View: 6984|Reply: 28
|
legasi 111 tahun kg baru!!
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by amazed at 21-1-2011 07:37
Legasi 111 tahun Kampung Baru
Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN
SEBUAH rumah yang telah diubahsuai dengan berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas.
MENITI sejarah penubuhan Kampung Baru, ia sebenarnya mula dibuka sejak tahun 1899 melalui tanah kurniaan Sultan Selangor, Sultan Sulaiman atau Sultan Alauddin Sulaiman Syah Raja Muda Musa.
Setahun kemudian, sebuah lembaga pentadbir khusus ditubuhkan iaitu Penempatan Tanah Pertanian Melayu (MAS) dan diwartakan oleh British bagi menguruskan perkara mengenai pentadbiran kampung.
Kampung Baru dibentuk daripada tujuh buah kampung kecil iaitu Kampung Hujung Pasir, Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Pindah, Kampung Paya, Kampung Atas A dan Kampung Atas B.
Kawasan dengan keluasan 90 hektar itu bersempadankan Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sebelah utara, Jalan Dang Wangi di selatan, Jalan Tuanku Abdul Rahman di barat dan di sebelah timurnya adalah Sungai Klang.
Pada awalnya kampung tersebut terbentuk apabila sekumpulan orang Melayu yang tinggal di kawasan Sungai Gombak dan Sungai Klang terpaksa berpindah untuk memberi ruang kepada pembangunan Kuala Lumpur.
Tokoh
Bandar berkenaan ketika itu sedang pesat membangun apabila beberapa projek yang kini menjadi ikon sejarah dan seni bina seperti Kelab Diraja Selangor, Bangunan Pejabat Pos Utama, Victoria Institution dan Bangunan Sultan Abdul Samad sedang dalam pembinaan.
KEDIAMAN bertiang tinggi ini boleh ditemui di Jalan Raja Muda Musa.
Selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957, Kampung Baru menjadi tumpuan penghijrahan penduduk dari negeri-negeri Semenanjung yang mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur.
Lebih menarik, kampung yang dihimpit dengan rentak kemajuan dan arus pemodenan serta pelbagai bangunan pencakar langit berjaya melahirkan ramai tokoh yang mungkin tidak diketahui ramai.
Antara tokoh tersebut ialah veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani; Pengasas Sapura Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Ir. Shamsuddin Abdul Kadir dan Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim.
Pada tahun ini, Kampung Baru mencecah usia 111 tahun malah penduduknya masih mengekalkan identiti tersendiri dengan binaan dan kedudukan rumah yang biasa dilihat di kampung serta terdapat rumah-rumah yang masih berdiri teguh dengan ciri-ciri tradisional.
RAGAM penduduk dan peniaga Kampung Baru dipertontonkan pada Pameran 3 Alam yang sedang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman.
Menurut Setiausaha Kehormat Lembaga MAS, Shamsuri Suradi, sehingga kini terdapat lebih 100 rumah Melayu yang masih mengekalkan reka bentuk tradisional.
Reka bentuk
Kata beliau, reka bentuk rumah di kawasan tersebut berbeza kerana ia bergantung kepada kehadiran penduduk dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu ketika itu.
“Jadi kalau dilihat rumah yang cantik waktu dulu kebanyakan terdapat di sebelah Kampung Hujung Pasir yang mana rata-rata penduduknya datang dari Melaka dan beberapa negeri lain dengan binaan tangga yang cantik.
“Sementara rumah di Kampung Atas A dan B pun cantik dengan tiang-tiangnya yang tinggi. Itu semua rumah orang-orang kaya,” katanya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.
Sementara itu, seorang penduduk yang masih mengekalkan kediamannya dengan reka bentuk tradisional, Muhd. Noor Muhd. Amin, 73, memberitahu, rumah pusaka yang didudukinya itu kini berusia 86 tahun dan masih utuh.
| PENDUDUK kampung, Maimunah Ayub, 63, ceria menunjukkan gambar Sekolah Perempuan Kampong Bharu, tempat ibunya belajar pada zaman dahulu.
|
Dia yang meminati muzik klasik Melayu memberitahu, dahulunya kawasan sekitar rumahnya yang berpaya menjadi punca rumah dibina menggunakan tiang yang tinggi selain mengelak daripada banjir.
Pesara guru itu berkata, rumahnya sepanjang 30 meter dan lebar 15 meter itu berunsurkan gaya Limas dari Selangor dan dibina menggunakan kayu cengal yang tahan lama.
“Bermula dari pintu gerbang Jalan Raja Muda Musa ini, seingat saya hanya terdapat enam rumah yang masih mengekalkan konsep tradisional Melayu.
“Sebelum tahun 70-an, rumah di jalan ini semuanya diperbuat daripada kayu. Bagaimanapun, semasa Datuk Harun Idris menjadi Menteri Besar Selangor, beliau memudahkan penduduk di sini mendapatkan pinjaman mengubahsuai rumah,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
ku pernah mencekik nasik lemak antarebangse kat situ sambil ditemani sorang aweks pd suatu tgh mlm yg dilimpahi cahaya klcc yg terang berderang membelah ufuk angkasa sambil merakamkan kejadian tersebut melalui lensa kesayanganku agar dpt menyinambungankan kisah ini buat 100 tahun lagi. itupun jika sempat hidup agar cucu bangsaku dpt melihat perjalanan 2 kurun yg berbeza dan aku merasa terharu bilamana sempat menikmati dan meratah 'kg baru' yg mungkin entah pupus 100 thn lagi...
p/s: wahh panjang gilos pantun 2 kerat ini... |
|
|
|
|
|
|
|
bos kepada bos kepada bos kepada bos kepada bos aku asal kmpg baru rupenye |
|
|
|
|
|
|
|
sy biasa dah dok kat kmpong baru.. almost 4 taun meyh.. mcm2 pahait manis dok kat c 2..
byk indon lerr... |
|
|
|
|
|
|
|
kampung baru ni bape orang penduduk dia?luas ke.... |
|
|
|
|
|
|
|
kampung baru jalan sesak daaaaa...sempit plak tu |
|
|
|
|
|
|
|
aku penah duduk nyewa kat salah sebuah umah flet satu bilik kat kg baru nih
mahal nk mampos!
umah satu bilik pun sewa sampai rm400!! |
|
|
|
|
|
|
|
standard lah tue fariepari , kg baru tue kira centre of KL gak....tue yg mahal.... |
|
|
|
|
|
|
|
bkn dh ade thread ke psal kg br ni???? |
|
|
|
|
|
|
|
lama sungguh kg baru ni... xlama lg, jadik milik kaum mata sepet jelaaa... huhuu
hrp2 melayu2 kt sini x jual tanah2 dorang ni |
|
|
|
|
|
|
|
bos kepada bos kepada bos kepada bos kepada bos aku asal kmpg baru rupenye
absorber Post at 24-1-2011 18:15
sama lah kt.. ghupernyer dr kg baru ingat dr utara.. |
|
|
|
|
|
|
|
sapa de tak info psal jual beli tanah kmpung baru ni?
kes ni sy dgr byk version...pening kot....
sayang kalau djual.... |
|
|
|
|
|
|
|
uikss..aku dari kecik dok sini..haha.. |
|
|
|
|
|
|
|
kg bru mmg ramai indon..majorti yg keje kt kedai mkn kat situ indon.. |
|
|
|
|
|
|
|
korang perasan x ada satu rumah diorg duk buat shooting filem/drama... memang masyuk la tuan umah..sbb asyik umah dia je yg masuk tv... maklum la berlatarbelakng kan klcc... |
|
|
|
|
|
|
|
sama lah kt.. ghupernyer dr kg baru ingat dr utara..
gadisfius Post at 26-1-2011 08:58 AM
hanamak......bos kpd bos 10x awk tu yg ade ir ke xde??hihihik |
|
|
|
|
|
|
| |
|