CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2479|Reply: 46

Beli Seat Tepi Tingkap Di Pesawat- Lelaki Bengang Budak Kecil Selamba Duduk, Bapa Minta Tukar Seat Suka Sama Suka

[Copy link]
Post time 26-6-2023 09:04 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki berkongsi pengalamannya apabila tempat duduk yang ditempahnya di pesawat 'dirampas' oleh seorang penumpang tanpa izin.


Melalui perkongsian di Twitter, Andi Azhar mengatakan pemilihan tempat duduk untuk penerbangannya itu mengikut kriteria yang diingininya.


Gambar Hiasan




"Kejadian berlaku pada Jumaat iaitu 23 Jun ketika penerbangan saya dari Tawau, Sabah ke Kuala Lumpur.


"Saya sangat suka tempat duduk di tepi tingkap sebab dapat tengok pemandangan luar. Penerbangan yang saya naik waktu tu pagi, jadi view mesti lagi cantik.


"Tempat duduk yang saya dah tempah adalah 7F. Tiba-tiba saya nampak ada seorang kanak-kanak perempuan dah duduk di tempat saya. Ibu bapa dia duduk berhampiran di 7D dan 7E.


"Saya panggil pramugari untuk tolong tengokkan. Apabila tiket penerbangan mereka ditunjukkan, rupanya anak mereka sepatutnya duduk di seat 8C," cerita Andi Azhar kepada mStar.


Sejurus selepas itu, bapa kepada anak kecil berkenaan tampil untuk meminta timbang rasa daripada Andi Azhar sekiranya tempat duduk tersebut boleh ditukar suka sama suka.


"Saya berkeras yang saya mahu hak saya. Kita tidak sepatutnya berasa serba salah untuk cakap tidak. Pramugari tu dah terdiam.


"Kemudian ayah dia tanya do you mind to change, saya terus jawab tidak boleh, saya beli seat tu, saya nak duduk di situ. Saya beli ekstra slot bagasi supaya dapat pilih seat.


"Saya nampak mak dan budak perempuan tu dah tak gembira, ayah dia masih okay. Saya tidak kisah, bukan salah saya yang awak tidak plan kedudukan dalam flight dengan cermat.


"Kita kena berani pertahankan apa yang kita punya, jangan mudah mengalah. Nanti kita juga yang makan hati. Selepas dah bertegas untuk cakap tidak, boleh minta maaf sebab itu merupakan adab kita," jelas Andi Azhar.


Menurut Andi Azhar, dia bersyukur si bapa yang merupakan warganegara Malaysia memberikan kerjasama dengan permintaannya itu.


"Alhamdulillah saya dapat duduk di seat yang sepatutnya. Kalau anda dalam situasi sama tapi individu itu bertindak agresif, anak kapal sepatutnya boleh halau mereka keluar dari pesawat.


"Dan kita boleh minta pampasan ganti rugi 10 kali ganda untuk bayaran tiket dan tempat duduk," kata Andi Azhar menutup bicara. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2023 09:10 AM | Show all posts

Kelempok

Lattew......
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Good. Some people need to learn lessons the hard way baru boleh ingat dlm kepala to take things seriously (hatta pilih seat dlm flight sekalipun)
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda basic .
Dh lama dh org ckp ..pnah viral dlu
Nape nk ckp balik? ketinggalan mamat ni .
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju dgn mamat ni. Pertahankan hak. Org beli seat diaorang pandai2 je nak tukar. Alasan: kena beralah dgn kanak2. Ehhh tu anak kau bukan anak aku.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm taktik parents taknak bayar window seat je..menyampah iols
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2023 09:22 AM | Show all posts
kalau benda free.. mcm logic lagi la kau nak mintak tukar suka sama suka..
u have to pay extra okay for that seat..  kau dah kenapa nak mintak tukar suka2 hati? apa dia taktau ke bayar untuk pilih seat? huhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 09:25 AM | Show all posts
pernah tengok mat saleh bertekak pasal ni

makcik tu mintak orang laki bagi seat dia, sebab anak perempuan dia nak tengok view luar. bila laki tu tanak bagi, mula la dia cakap macam2, kononnya laki tu tak matang sebab tanak mengalah dengan budak kecik

annoying ya manusia macam ni
beli je la window seat awal2 untuk anak ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2023 09:26 AM | Show all posts
isu yg masih berterusan terjadi
so, kena igtkan selalu


Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 09:27 AM | Show all posts
talapia replied at 26-6-2023 01:22 AM
kalau benda free.. mcm logic lagi la kau nak mintak tukar suka sama suka..
u have to pay extra okay  ...

weols kalau dapat assigned seat yang free pun (A & F untuk single aisle plane), pasti akan meroyan kalau dah ada org lain take over seat tu, ni apatah lagi spesis terpaling woke yang beli seat
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 09:34 AM | Show all posts
deplane the plane

jgn smpi jd gini
menyusahkan semua orang

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ummah twitter mmg begini la perangai..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 09:49 AM | Show all posts
mawardia replied at 26-6-2023 09:17 AM
Setuju dgn mamat ni. Pertahankan hak. Org beli seat diaorang pandai2 je nak tukar. Alasan: kena bera ...

teringat pengalaman flight dari langkawi ke KLIA, FA mintak switch seat sebab emergency exit tak boleh letak child, so dalam kes ni aku ikutkan je.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Choi kan .
Iols Dolu naik air Asia kot .tak ramai so cabin crew tu ckp baring la kalau nk..tak ramai pung..anak2 iols sakan..haha
Padahal 40 minit je pung
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak mesti air asia

Benda hari2 jadi kot crew pun dah tak kuasa asik kena jadi referee

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 10:07 AM | Show all posts
Edited by malarky at 26-6-2023 10:10 AM
supernaturalee replied at 26-6-2023 09:34 AM
deplane the plane

jgn smpi jd gini

aku pernah dengar satu kisah yang diceritakan oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Razak (Ex MB Kedah).
Cerita dia pasal seorang pakcik yang nak balik kedah naik flight. Anak dia pesan

"ayah sat gi masuk dalam kapai duduk seat jangan kalih pi tempat lain".

So pakcik ni pun masa dah boarding flight dia pun duduk la kat seat business class padahal seat dia economi class. FA cuba expalin kat pakcik tu

"pakcik, seat pakcik kat belakang economy claas, bukan kat sini Business Class"

tapi pakcik tu reply

"takpa la, sini pun sedap dah"

sebab pakcik tu ikut pesan anak dia. So FA repot kat Kapten(pilot). So kapten pun pegi kat pakcik tu dan cakap

" pakcik nak pi mana?"

Balas pakcik tu, "

pakcik nak pi(balik) Aloq Setaq"

Kapten tu pun cakap kat pakcik tu

"La, pakcik salah seat ni, seat ni nak pi Pulau Pinang, hat nak pi Aloq Setaq seat kat belakang"  

Pakcik tu pun jawap

"la ya ka? awat tak bagi tau awai tadi"

lalu pakcik tu pun bangun dan pegi duduk kat seat dia yang sebenar.
Sekian ceritanya

credit kepada tuan punya cerita (Allahyarham Tan Sri Azizan Razak, mantan MB Kedah)


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2023 10:08 AM | Show all posts
Benda berbayar, mahal plak tu...kalo aku pon sanggup bergaduh nak pertahankan hak aku
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 10:11 AM | Show all posts
malarky replied at 26-6-2023 10:07 AM
aku pernah dengar satu kisah yang diceritakan oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Razak (Ex MB Kedah).  ...

smart pilot tu


Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 10:12 AM | Show all posts
malarky replied at 26-6-2023 10:07 AM
aku pernah dengar satu kisah yang diceritakan oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Razak (Ex MB Kedah).  ...

hahahahah...  

seat kalau free .. ok je kalau nak tukar..
itu pun tgk seat apa yang nak tukar tu..
kalau tgh2 ... dan dan aku cakap..seat tu aku beli.. x mo tukar..  
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Uish, menda ni dah jadik kat Malaysia? Biasa baca cerita dari negara kokosen ja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.687708 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list