View: 648|Reply: 0
|
Batsaikhan pencabar jersi ‘Raja Bukit’ Aiman
[Copy link]
|
|
PELUMBA pasukan Tudor Pro Cycling Team, Arvid De Kleijn (tengah) menjuarai perlumbaan Peringkat 1 dari Kerteh ke Kuala Terengganu Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 semalam dan Pelumba TSG, Muhammad Nur Aiman Zariff meraih Jersi Merah (Raja Bukit) serta Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia menjadi milik Tegshbayar Batsaikhan (Roojai Online Insurance). GAMBAR - AMIR KHALID/KOSMO!
KUALA TERENGGANU – Tugas pelumba sensasi Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Mohd. Zariff untuk mempertahankan jersi Merah Polka Dot (Raja Bukit) tampak sukar apabila bakal dicabar pelumba Mongolia, Tegshbayar Batsaikhan.
Pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang membuka tirai secara rasmi di Terengganu semalam, Batsaikhan yang bersaing bersama pasukan Roojai Online Insurance berjaya menyambar Jersi Putih selaku pelumba Terbaik Asia.
Pada perlumbaan Peringkat 1 itu, juara Terbuka Thailand tersebut menguasai dua zon pecutan di Ajil dan Tok Jamal sekali gus membolehkan dia menyambar Jersi Putih.
Aksi cemerlang tersebut tidak terhenti di situ sahaja apabila pelumba berusia 25 tahun itu turut mencabar Aiman selepas menguasai zon pendakian di Sekayu sekali gus dilihat bakal menjadi pencabar utama jersi Raja Bukit musim ini.
“Perlumbaan semalam agak panjang dan perancangan saya adalah untuk memburu Jersi Putih kerana kita tahu LTdL adalah perlumbaan jelajah terbaik di rantau Asia.
“Jadi, saya impikan jersi Terbaik Asia ini kerana tahun lepas rakan senegara saya dinobatkan juara dengan menyarung Jersi Putih sebagai pelumba Terbaik Asia di LTdL. Kemenangan awal ini adalah tanda positif melihat pelumba Mongolia menawan kategori ini.
“Apapun bukan mudah untuk mendapatkannya Jersi Putih memandangkan pasukan TSG juga meletakkan impian untuk mempertahankan jersi tersebut sekali lagi tahun ini,” kata Batsaikhan.
Ketika ini, Aiman hanya dipisahkan satu mata dengan Batsaikhan selepas mengumpul dua mata.
Bagaimanapun, cabaran sebanar Aiman adalah perlumbaan Peringkat 3 dari Jeli ke Baling apabila saingan itu menawarkan empat zon pendakian Kategori 1,2 dan 3 meliputi bukit di Jeli (774m), Puncak Titiwangsa (1066m), Seri Banding (633m) dan Sungai Rui (455m).-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... i-raja-bukit-aiman/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|