View: 2715|Reply: 49
|
Wanita Berang Jiran Suka Sangat Parkir Kereta Depan Pagar Rumah, Kena 'Mengemis' Setiap Kali Suruh Alih
[Copy link]
|
|
Seorang wanita sempat merakam gelagat jirannya yang tidak bertanggungjawab apabila memarkir kereta di hadapan pagar rumahnya.
Langsung taak meminta kebenaran, jiran wanita tersebut juga hanya muncul beberapa minit kemudian untuk mengalih keretanya.
"Sejenis manusia yang suka park depan pagar orang," tulisnya di Twitter.
Foto: mStar
Menurut wanita tersebut lagi, dia sudah beberapa kali memberitahu jirannya agar tidak memarkir kereta di hadapan rumahnya namun tindakannya ibarat mencurah air ke daun keladi.
Dalam insiden terbaharu yang sempat dirakam menerusi video berdurasi 53 saat itu, wanita berkenaan yang mahu mengeluarkan keretanya dilihat membunyikan hon sebanyak tiga kali sebagai tanda peringatan.
Namun kelibatnya jirannya tidak juga muncul, menyebabkan wanita itu terpaksa keluar dan ke rumah individu tersebut.
"Tak pasal aku pula kena pergi tekan bell (loceng) rumah dia. Dah membebel sebakul... selepas ni buat lagi tak tahulah," tulisnya lagi.
Tidak lama kemudian, tanpa rasa bersalah, seorang perempuan muncul dan masuk ke dalam keretanya yang diparkir di hadapan pagar kediaman wanita berkenaan seterusnya mengalihkan kenderaannya.
Di ruangan komen pula, rata-rata warga maya meluahkan rasa geram dan mengecam jiran wanita berkenaan yang langsung tidak menghormati orang lain.
Malah mereka turut berkongsi pengalaman yang serupa dengan jiran masing-masing.
"Sama dengan rumah aku dan dari jenis yang sama. Bila aku nak keluar atau balik dari luar, pandang aku macam kan aku yang bersalah.
"Sama perangai jiran akulah ni. Depan rumah dia boleh parking tapi nak juga dekat rumah aku. Aku nak keluar guna motor, dia kata 'boleh tu boleh' sekali zasssss kena sagat kereta dia rakan-rakan.
"ernah dan selalu kena. Park depan rumah, bulan puasa, sampai terpaksa berbuka dekat luar, balik nak solat masih ada lagi. Dah call, dah mesej adik dia suruh alihkan. Buat bodoh lepas tu keluar bising-bising. Akhirat esok kau tanggung," demikian antara komen netizen. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Spesis bifoti selera M40. Sagatkan sajorkkk |
|
|
|
|
|
|
|
jelak pulak aku dengan perkataan parkir ni |
|
|
|
|
|
|
|
Apa gila park depan rumah org mcm tu? Patut kau terus park dlm rumah org tu kan ada kosong. Tu lebih afdal. |
|
|
|
|
|
|
|
dia org ingat tu rumah kosong tak de penghuni ke. sedap dia je nak parking depan pagar tu. kalau aku pun marah. nasib baik aku ni walau b40 je depan & tepi rumah aku muat tuk parking 10 biji kereta. done riak. hahahha |
|
|
|
|
|
|
|
Solusinya : owner tu parked jer kereta dia kat luar depan pagar tu biar jiran tkda adap tu tk dpt parking situ. |
|
|
|
|
|
|
|
aku selalu je kena. sbb rumah ni tkde org lelaki. jiran ku ustaz ada 4 anak lelaki semua ada kereta. 5 biji nk park kan. jd aku psg cctv
caption skit kat group whatsapp n tele mana2 yg aku join. biar viral skit. ada ler kenalan / sedara jiran aku ni yg kasi tau depa. rupa2 nya boleh report kat majlis. boleh mintak kon majlis daerah. viral kan aje.. ada bukti. kalo dah kulit muka mmg dah tebal. gitu la |
|
|
|
|
|
|
|
Ni namanya jiran dari neraka sis |
|
|
|
|
|
|
|
ish x malu betul parking depan rumah org selamba je
mohon tuan rumah tabur paku payung banyak2 situ
tgk berani x dia parking |
|
|
|
|
|
|
|
Call majlis atau polis suruh saman menghalang laluan.
|
|
|
|
|
|
|
|
selamba dan muka tak malunya park depan rmh org mcm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Depan rumah kampung aku ada kedai makan
Org dtg makan kat kedai suka2 hati masuk parking kat rumah aku
Dh letak kon halang jln
Diorg turun alihkan kon
Alasan nak pusing kereta je
Kedai makan kat depan tepi jalan
Kau masuk parking rumah blkg
Otak & adap 2 2 dh takde |
|
|
|
|
|
|
|
Jiran spiesis Inspektor Sheila..no wonder laaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
panggil majlis dan polis. semua benda kena ada tindakan. no more by just giving a warning. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa bodoh letak kereta depan rumah orang macam tu? |
|
|
|
|
|
|
|
kan jiran, apa masalah nya tak terus tanya dia. macam mana boleh halang laluan rumah nya? ni dah kira halang laluan, kat sini boleh panggil pbt tow kereta tu. |
|
|
|
|
|
|
|
jiran macam ni mmg dr awal jgn sesekali bagi muka
|
|
|
|
|
|
|
|
Lembik
Lainkali panggil sambil pijak atas bonet dia
Buat lagi kau hunuskan parang ke dalam windscreen dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|