CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7622|Reply: 28

Speku Pengaca AF9 : Mak Bedah Reza/ Pak Nil?

[Copy link]
Post time 19-12-2010 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 3-1-2011 10:37

Reza bakal pengacara AF9?
Oleh Zaidi Mohamad

2010/12/19
Bersyukur rezeki di bidang pengacaraan semakin murah

TAHUN lalu, jejak kelahiran Sibu, Sarawak ini bergandingan dengan Raja Azura mengendalikan program kebanggaan Rosyam Nor, Pilih Kasih. Tapi untuk Pilih Kasih musim kedua bersiaran 11 Disember lalu, Reza bersendirian tanpa ditemani sesiapapun berbanding musim lalu dia mengemudi program itu bersama Raja Azura.

Jangan ditanya sebab ketiadaan pengacara stesen radio nombor satu itu dalam program Pilih Kasih tahun ini kerana Reza tidak ada jawapannya, lalu meminta ditanya saja kepada pihak produksi. Apa yang lebih utama buat pemilik bernama penuh Syaiful Reza Mohamed itu ialah untuk menggalas tanggung jawab mengacarakan Pilih Kasih sebaik mungkin.


   “Saya berterima kasih dan bersyukur kerana masih dikekalkan untuk meneruskan mandat sebagai pengacara Pilih Kasih 2. Bagi saya tak kisahlah mengacara bersendirian atau berdua kerana masing-masing memberikan keghairahan tersendiri.

    “Tapi kalau mengacara secara solo mungkin lebih banyak kerja berbanding bergandingan. Keterujaan saya juga lebih untuk musim kedua ini. Alhamdulillah rating musim pertama juga membanggakan dan harapnya yang kedua ini juga akan memberi dimensi baru untuk arena seni kita,” kata Reza yang pernah mengacarakan program Katakau dan Kelab Pop.

    Selain bergelar pengacara dan bekerja di konti radio, Reza memberitahu dunia nyanyian masih tetap di hati. Sekalipun tidak berpeluang atau bermimpi menghasilkan sebuah album, si petah berbicara ini masih memenuhi undangan membuat persembahan bersama Astro dan syarikat tertentu.

    Dalam perkembangan lain, nama Reza turut dikatakan antara calon yang bakal mengemudi Akademi Fantasia musim kesembilan. Bagaimanapun Reza, enggan memberi komen lanjut terhadap perkara yang belum pasti. Cuma yang boleh disahkan Reza ialah mengenai program Katakau yang bakal disambung pada tahun depan.

   “Mengenai AF9 itu saya ada mendengar ura-ura saja. Tapi saya sendiri belum pasti kesahihannya. Kalau betul dan ada rezeki, saya bersyukur. Lagipun, itu juga tanda saya memberi sokongan kepada program yang pernah mencungkil bakat saya,” kata Reza yang pernah menyertai Akademi Fantasia musim ketiga.

    Lima tahun membabitkan diri dalam dunia penyiaran di stesen radio ERA, lelaki berusia 32 tahun ini terus tegar meneruskan survivalnya. Sekalipun datang pelbagai dugaan dan kontroversi yang memalit namanya, Reza hanya mampu bersabar kerana semua itu dianggap lumrah yang perlu ditelan.

    Malah hingga kini orientasi dirinya juga masih menjadi tanda tanya. Kata Reza, perkara sebegitu hanya subjektif dan tidak boleh dinilai dengan mata kasar. Sebagai manusia biasa, Reza hanya mampu menjawab persoalan yang diaju.

    “Pelbagai dugaan yang saya sudah lalui. Saya hanya mampu membiarkan saja tanpa langsung menjadi kudis. Saya lebih tahu siapa diri saya. Bunyi macam klise, tapi orang di luar boleh terus menghakimi saya. Cuma saya tak nafikan persoalan orientasi diri saya itu sering mengundang teka-teki.

   “Apabila orang terus bertanya mengenai perihal itu, saya akan beri jawapan yang sama. Terimalah saya seadanya. Pada satu peringkat, ia jadi menyakitkan hati. Tapi tak apalah, saya tak boleh halang orang daripada terus berkata-kata,” katanya yang mengendalikan segmen Petang ERA bersama Adi Fashla.

Profil

Nama penuh:  Syaiful Reza Mohamed
Nama komersial: Reza Mohamed
Tarikh lahir: 25 Ogos
Tempat lahir: Lau King Howe Hospital, Sibu, Sarawak


/- Speku Calon No 1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2010 12:28 AM | Show all posts
zizan..iols speku no 2
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 11:00 AM | Show all posts
ape maksud mak bedah tu?erk..xpaham..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 11:30 AM | Show all posts
huhu..klo betol t kte tgok jelah mimik muke reza ble ade tersingkir..ehe..pastu sarimah letak kat diari r blik..jimmy???huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 03:50 PM | Show all posts
Reply 3# tanjung98


mak bedah ka mak gayah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 06:53 PM | Show all posts
adlin ada sound dia "kau dengan selendang tu nampak macam mak bedah" masa nyanyi lagu jamal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2010 07:32 PM | Show all posts
mak bedah ni ada talent jadi pengacara.

mungkin jika diberi peluang ok lagi dia dari mat jambu jimi shenli.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 01:17 AM | Show all posts
dia memang ada bakat jadi pengacara.. tapi nama dia tak cukup kuat untuk handle AF.. peminat dia pun tak ramai kot.. identiti diri pun belum nampak..
zizan better, tapi zizan dah handle raja lawak la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2010 09:48 AM | Show all posts
die kelihatan macam klon pak nil.. sekian
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 12:28 AM | Show all posts
best ke reza tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 12:41 AM | Show all posts
boleh try bg kat farish aziz or zainal alam kadir x?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 11:01 AM | Show all posts
klu zizan best ckit nak tgk...
time lawak, mmg dia lawak.. time serius/sedih, dia pun leh buat...

klu redza? alamat bosan la af9 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 10:17 PM | Show all posts
pasni fokus kt peserta af je....
upcoming host just a host....
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 06:49 PM | Show all posts
tak kesah le sape jadi pengacara, asalkan bior sorang jelah kali ni, dah terbukti tahun lepas, haru-biru kalau ada 2 org pengacara

reza tu kira bulehlah diberi peluang kot (kalau tak, singkirkan aje dia di minggu kedua, huhu)
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2010 01:31 AM | Show all posts
awal n vee leh jadik pengacara af x?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2010 05:32 PM | Show all posts
kalau ye pon astro nak sgt amek pondan jadi hos af amek laa yg hensem2/sedap mata memandang mcm dafi ker.....tak yah la amek pondan kertu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2010 11:27 AM | Show all posts
tak kesah le sape jadi pengacara, asalkan bior sorang jelah kali ni, dah terbukti tahun lepas, haru- ...
munzaman Post at 25-12-2010 18:49



    bgs!
slalu pserte x best je akn d singkir kn..
ni pngacare plak kalu xbest kne singkir..
i loikeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 06:51 PM | Show all posts
http://www.churpchurp.com//share/maxis-inventyouripadapp
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 06:59 PM | Show all posts
vote zizannnnnn... (((bukan zizan nin)))
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 05:24 PM | Show all posts
dia memang ada bakat jadi pengacara.. tapi nama dia tak cukup kuat untuk handle AF.. peminat dia pun tak ramai kot.. identiti diri pun belum nampak..
manganini Post at 23-12-2010 01:17


aku setuju ngan ko... reza sendiri x cukup kuat utk handle AF... nak handle scha dlm rancangan apa ke tu aku dah lupa tu pun gagal... hohohoho
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.069336 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list