CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1631|Reply: 0

Semangat kuat, Eddie tetap main gitar untuk Wings

[Copy link]
Post time 9-7-2023 09:08 PM | Show all posts |Read mode
Semangat kuat, Eddie tetap main gitar untuk Wings


Sokongan yang tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh semua ahli kumpulan Wings iaitu Datuk Awie, Edrie Hashim, Jojet dan Syam antara sebab Eddie kuat semangat untuk membuat persembahan malam tadi.



KUALA LUMPUR – Demi tuntutan kerja, gitaris kumpulan Wings tetap komited menjayakan persembahan pada acara NusaFest meskipun baru kehilangan isteri tercinta, Norlela Mohd Yusof, 61, semalam.

Eddie atau nama sebenarnya, Samsaidi Ulong Idris, 55, memberitahu kemunculannya bersama Wings perlu dilunaskan dan menganggapnya tanggungjawab sebagai seorang pemuzik.

“Malam ini (semalam) merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang ahli muzik ditambah sudah bersama Wings dalam tempoh yang lama.

“Jadi, walau apapun masalah yang timbul di luar, saya tidak akan campur adukkan dengan hal kerja,” katanya kepada Kosmo! Online selepas konsert NusaFest, di sini semalam.

Ujarnya, sokongan yang tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh semua ahli kumpulan Wings iaitu Datuk Awie, Edrie Hashim, Jojet dan Syam antara sebab semangatnya kuat untuk membuat persembahan malam tadi.

“Semua ahli kumpulan Wings merupakan penyokong kuat, bermula urusan arwah isteri di hospital sehinggalah selamat dikebumi.

“Itu yang membuatkan semangat saya lebih kuat. Alhamdulillah saya dapat teruskan persembahan ini,” ujarnya dalam nada sebak.

Dalam pada itu, Eddie memberitahu penglibatan anak perempuannya, Bila sebagai penyanyi latar mengiringi persembahan Wings malam tadi adalah atas persetujuan bersama.

“Katanya (Bila), kalau saya buat persembahan, dia pun akan lakukan juga.

“Sekiranya saya tidak boleh teruskan, dia pun akan tarik diri.

“Pada waktu ini, anak-anaklah penguat semangat dan tulang belakang saya,” jelasnya.

Sementara itu, Awie selaku vokalis Wings menjelaskan dia dan ahli kumpulan tidak pernah memaksa Eddie untuk turut sama menjayakan persembahan mereka sebaliknya keputusan tersebut dilakukan dengan rela hati.

“Kami sudah bertanya, jika belum bersedia, tidak perlu lakukan dan akan cari pengganti tetapi dia dapat selesaikan tanggungjawab sebagai pemuzik dengan baik.

“Ini satu semangat setiakawan dan perjuangan yang bagus ditunjukkan oleh Eddie.

“Kami tidak memaksa dia sebab risau daripada aspek mental dan emosinya terganggu serta tak mahu berlaku hal-hal tang tidak elok di atas pentas,” ujarnya.

Tambah pelakon filem Sue-On itu, rasa duka yang dilalui Eddie ketika ini turut dihadapi semua ahli kumpulan Wings.

“Malam tadi, persembahan kami hanya 50 peratus sahaja sebab masih dalam keadaan sedih dan tidak mampu untuk melebih-lebih atau poyo seperti sebelum ini.

“Hubungan kami sangat rapat, ibarat cubit paha kanan, paha kiri pun terasa malah lebih akrab daripada adik-beradik sendiri,” katanya lagi.

Pada konsert yang berlangsung malam tadi, Wings memukau lebih 2,000 penonton dengan mempersembahkan lagu-lagu popular mereka seperti Opera Hidup, Jaket Biru dan Sejati.

Pada Jumaat lalu, Kosmo! melaporkan Norlela disahkan meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang sekitar 2.10 petang di Hospital Ampang, di sini.

Jenazah Allahyarham seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang pada hari sama.

Eddie atau nama sebenarnya Samsaidi Ulong Idris mendirikan rumah tangga dengan Norlela sejak 1991 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak. – KOSMO! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... -gitar-untuk-wings/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 22701 Replies : 473
PENGUMUMAN!!! Forumer boleh rate/donate credit pada forumer lain berkuatkuasa hari ini
admin6PENGUMUMAN!!! Forumer boleh rate/donate
Views : 9806 Replies : 95
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 93503 Replies : 1265
SUHAKAM dimaki netizen, 'Meh aku seterika telor kau'
maklukpenggodaSUHAKAM dimaki netizen, 'Meh aku set
Views : 21500 Replies : 72
Kamala pecah rekod
maklukpenggodaKamala pecah rekod
Views : 32472 Replies : 24
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12779 Replies : 98
Pinjaman ASB terbatal tanpa sebab, peguam desak bank bertanggungjawab, khuatir wujud unsur scam
ultra78Pinjaman ASB terbatal tanpa sebab, pegua
Views : 13947 Replies : 5
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 121239 Replies : 1642
Kerugian Starbucks tahap kritikal- CEO
maklukpenggodaKerugian Starbucks tahap kritikal- CEO
Views : 31437 Replies : 58
Guru lelaki Pendidikan Jasmani ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah team bola sepak
mojarean_XGuru lelaki Pendidikan Jasmani ditahan l
Views : 17766 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.466366 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list