CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1273|Reply: 0

XOX sasar miliki 3.5 juta pelanggan

  [Copy link]
Post time 29-6-2023 09:53 AM | Show all posts |Read mode
XOX sasar miliki 3.5 juta pelanggan


Pengarah Eksekutif XOX, Roy Ho Yew Kee -NSTP/Amirudin Sahib


KUALA LUMPUR: XOX Bhd menjangkakan dapat meningkatkan pelanggannya kepada 3.5 juta tahun depan daripada 2.5 juta ketika ini susulan kerjasama dengan KDDI Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat KDDI Corporation yang beribu pejabat di Jepun untuk meneroka peluang komersial serta membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang akan memberi manfaat kepada pelanggan di Malaysia dan Jepun.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, XOX dan KDDI akan menyediakan perkhidmatan telekomunikasi seperti e-SIM kepada pelanggan, menggunakan mesin layan diri SpaceX XOX dan pembangunan bersama aplikasi mudah alih Nimbus XOX sebagai perkhidmatan tambah nilai kepada pengguna mudah alih kedua-dua pihak di Jepun dan Malaysia.

Kerjasama itu juga termasuk penggunaan teknologi terkini kedua-dua syarikat untuk memudahkan pembangunan dan meningkatkan nilai projek pelaburan yang dijalankan oleh XOX.

"Terdapat kira-kira 1,200 syarikat Jepun yang beroperasi di Malaysia dan memandangkan pekerja mereka kerap melawat Malaysia, mereka adalah pasaran sasaran kami," kata Pengarah Eksekutif XOX, Roy Ho Yew Kee kepada pemberita selepas mengumumkan kerjasama itu hari ini.

Beliau berkata, XOX juga menyasarkan pelancong Malaysia dan pengembara perniagaan ke Jepun.

Yew Kee berkata, perkongsian dengan salah satu penyedia telekomunikasi terkemuka Jepun itu akan membolehkan XOX menawarkan lebih banyak rangkaian produk dan perkhidmatan kepada pelanggannya di Malaysia dan Jepun.

"Kami sentiasa mencari cara untuk terus menambah nilai kepada pelanggan seperti peningkatan permintaan untuk penyimpanan data runcit mampu milik," katanya.

Beliau berkata, XOX juga merancang untuk mengembangkan peluang komersial penerokaannya ke China, Singapura, Thailand dan Australia dalam beberapa tahun akan datang.

Sementara itu, Pengarah Urusan KDDI Malaysia, Masaki Matsuura, berkata syarikat itu gembira dengan kerjasama itu kerana ia berperanan untuk menyelesaikan isu sosial sebagai syarikat infrastruktur dan teknologi serta menyumbang kepada masyarakat Malaysia.

"Telekomunikasi adalah penting untuk pelbagai lapisan masyarakat dan amat diperlukan dalam kehidupan seharian manusia.

"Aplikasi XOX Nimbus membolehkan pengguna mengurus media digital tanpa menggunakan storan dalaman pada peranti mereka dan penyepaduannya ke dalam ekosistem mudah alih XOX memberikan peluang untuk meningkatkan urus niaga produk, jualan langsung dan pengiklanan," tambahnya.

KDDI Malaysia ialah perkhidmatan telekomunikasi bersepadu yang menawarkan pelbagai perkhidmatan komunikasi seperti perkhidmatan jalur lebar mudah alih dan talian tetap, komunikasi mudah alih serta komunikasi talian tetap di bawah jenama au.

Pada waktu rehat tengah hari, saham XOX naik 0.5 sen kepada 15 sen dengan 3.59 juta saham didagangkan.

-BERNAMA

SumbeR:https://www.bharian.com.my/bisne ... i-35-juta-pelanggan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.932675 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list