CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4991|Reply: 0

Hafal 30 juzuk mahir teknologi terkini

[Copy link]
Post time 30-9-2023 08:10 AM | Show all posts |Read mode
Hafal 30 juzuk mahir teknologi terkini





PENDIDIKAN tahfiz adalah salah satu cabang penting dalam keilmuan Islam.



Pemerkasaan bidang pendidikan tahfiz perlu dilaksanakan untuk jangka panjang serta menyeluruh termasuk mengadaptasi teknologi terkini serta memberi pendedahan kepada anak-anak tahfiz ini dengan keupayaan teknologi.

  Pendidikan tahfiz ini adalah salah satu cabang penting dalam keilmuwan Islam kerana anak-anak tahfiz yang berjaya menghafaz al-Quran 30 juzuk melalui proses penghafalan serta jaminan kepada kitab suci al-Quran terus diwarisi menerusi hafazan.

  Terdapat banyak fadilat menghafaz al-Quran antaranya daripada Abdullah bin Umar RA, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Dikatakan kepada pembaca/penghafaz al-Quran nanti: 'Bacalah dan naiklah serta tartillah sebagaimana engkau di dunia mentartilnya. Kerana kedudukan kamu adalah pada akhir ayat yang engkau baca (hafal)." (Riwayat  al-Tirmizi, No 2914 dan Abu Daud, No 1464)

  Selain itu, daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang membaca al-Quran sedangkan dia menghafalnya, maka ia akan bersama para malaikat yang mulia. Sedangkan perumpamaan seorang yang membaca al-Quran dengan tekun dan dia mengalami kesulitan atasnya, maka dia akan mendapat dua ganjaran pahala." (Hadis Riwayat al-Bukhari, No 4937)

  Daripada Abu Mas'ud al-Badri, 'Uqbah Ibn Amru RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Yang layak menjadi imam di kalangan mereka adalah yang paling banyak hafazan dan bacaan kitab Allah." (Riwayat Muslim, No 673,  Abu Daud No 582, al-Tirmizi, No 235 dan lain-lain)

  Perkataan 'ahlullah' digunakan kepada penghafaz al-Quran sebagai gambaran kemuliaan dan keistimewaan mereka. Benarlah kata Imam Ibn al-Jazari: "Bahawa sesungguhnya mereka di kalangan manusia sebagai ahlullah. Sesungguhnya Tuhan kami dengan mereka pasti berbangga. Dia berfirman tentang mereka dalam al-Quran dan memadai. Bahawa sesungguhnya Dia mewariskannya siapa yang terpilih."

  Berdasarkan sedikit nas-nas yang ditampilkan dalam penulisan ini, maka jelas bahawa kelebihan yang teragung untuk membaca dan menghafaz al-Quran sehingga dikurniakan bermacam keistimewaan yang tidak diberikan kepada yang lain.

  Bukan saja kurniaan di akhirat, sebaliknya, penghormatan turut diberikan kepada huffaz ini dalam kalangan masyarakat dan ia sudah menunjukkan betapa seorang hafiz itu memiliki kelebihan di dunia dan di akhirat.

  Yayasan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Yayasan Pinta) turut berperanan memperkasakan bidang tahfiz ini dengan pelbagai langkah sama ada menggunakan pendekatan pendidikan moden iaitu adaptasi teknologi sehingga kepada kelengkapan infrastruktur.

  Sebagai langkah awal ke arah visi berkenaan, satu Program Multimedia Institusi Tahfiz Madani dilancarkan dengan peruntukan dana berjumlah RM250,000 digunakan untuk agihan laptop, skrin layar, projektor dan pelbagai alatan bantuan pengajaran lain.

  Kalau kita lihat pula dalam aspek pengajian, sebenarnya sudah banyak kitab-kitab besar dalam pengajian agama Islam yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu mempunyai versi digital yang boleh dimuat turun.

  Pada masa sama, kitab-kitab versi digital ini boleh disimpan dengan hanya menggunakan satu peranti sahaja, malah ia bersifat interaktif iaitu pengguna boleh menulis nota
di dalam kitab digital ini dan melakukan rujukan mudah menerusi tab carian saja.

  Ini antara yang mendorong kita (Pinta) untuk sama-sama melakukan pemodenan dalam aspek bentuk pengajaran supaya pelajar sentiasa mengikuti perkembangan teknologi semasa.

  Objektif program ini antara lain meningkatkan keupayaan penggunaan teknologi digital serta elektronik di dalam institusi tahfiz selaras dengan perkembangan teknologi moden.

  Langkah ini juga akan memastikan sesi pengajaran serta pembelajaran berjalan lancar dan baik dengan adanya bantuan teknologi sekali gus meningkatkan akses kepada sumber pembelajaran yang lebih komprehensif.

  Ia juga akan meningkatkan kecekapan pengurusan institusi tahfiz apabila semuanya dipantau menerusi sistem yang sistematik termasuk akses kepada keputusan ujian atau peperiksaan boleh dilakukan secara digital.

  Kita juga mempersiapkan ketersediaan institusi tahfiz di negara ini bagi penggunaan sistem 'Pinta Management' dengan peralatan yang sesuai serta kemahiran bagi melaksanakan sistem elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran.

  Anak-anak tahfiz ini boleh disifatkan sebagai 'kilang proses tamadun' manusia dan membina hakikat insan yang sebenar menerusi penghafalan kitab suci dan terus menyebarkan kepada masyarakat umum.

  Tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini adalah memastikan bahawa setiap cabang ilmu Islam terus berkembang khususnya untuk pendidikan tahfiz.



Penulis Pengarah Jawatankuasa Pembangunan dan Fasiliti Yayasan Pinta

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... r-teknologi-terkini

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.183487 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list