CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5703|Reply: 191

Ganti Nasi Dengan Mi Kalau Harga Beras Terus Naik

[Copy link]
Post time 29-6-2023 08:48 AM | Show all posts |Read mode
Kenaikan harga beras di pasaran ketika ini memberi kesan kepada suri rumah terutama dari kelompok B40.


Suri rumah, Norhanis Mohammad, 37, berkata, kenaikan harga beras antara RM2 dan RM3 bagi kampit 10 kilogram (kg) itu dirasai sejak seminggu lalu.




Gambar hiasan




“Nasi merupakan makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Saya sekeluarga memakan nasi setiap hari, jadi apabila harga beras naik, walaupun (kenaikan) tidak banyak, tetapi ia masih dirasai.


“Jika tidak dikawal, mungkin ada dalam kalangan kami yang terpaksa mengurangkan pembelian atau menggantikan nasi dengan makanan lain seperti mi dan sebagainya,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.


Antara beras yang mengalami kenaikan adalah beras putih tempatan, beras wangi, beras basmati dan beras putih import. Kenaikan sebanyak RM2 hingga RM3 itu adalah mengikut jenama beras berkenaan.


Menurut ibu kepada empat anak itu, kenaikan harga beras itu juga akan menyebabkan golongan B40 tertekan kerana perlu mengeluarkan belanja le­bih untuk membeli barangan asas tersebut.


“Sekarang banyak barang mengalami kenaikan harga. Jika barangan lain mungkin rakyat masih ada pilihan, namun jika bahan asas seperti beras, apa pilihan lain yang ada?” soalnya.


Kebimbangan sama diluahkan seorang lagi suri rumah, Salwa Supaid, 29, yang memberitahu, kenaikan harga beras akan turut menyebabkan harga makanan meningkat.


“Biasanya jika harga barang (asas) naik, mesti harga makanan juga meningkat tetapi apabila harga barang stabil atau turun, harga makanan kekal sama. Peniaga tidak menurunkan harga jualan makanan mereka.


“Jadi saya amat berharap pihak berkuasa dapat membantu mengawal harga beras. Kenaikan harga beras ini akan beri kesan kepada keluarga B40,” kata ibu kepada tiga anak itu.


Sementara itu, Ngatini Karcin, 58, berkata, harga sekampit beras 10 kg yang dibelinya baru-baru ini naik sebanyak RM5 kepada RM35.90 berbanding RM30.90 sebelum ini.


Jelasnya, dia dan suami yang bergantung dengan pendapatan hasil sawit merasai kenaikan harga beras ketika ini lebih-lebih lagi apabila harga sawit sekarang semakin merosot.


“Memang agak terkejut harga beras naik. Bulan lepas beli beras harganya masih RM30.90 bagi kampit 10 kg. Kalau naik RM1 saya boleh terima lagi.


“Kami peneroka berdepan dengan harga sawit tidak menentu. Buah sawit sedang melawas, jadi hasil memang kurang. Bila harga beras naik, memang betul-betul terasa,” katanya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2023 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tetapi rice cheap alternative untuk gluten free
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan ini solusi dari raja formula..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Sementara itu, Ngatini Karcin, 58, berkata, harga sekampit beras 10 kg yang dibelinya baru-baru ini naik sebanyak RM5 kepada RM35.90 berbanding RM30.90 sebelum ini.
_____

Beras super import ke kau beli tini.  Kalau mampu makan beras import mampu la tambah rm5 tu.  Beras brand lain 10kg ada je below rm30.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
jawapan tersirat: kena make megi la maksudnya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 10:17 AM | Show all posts
Makan sepinggan sehari aje la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2023 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Hapus penguasaan bernas untuk kawal harga beras..
Tetiba harga beras naik.. apa. Nihhh

Dasar.. PMX adalah pm terpaling hap***
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Thunderclouds at 29-6-2023 10:28 AM

Mkn nasik  skali sehari je mcm aku haa...
Jimat pon jimat.
Body menten.
Aku pakai beras jasmine sunwhite tuh.
Budak² sekolah pagi ptg bg duit belanja pandai² carik mkn.
Mlm dorg xmkn dh.
Blk tuisyen teruih tdo.
Sebulan 10kg xabeh pn.
Bangsa kalo kuat melantak mmg xdapek nk nolong..
Or ank² 7-8org tgh membesar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2023 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Beras tempatan pun naik harga ke? Tak sedar pula. Aiol sejak tukar cara masakan utk family ke western style beras 5 kg pun tahan dkt 2 bln dah ni. Lbh kpd protein. Carbo gantikan dgn pasta atau kentang/keledek gitu. Tengok bacaan darah tinggi dgn kolestrol Mr HB ada pengurangan gitu. Tp aiol je la sejak mkn ubat yg doktor bg badan membulat mcm bola2 api.  

Sis @Dwdrum karbo yg aiol ambil dr ubian OK tak utk gluten free. Ker salah juga. Aiol mmg bengong sikit bab2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 29-6-2023 10:17 AM
Makan sepinggan sehari aje la..

khennsss...
Itu ini naik rega.
Pandai² la nk idop.
Dr xdpt mkn nasik lgsung.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Biras faiza 5 kilo pun naik ka
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Hapuskan monopoly barnas tu helah jer utk org lain pun boleh meniaga beras. Seperti biasa madanon kena scam dgn mat sabu end up harga naik. Dulu ph menang raykat senang, sekarang beras pun tak mampu beli hahaha bijak tak mat sabu? Mat sabu pmxi!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap, bukan mi lagi mahal ke kalau kira dari segi berat?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Mi tak elok la kalau laksa ok, takpun bihun or suhun.
Mi ada gluten, better mkn nasi laa
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 29-6-2023 03:09 AM
Mi tak elok la kalau laksa ok, takpun bihun or suhun.
Mi ada gluten, better mkn nasi laa

Gluten ke muten ke kalau dah lapar tu je mampu
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Makanan ruji org belah Asia timur ni nasi ...apa ke bodo suh mkn mee plk ...dlm mee tu lg mcm2 bhn kimia diorg dah campur utk bg mee tahan lama....yg paling bodowwww tahap lombu tu lapiji la....konon raja formula la sgt .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2023 11:29 AM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 29-6-2023 11:40 AM

Beras 10 KG RM26 tu naik harga ke? aku x pasti

kalo x mampu...

beli ler beras murah sikit..

kalo nak menten jugak beras yg biasa beli..

korbankan makanan minuman lain mcm teh tarik rege RM2.00

katalah laki ko minum teh tarik kat kedai 10 kali sebulan = RM20

suruh laki ko kurangkan minum teh tarik sebanyak 2 kali = RM4.00 setiap bulan

so.. RM4.00 tu guna top up beli beras yg ko hendak tu..  

bagi bekal makanan & minuman utk laki ko sarapan, lunch & minum petang kat opis/ tempat keje..

sekali2 jer biaq lako ko sarapan or lunch ngan member2

--

dulu mampu kopi stabak..

la ni x mampo, minum kopi kapal apee jer sudah

kalo dulu mampo vios..

la ni x mampu pakai proton pesona sudah

itu pong nak ajar...

idup ikut kemampuan..

bukan ikut tekak



Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 11:30 AM | Show all posts
orangbiasaje replied at 29-6-2023 10:48 AM
Jap, bukan mi lagi mahal ke kalau kira dari segi berat?

ko cakap btol..

makan mi..

kejap lagi lapar balik..


Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 29-6-2023 11:22 AM
Makanan ruji org belah Asia timur ni nasi ...apa ke bodo suh mkn mee plk ...dlm mee tu lg mcm2 bhn k ...

Deme nak suruh buat mi sendiri drp tepung kott.. ala2 buat mi tarik dgn mi hiris..

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik lah beras gluten free daripada mi tepung gandum tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.314646 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list