil inisiatif melakukan kerja sampingan sebagai pembantu di butik pengantin pada hujung minggu dengan bayaran RM500 sebulan memandangkan gaji yang diterima setiap bulan tidak mencukupi jika berlaku kecemasan.
Perkara sama diakui pekerja perkhidmatan, Syafiq Mohd. Akhir, 32, yang memberitahu, kenaikan gaji tahunan rendah antara penyumbang orang muda termasuk yang masih bujang tidak dapat menyimpan meskipun sudah bekerja sejak 2015.
Menurut Syafiq, terdapat syarikat yang masih menggaji golongan muda yang memiliki ijazah dengan bayaran di bawah RM3,000.
“Sepatutnya apabila kos sara hidup meningkat, kenaikan gaji juga harus setimpal. Namun, situasi sekarang adalah berbeza yang mana kos hidup tinggi, tetapi gaji masih sama seperti beberapa tahun lalu,” luahnya.
“Meskipun belum berkahwin, aliran kewangan adakalanya masih kritikal berikutan perlu menyelesaikan komitmen seperti kereta, sewa rumah, pinjaman pendidikan, insurans dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, Nur Syazwani Che Kak, 32, memaklumkan, orang muda perlu mempunyai perancangan kewangan menyeluruh bagi membolehkan mereka membuat simpanan bulanan secara tetap sekurang-kurangnya RM100 sebulan.
“Saya amat memahami situasi dialami oleh orang muda sekarang. Mereka perlu membayar komitmen pada setiap bulan, tetapi seboleh-bolehnya aspek simpanan jangan dilupakan dan perlu diletakkan sebagai keutamaan.
“Sebagai contoh, asingkan duit simpanan selepas mendapat gaji.
“Selepas itu, jika ada lebihan (wang gaji) barulah membeli barangan yang diinginkan sebagai reward (ganjaran) kepada diri sendiri setelah penat mencari rezeki,” katanya.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
selepas ditolak kos-kos perbelanjaan seperti sewa rumah dan ansuran kereta
ansuran kereta? nampak tak penangan minyak murah bersabsidi lepas tu komplen tak boleh menyimpan
|
|
|
|
|
|
|
|
3k kalau duduk dibandar besar memang tak cukuplah. Mana nak bayar sewa bilik, transport, makan lagi, simpan lagi. Belum lagi nak unwind dari penat bekerja hujung minggu. |
|
|
|
|
|
|
|
Xpelah, dh potong epf busuk2 ada 23% (employer+employee) jugak tersimpan….jgn gigih merintih “epf hak kami” dh lah… |
|
|
|
|
|
|
|
Pendapatan sebulan RM2,200 dan pakai kereta. Memang sakit tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
untung la sapa yg boleh simpan 400k dalam asb1 dan 2 |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 23-6-2023 07:41 PM
Pendapatan sebulan RM2,200 dan pakai kereta. Memang sakit tu..
Belas2 tahun dlu msa ktorg bru2 nk start keja abah ckp awal2 dh gaji 3k bru bleh beli kereta okeh…suh cri keja pn yg bleh naik public transport
Fast forward..skang kami bahagia tnpa kereta jugak … |
|
|
|
|
|
|
|
gaji RM3k, duduk di bandar, dikira miskin bandar
bukan kayangan, bukan pertengahan, tapi kategori MISKIN bandar
pindah ke kawasan luar bandar, sama ja. gaji yang company offer, bawah gaji minima hatta dah tahun 2023 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 23-6-2023 08:04 PM
18-19 tahun lalu gaji bersih iols tak sampai 2k pun.. kerja di melaka, so public transport is non existence so terpaksa ada kereta juga.. so beli le keta 2nd hand, iswara aeroback RM246 aje sebulan, full tank zaman tu rm36-40 je...
Sewa rumah RM200+50 (bill) je teres landed, kongsi 3 org colleagues.. i tak beli katil pun, tido di atas toto ajeee..
Dapat simpan 1k sebulan...
Sbb makan kat melaka sgt murah, area terendak tu kem askar... sepinggan keli (3-4 ekor) salai fresh RM5 aje.. bleh makan nasi untuk 2-3 X... i goreng garam kunyit je mkn ngn sambal & kicap |
|
|
|
|
|
|
|
gaji 3000 ni 20 tahun yg dulu banyak ler.. |
|
|
|
|
|
|
|
Awak tak pernah beli kereta? Saya skrg baru nak beli kereta selepas hampir 2 tahun tak ada kereta. Budget saya kereta local RM50k aje. Kawan-kawan saya pakai kereta H. Saya park duit saya banyak dlm investment dan takaful keluarga
|
|
|
|
|
|
|
|
dh pkai H mmg la xmampu cer pkai moto H je senang2 je hidup ko |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 23-6-2023 08:32 PM
Awak tak pernah beli kereta? Saya skrg baru nak beli kereta selepas hampir 2 tahun tak ada kereta. ...
Aset yg iols xda kereta lah.. dh survived cenggini so rsa bkn keperluan utk iols gtuu.. pernah 2-3x nk beli tp bkn utk sndri pakai, nk bg adik pakai msa dia mula2 nk keja dlu pastu nk tggal kt kampung senang nk berderat. Tp tulah, x beli pn jugakk… mekasih pd grabcar
Yg x best nya, laki iols suh drive plak..cmna nk ngelat ni |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 23-6-2023 09:04 PM
rumah jauh dari ofis ke?
X jauh pn.. x smpai 10km pn..klu runner tegar bleh lari2 je..dr LRT g opis pn less 5km… soon rumah baru siap jarak 900m bleh jalan kaki je uolss |
|
|
|
|
|
|
|
Tu beshe.. yg luar beshe gaji gituh tapi duit kepoks.. brg branded |
|
|
|
|
|
|
|
gaji kita ala-ala pil kuda je, sedap gian tapi depa bagi cukup2 untuk kita tak memberontak je. nak tanak kena meniaga. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 23-6-2023 08:32 PM
Awak tak pernah beli kereta? Saya skrg baru nak beli kereta selepas hampir 2 tahun tak ada kereta. ...
Kau cuba ngorat sis aechae ke sissy? |
|
|
|
|
|
|
| |
|