CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2073|Reply: 0

[Tempatan] Jauhi fitnah, kata dusta boleh hancurkan negara – Agong

[Copy link]
Post time 29-9-2023 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Jauhi fitnah, kata dusta boleh hancurkan negara – Agong

https://www.utusan.com.my/nasion ... urkan-negara-agong/

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
28 September 2023, 11:26 am


AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berucap pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah/2023 Masihi di PICC, Putrajaya. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru seluruh rakyat menerapkan akhlak mulia dalam pertuturan dengan menutur bicara kebenaran, bersikap jujur serta menjauhi fitnah, kata-kata dusta dan pembohongan.

Dalam titah baginda bersempena sambutan Maulidul Rasul Peringkat Kebangsaan tahun ini, Baginda mengajak masyarakat untuk bersama mencontohi akhlak warisan maknawi Rasulullah SAW yang amat bernilai dan istimewa.

Baginda bertitah, setiap baris-baris tutur kata Radulullah SAW disulami dengan penuh kesantunan dan memancarkan keperibadian mulia serta hormat kepada teman bicara.

“Baginda tidak berbicara kecuali dalam hal yang bermanfaat dan tidak pernah menuturkan tipu daya, apatah lagi nista kepada pengikut mahupun penentangnya.

“Hakikatnya, perkataan yang kurang elok, sama ada ketika tutur bicara mahu pun ketika menulis di media sosial, kata-kata berbentuk cacian, nista dan dusta serta fitnah akan hanya menggugat kestabilan dan keharmonian negara tercinta,” titahnya.

Al-Sultan Abdullah turut menyeru agar mengambil iktibar dengan kejatuhan serta keruntuhan tamadun dan kuasa besar dunia akibat daripada budaya fitnah yang mendominasi dan membarah dalam kehidupan bangsanya.

Titah baginda, selepas kewafatan Rasulullah SAW, fenomena fitnah membawa kepada peristiwa amat tragis dalam sejarah Islam menerusi pembunuhan khalifah ketiga, Saidina Uthman bin Affan.

“Demikian hebat hakikat fitnah dan tipu daya yang bukan sahaja telah menumpahkan darah seorang pemimpin Islam yang agong, malah turut menghancurkan keharmonian dan kestabilan sebuah negara.

“Kerana itu Allah SWT mengingatkan seluruh umat Islam untuk menghindari serta menjauhi orang-orang yang tidak bercakap benar,” titah baginda.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut hadir pada majlis berkenaan.

Sambutan dengan tema ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ adalah merupakan manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan ia merupakan satu tema yang sangat signifikan kepada umat Islam termasuk masyarakat bukan islam di negara ini. – UTUSAN

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.166873 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list