View: 3714|Reply: 96
|
70,000 Calon Tidak Layak Dapat Sijil SPM Sebab Gagal BM! Puncanya Malas, Tak Pandai Membaca, Anggap SPM Tak Ada Guna
[Copy link]
|
|
Pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dan 2022, yang merekodkan lonjakan daripada 88.1 peratus kepada 91.6 peratus jumlah layak mendapat sijil adalah perkara yang amat membanggakan.
Bagaimanapun perit untuk ditelan apabila 8.4 peratus daripada keseluruhan calon yang menduduki SPM 2022 pada 20 Februari hingga 15 Mac 2023 di seluruh negara, tidak layak mendapat sijil berikutan gagal dalam subjek Bahasa Melayu (BM) atau Sejarah atau kedua-duanya.
Hal ini bukan sahaja membimbangkan malah mula menjadi norma dalam kalangan pelajar yang menganggap sijil berkenaan tiada makna dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka.
Foto: Kosmo
Kaunselor Berdaftar dan Terapi Kekeluargaan, Zumasni Rajikin berkata, kegagalan lepasan SPM dalam dua subjek berkenaan terutama BM mungkin disebabkan kegagalan mereka menguasai aspek membaca, menulis dan mengira (3M).
Sehubungan itu katanya, tidak mustahil jika ada calon SPM masih tidak pandai membaca dan mengeja.
Menurutnya, peneguhan dan penekanan kepada aspek 3M yang sering dipandang remeh hakikatnya perlu diambil berat sejak zaman sekolah rendah.
“Jika ada sikap ‘tidak mengapa’ kepada murid yang masih sukar menguasai 3M ini seawal darjah 1 hingga 3, perkara ini menyebabkan murid tercicir dalam pelajaran. Sukar untuk mereka memahami sesuatu subjek.
“Sikap sambil lewa terhadap penguasaan ini wujud biarpun kita mempraktikkan Bahasa Melayu di mana-mana sahaja dan sentiasa mendengar komunikasi bahasa ini.
“Semuanya bermula dari rumah dahulu tidak kira golongan mana ekoran penguasaan Bahasa Melayu adalah satu kewajiban. Terutamanya untuk lulus SPM,” katanya ketika dihubungi Kosmo!
Ujarnya, pihak kementerian perlu mewajibkan ujian Penilaian Khas 3M bagi kemasukan ke tingkatan 1 agar pelajar dan ibu bapa akan menganggap fokus kepada pemahaman membaca dan mengeja adalah sangat penting di sekolah rendah.
Mengulas dakwaan kira-kira 70,000 calon tidak layak dapat sijil SPM, Zumasni berkata, antara punca mereka tidak berminat dengan subjek berkenaan adalah kerana malas, terpengaruh dengan kawan-kawan yang sudah bekerja dan silibus terlalu berat.
Katanya, jika silibus itu terlalu berat pendekatannya terutama di sekolah rendah, ia mendatangkan rasa bosan seterusnya kurang minat terhadap subjek tersebut akan timbul.
“Jadi, keluarga memainkan peranan yang sangat penting. Sokongan ibu bapa dan keluarga yang lemah boleh membantutkan keupayaan daya juang seorang pelajar untuk berusaha,” ujarnya.
Dalam pada itu, Zumasni turut menasihati agar murid di tahap satu hingga tiga diberi perhatian secukupnya agar lancar dalam membaca dan mengeja.
“Beri sekeping sijil penghargaan bagi murid berjaya lancar membaca. Ini akan mendorong mereka untuk suka ke sekolah.
“Fokus juga kepada subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Bahasa Inggeris semasa di tingkatan 4 dan tingkatan 5 dengan mempelbagaikan mutu pengajaran terutama subjek Sejarah.
“Kenal pasti juga pelajar bermasalah semasa awal kemasukan ke tingkatan 4 dengan membantu mereka dari sudut psikologi,” ujarnya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin ada benarnya...bahasa melayu dan sejarah bukan boleh buat duit pun...ape pekdah belajar bahasa melayu sedangkan suasana bisnes adalah english dan mandarin? |
|
|
|
|
|
|
|
Batch SPM 2022 ni batch;
1. PKP 2020-2021.
2. Tak ambil PT3.
Pehtu batch SPM 2020 ngan 2021, soklan idok la susah sangat. Aiols syak markah lulus pun rendah.
Tetiba batch SPM 2022, soklan susah. Markah lulus pun aiols is syaki tinggi.
Ni suma penyumbang kepada sebab kemerosotan result.
Gomen PM Nuat la yang tanggung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurutnya, peneguhan dan penekanan kepada aspek 3M yang sering dipandang remeh hakikatnya perlu diambil berat sejak zaman sekolah rendah.
“Jika ada sikap ‘tidak mengapa’ kepada murid yang masih sukar menguasai 3M ini seawal darjah 1 hingga 3, perkara ini menyebabkan murid tercicir dalam pelajaran. Sukar untuk mereka memahami sesuatu subjek.
huhu inilah yang kita sebut perkasakan dahulu kemahiran asas 3M bukan bermakna tiada KBAT, silibus ketinggalan zaman..tapi kemahiran asas 3M yang menjadikan murid mampu mengikuti pelajaran..tapi dikatakan kita sibuk bernostalgia zaman 80an..kemahiran 3M itu bukan sebab nostalgia..tapi itu ASAS belajar..sekarang, lihatlah ini hasil yang dituai daripada apa yang ditanam..
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg budak zman skrg ramai benak |
|
|
|
|
|
|
|
sepupu aku cikgu..mmg dia kata bdk2 zaman skrg ramai sgt tak kuasai 3M
selalunya dia dan kawan2 akan pulun dlm 6 bulan pertama bdk baru masuk darjah 1 depa akan ajar betul2 membaca ni..kalo tak pandai baca mcmana nk buat ayat maksud tersirat tersurat tu...ahaksss |
|
|
|
|
|
|
|
miftahuljamilah replied at 26-6-2023 02:42 AM
Menurutnya, peneguhan dan penekanan kepada aspek 3M yang sering dipandang remeh hakikatnya perlu dia ...
Kat sekolah memang ada program untuk atasi masalah 3M ni acik...Cikgu2 tu biasanya buat dalam kelas semasa sesi PDPC juga.
Cikgu yang betul2 buat kerja, helok ja mampu buat budak tu kuasai 3M. Aku tengok sendiri anak2 aku punya hasil gimana.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian awak tak tau program LINUS dah dimansuhkan dan murid sekarang ramai yang tak menguasai 3M kelas Pemulihan pun sesak dengan murid tak boleh membaca..yang tercicir dalam kelas perdana pun ramai..mungkin ibu bapa percaya anak2 dah pandai bila datang sekolah..padahal mereka ketinggalan dan tercicir sampai ke Tahun 6 akhirnya bawa ke sekolah menengah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Biar laaaa..kita penuhkan ipta/ipts dengan warga rohingya..ni kan zaman almadanon. |
|
|
|
|
|
|
|
miftahuljamilah replied at 26-6-2023 11:25 AM
kesian awak tak tau program LINUS dah dimansuhkan dan murid sekarang ramai yang tak menguasai 3M k ...
Mansuh? Sekolah anak aku ada jer kelas khas tuk budak2 nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 26-6-2023 03:49 AM
miftahuljamilah replied at 26-6-2023 03:25 AM
kesian awak tak tau program LINUS dah dimansuhkan dan murid sekarang ramai yang tak menguasai 3M k ...
Mansuh ganti lain acikkkkkkkkkk
Hada jah cikgu BM anak aku buat program ala2 Linus masa dia derajah 1 oiiiiii
Dah kenapa acik pukul rata budak2 ni suma takleh membaca la keciciran la tak kuasai 3M sampai darjah 6 membawa ke sekolah menengahhhhh
Anak aku Darjah 1 sekolah SJKC pon helok jaaaaa boleh score 80% Bahasa Cina walaupun masa tadika tak seberapa paling tinggi pon 63% ja markah BC dia pernah dapat. Sebab cikgu dia kat SJKC tu tersangat gigih aku tengok haaaariiii haaariiiii bagi keja rumaaahhhhhh. Sebab tu aku kata kalau cikgu gigih, herlok la juga hasil murid2nya.
(Masalah 3M ni bukan 100% salah silibus susah bagi aku. Banyak faktor.).
|
|
|
|
|
|
|
|
Akan dtg makin bertambah agaknya yg gagal BM. Aku selalu tgk budak2 kecik tgk kartun kat youtube guna bahasa indon.
Bodo ye makpak.. baiklah kau bg dia tgk yg bahasa inggeris punya.
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin itu kelas pemulihan yang mengajar murid yang tegar tak boleh menguasai 3M ..program LINUS untuk semua murid dari Tahun 1-3 untuk melihat penguasaan Literasi dan numerasi mereka(dulu).Kalau sekolah murid padat..guru pun tak perasan ada murid tak tahu membaca..sebab peperiksaan takde..yang tak reti baca bila kita tengok tak mampu menjawab soalan dan tak boleh menulis ..itu tak termasuk murid disleksia,lembam,slow learner,autism..ada banyak kategori..kemudian diagnos baru kita tahu ..barulah dinasihatkan buat ujian bertulis dengan guru pemulihan atau ke Kelas Pendidikan Khas..ada sekolah tertentu je mempunyai kelas PPKI.. ada banyak peringkat.. cuma yang nyata pengesanan perlu dilihat dari Tahun 1 ..sebab tu kena perkukuhkan 3M dari awal..bukan sebab kita nak slow..tapi mmg tahap itu murid kena dilatih berterusan..sebab dari usia itu proses pemerolehan bahasa mereka berkembang..ada peringkat..bukan tiba2 kita main hentam buat soalan KBAT ikut tekak orang dewasa.. kesian pada mereka..sekarang dah sampai SPM dia masih tak mampu membaca..sebab dari awal dia dah slow..tak dapat catch up kemahiran yang lebih tinggi..akhirnya masa depan murid tu sendiri kelam..tapi kita tetap kata mereka tak minat, tak nak belajar, sebab dari awal kita dah bunuh minat mereka..
|
|
|
|
|
|
|
|
miftahuljamilah replied at 26-6-2023 03:47 AM
mungkin itu kelas pemulihan yang mengajar murid yang tegar tak boleh menguasai 3M ..program LINUS ...
1. Masih hada exam la...Tukar nama ja. Ada yang panggil pentaksiran sumatif, ada yang panggil jadik ujian pertengahan sesi akademik (ikut sekolah apa nak dikasik nama sebab sekarang ni pelaksanaan ujian/peperiksaan 100% di bawah autonomi pihak sekolah).
2. Murid yang tegar takleh kuasai 3M tu biasanya slow learner. Sepatutnya masuk sekolah khas tapi kalau macam tempat aku, sekolah yang ada kelas PPKI ni ada sikit ja. Nak tak nak kena masuk aliran perdana. Memang ada yang sampai sekolah menengah takleh membaca but then AGAIN kalau cikgu2 gigih, budak tu boleh diselamatkan dan jika budak tu sendiri extra GIGIH, helok ja boleh lulus SPM. Menda ni aku dah nampak kat sorang ex student aku.
3. Anak aku first tu disleksia. So far boleh cope di kelas aliran perdana. Aku pernah ajar juga pelajar sorang ni dari Form 1 sampai Form 5 disleksia. Aliran perdana. Elok ja boleh cope. Sebab dia gigih.
Aku tetap nak pertahankan silibus sekarang ni sebab aku tak rasa silibus yang bermasalah tapi orang2 yang tak buat kerja bebetul dalam mendidik, membesarkan anak2 kita ni yang bermasalah. Kat rumah, mak pak. Kat sekolah, cikgu. Kat luar rumah dan sekolah, masyarakat.
Cuma satu yang aku rengsa dengan silibus SK sekarang - TERLALU BANYAK PERUNTUKAN MASA UNTUK KELAS PENDIDIKAN ISLAM/MORAL. Apa ke hanat PI/PM tahap 1 sampai 6 masa pehtu Sains 3 masa ja? Tu tak masuk kelas Tasmik, Bahasa Arob segala. Dah kau buat gitu, apa taknya budak2 tu tak kuasai Sains pehtu terkial2 bila dah masuk sekolah menengah?
|
|
|
|
|
|
|
|
..aku rasa tu mungkin atas faktor kawin campur dengan warga asing kot terutamanya yang kawin dengan Indonesian dan Bangladeshi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols rasa handphone social media ni mmg betul2 distract student dari belajar. Luckily iols x membesar zaman ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 26-6-2023 10:40 AM
Batch SPM 2022 ni batch;
1. PKP 2020-2021.
Bila fikir balik kesian pulak kat 70000 budak spm 2022 yg tak dpt sijil spm tu ye. Dah la pt3 pun takde. So on paper pendidikan tertinggi dorang cuma pmr je lah ye. |
|
|
|
|
|
|
|
kegawatan ekonomi pun jadi salah satu faktor jugak
ni masuk kelas, budak2nya datang sekolah. tapi tido
maaf cikgu, saya penat kerja shift malam. cikgu pun takleh kata apa, biar je la diorang tido. kesian penat
budak seawal umo 15-16 tahun dah kerja part time untuk sara keluarga
hampir separuh kelas kerja. diorang takde pilihan. kesian juga
exam memang hancur. SPM pun diorang tak peduli. asalkan datang exam, gagal belakang cerita katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 26-6-2023 05:41 AM
misc replied at 26-6-2023 05:30 AM
Bila fikir balik kesian pulak kat 70000 budak spm 2022 yg tak dpt sijil spm tu ye. Dah la pt3 pun ...
Paling tinggi UPSR. Sijil darjah 6. Huhu...
Aiols heran apsal budak2 lemah akademik ni tak nak masuk kolej vokasional, tak nak masuk Giat Mara. Kot ye pun ko tak nak blaja, ada ja jalan untuk ambik kursus kemahiran ka apa2 supaya ada la juga skill boleh buat duit bila habis sekolah/dah tak mau sekolah.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|