CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2765|Reply: 13

'Manisnya' peria katak miliki 1,001 manfaat kesihatan

[Copy link]
Post time 2-8-2023 08:19 AM | Show all posts |Read mode
'Manisnya' peria katak miliki 1,001 manfaat kesihatan


Peria mengandungi momordicin glikosida bukan toksik, yang memberikan kepahitan dan bermanfaat untuk kesihatan.- Foto hiasan


Jangan salah telahan, peria katak atau nama saintifiknya, Momordica charantia sememangnya pahit, namun ada 'manisnya' kerana mempunyai 1,001 manfaat kesihatan.

Dalam perubatan Ayurveda India, peria katak dianggap sebagai sejenis 'insulin tumbuhan' yang dikatakan ia disyorkan untuk pesakit kencing manis.

Di Filipina, teh peria katak digunakan untuk mengawal diabetes bagi orang miskin yang tidak mampu mendapatkan perubatan.

Jadi, di sebalik pahit peria ini, ia kaya dengan vitamin C, kelebihan lain boleh membantu dalam pencegahan penyakit, kesihatan tulang dan penyembuhan luka.

Selain, tinggi dengan vitamin A untuk membantu meningkatkan kesihatan kulit dan penglihatan.

Tambahan pula, ia rendah kalori dan tinggi serat, selain lapan peratus daripada keperluan serat harian dalam satu hidangan.

Jenis peria

Peria ada beberapa jenis, varian Cina dan India adalah yang paling biasa.

Kulit jenis pria Cina berkedut dan menyerupai timun hijau pucat, manakala peria India, permukaannya dilitupi dengan rabung yang tajam dan bersudut dan mempunyai hujungnya sempit dan tirus.

Kenapa rasanya pahit?

Peria mengandungi momordicin glikosida bukan toksik, yang memberikan kepahitan dan bermanfaat untuk kesihatan.

Dikatakan rasa pahit itu baik untuk perut. Ini kerana pengambilan peria mengaktifkan perut untuk merembeskan enzim pencernaan dan melegakan sakit perut disebabkan makan berlebihan.

Mengapa perlu makan?

Ia tinggi dengan antioksidan, vitamin dan mineral. Ia mengandungi nutrien seperti zat besi, kalium, dan vitamin A dan C.

Ia juga mengandungi dua kali ganda kalsium yang terdapat dalam bayam dan dua kali ganda beta-karotena yang terdapat dalam brokoli. Ia mengandungi sejumlah antioksidan dan sebatian antiradang.

Walaupun mengandungi pelbagai khasiat penting, peria adalah sayuran yang sering dielakkan kerana rasa pahitnya.

Menurut kajian, ia mempunyai nilai pemakanan yang lebih tinggi berbanding labu dan timun kerana kandungan mineral dan vitamin yang tinggi.

Khasiat peria

Selain penampilannya yang unik, peria mempunyai beberapa manfaat kesihatan. Ini termasuk:

1. Mengurangkan gula darah

Peria dikatakan digunakan untuk merawat diabetes sejak sekian lama. Beberapa kajian dijalankan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, membuktikan kepentingannya dalam pengawalan gula darah.

Peria sepatutnya memperbaiki gula digunakan dalam sel dan meningkatkan rembesan insulin, hormon yang bertanggungjawab untuk mengawal paras gula dalam darah.

Bagaimanapun, penyelidikan terhad dan diperlukan untuk menentukan bagaimana peria mempengaruhi paras gula darah.

2. Mungkin boleh melawan kanser

Menurut kajian, ia mengandungi bahan kimia yang mempunyai kesan antikanser. Kajian dijalankan di makmal mendedahkan ekstrak labu pahit berkesan membunuh sel-sel penyebab kanser dalam perut, kolon, paru-paru dan nasofaring, kawasan hidung dan tekak.

3. Boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol

Beberapa kajian menunjukkan paras kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan plak lemak terbentuk dalam arteri, menyebabkan jantung bekerja lebih keras untuk mengepam darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Faedah peria didapati dalam paras magnesium, kalsium dan kalium yang tinggi, membantu menurunkan paras kolesterol jahat dan lipoprotein berketumpatan tinggi (LDL) sambil mengekalkan paras HDL yang baik.

4. Berat badan

Memasukkan peria ke dalam diet anda boleh membantu dalam mengurangkan berat badan.

Ini kerana ia rendah kalori dan tinggi serat. Serat bergerak perlahan melalui saluran penghadaman, membuatkan anda kenyang lebih lama dan mengurangkan rasa lapar dan selera makan.

Akibatnya, menggantikan item berkalori tinggi dengan peria boleh membantu anda meningkatkan pengambilan serat sambil mengurangkan kalori untuk menggalakkan penurunan berat badan.

5. Baik untuk kulit dan rambut

Ia sumber yang kaya dengan antioksidan dan vitamin A dan C. Ia membantu mengurangkan jerawat dan cela kulit. Juga membantu menyembuhkan beberapa jangkitan kulit seperti kurap, psoriasis, dan gatal-gatal.

Jusnya juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur, rambut gugur hujung rambut bercabang.

6. Untuk kesihatan mata dan tulang

Peria yang tinggi dengan nutrien baik seperti magnesium, kalsium, fosforus dan ia membantu meningkatkan kesihatan tulang secara keseluruhan dan memudahkan pertumbuhan jisim tulang.

Sifat antiradang ditunjukkan untuk membantu dengan gangguan sendi. Vitamin A, salah satu daripada banyak vitamin dan mineral yang terdapat dalam sayur-sayuran meningkatkan penglihatan dan mencegah masalah mata.

7. Memperbaiki penghadaman

Membantu dalam penghapusan radikal bebas berbahaya daripada sistem pencernaan. Tambahan pula, sebagai sayuran beralkali, peria mengeluarkan asid berlebihan dari perut, memberikan kelegaan segera semasa refluks asid dan meningkatkan. - Agensi


Sumber:https://www.bharian.com.my/hujun ... 1-manfaat-kesihatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2023 07:34 PM | Show all posts
Empower your journey to better health with a diet chart for sugar patient. Thiscomprehensive dietary plan is designed to help manage blood sugar levelseffectively. Explore a balanced and nutritious approach to support yourdiabetes management.

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ughhhhh.....tak sedapnyee

bukan pahit ke bende nih
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 02:54 PM | Show all posts
selalu minum + dengan epal ijau.. mmg bau dia kena tutup idung.. rasa dia lg la.. tp khasiat dia.. turun bacaan gula...dan darah tinggi...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
I lebih suka buat kerabu....sedapppp

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak khasiat tapi jarang sekali makan peria ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2023 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 5-10-2023 01:22 PM
I lebih suka buat kerabu....sedapppp

Wah first time tau peria sedap buat kerabu, selalunya org celup tepung jadi crispy buat kudap2. Nnti boleh sharekan resipi nyaa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
diane_enaid replied at 5-10-2023 07:12 PM
Banyak khasiat tapi jarang sekali makan peria ni

Mcm nenek, dia suka buat juice peria katak dengan apple hijau. Surprisingly sedapppp.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
nebbit replied at 16-10-2023 12:46 PM
Wah first time tau peria sedap buat kerabu, selalunya org celup tepung jadi crispy buat kudap2. Nn ...


Peria tuh u potong nipis2 and rendam air garam. Nk kasi crispy n kurangkan pahit

Pas tuh u goreng ikan bilis dan tumbuk kasar jer.pecah2 gituh

Then gaul lah ikan bilis, peria, cili merah atau cili padi ikut suka, bwg besar mayang halus, gula, lada hitam, garam dan perasa kalo u makan...

Masuk dlm peti sat...kasi sejuk...i makan dgn bihun nasi sma..consider tuh kimchi version malaysia

Tuh makan dlm oantang mak i.., buang cuka... dr resepi tuh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 16-10-2023 12:53 PM
Peria tuh u potong nipis2 and rendam air garam. Nk kasi crispy n kurangkan pahit

Pas tuh u goreng ...

Wah baru tauuu ni. Kira bila dah rendam garam tu mmg pahit dia akan kurang bnyak la kan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
nebbit replied at 16-10-2023 12:54 PM
Wah baru tauuu ni. Kira bila dah rendam garam tu mmg pahit dia akan kurang bnyak la kan.

Pada i mcm sama jer..xkurang bnyk punnn
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 16-10-2023 01:01 PM
Pada i mcm sama jer..xkurang bnyk punnn

Nnti nak cubalah buat style kerabu. Selalu kalau buat lauk pon. Style goreng lpas tu pecah telur. Itu pon dah jadi mcm pembuka selera.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 12:30 PM | Show all posts
Sedap ni komeee... Buat goreng pastu pecah telor ... uishhhh makan xtoleh kiri kanan.  Ate, pahit tu mmg ler.. udah namanye peria.  Xnak pahit, kome hiris2 rendam kejap ngan ayo garam.  Lps tu boleh masak mcm biasa... teman kalau ada sayur peria ni, xpyh lauk lain... Nasi paneh ngan peria ni pun udah cukup... teman masak pun simple aje... buat goreng.. pecah telor.. telor tu gaul2 le masa tgh goreng peria ni.. udah ada lauk telor sekali ngan sayur...kan jimat tuuu hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2024 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
selalu dengar orang kencing manis ni boleh amalkan jus peria boleh turunkan gula

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.185805 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list